SHANGHAI, 9 April 2019 /PRNewswire/ -- Tahun 2019 menandakan ulang tahun ke-15 Aluminium China. Meneruskan kejayaan 14 edisi terdahulu, Aluminium China 2019 akan terus memberi tumpuan pada bahan-bahan mentah, produk-produk separa-siap dan siap, jentera dan penyelesaian untuk rantaian industri lengkap dalam bidang pembinaan, bangunan, automotif, pengangkutan dan barangan pengguna tahan lama. Sebagai pameran aluminium yang terkemuka di Asia, ia menghimpunkan 600 pempamer utama dan 24,789 pengunjung perdagangan serta pembeli dari 91 negara di edisi terdahulunya.
Aluminium China 2019 akan memainkan peranannya dalam merangsang pertumbuhan industri tatkala acara ini terus menarik semakin ramai peneraju industri. Pempamer-pempamer yang disahkan termasuk syarikat-syarikat gergasi antarabangsa yang terkemuka seperti Novelis, Constellium, FANUC, Nikkekin, Danieli, Primetals, Urgerer, Pyrotek, Tenova, Fronius, Hencon, TMEIC, Panasonic dan sebagainya. Pengusaha-pengusaha terkemuka tempatan Cina seperti CHALCO, Nannan, Nanping, Lufeng, Mingtai, Innovation, Mingde, Fenglu, Yunhai, Yuhang dan Dingsheng turut disahkan untuk menyertai pameran berkenaan.
Menurut Reed Exhibitions China, penganjur Aluminium China, acara tahun ini akan mencapai kawasan pameran terbesar seumpamanya dan bilangan pengunjung perdagangan dijangka melangkaui 25,000 orang. Pengunjung antarabangsa sebahagian besarnya adalah dari Asia Tenggara, Timur Tengah dan Eropah.
Acara ini berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Baharu Shanghai (SNIEC) mulai 10 hingga 12 Julai 2019. Sementara itu, acara berkolokasi Lightweight Asia 2019 akan membawakan bahan-bahan auto ringan termaju untuk seluruh kenderaan dan komponen automotif serta menggabungkan platform perolehan sehenti untuk penyelesaian auto ringan dengan pandangan berhubung teknologi pemprosesan termaju.
Aluminium China menawarkan platform untuk pameran teknologi dan pertukaran maklumat. Untuk menyediakan penghubung yang berkesan bagi menghubungkan pempamer dan pembeli, pihak penganjur melancarkan perkhidmatan pemadanan perniagaan yang akan membantu meningkatkan produktiviti perolehan dan mencipta nilai buat pembeli dan pempamer.
"Aluminium China menyaksikan pembangunan dan perubahan dalam industri ini," kata Kelly Li, Pengurus Kanan Projek Aluminium China, "Kami amat berbangga dan teruja untuk menyambut ulang tahun ke-15 pada detik bersejarah melibatkan tranformasi dan penaiktarafan industri ini. Segala-galanya berbaloi untuk dinantikan dan tiada apapun yang akan terlepas."
Untuk membuat prapendaftaran dan maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi Aluminium China: http://www.aluminiumchina.com/
Hubungan Media: Julia Zhu
Tel: +86-10-5933 9054
Emel: julia.zhu@reedexpo.com.cn