omniture

Telefónica bakal Jalin Kerjasama Dengan Subex untuk Usaha Sama Keselamatan Siber Baharu

Subex
2019-04-15 10:51 293

  • Unit Keselamatan Siber IoT himpunkan keupayaan keselamatan siber dan IoT terbaik syarikat bagi cipta penyelesaian baharu dan sesuaikan tawaran keselamatan semasanya mengikut keperluan pelbagai segmen
  • Ia akan menyediakan penyelesaian dengan kerjasama Subex untuk menganalisis trafik IoT pada rangkaian dan mengesan ancaman 

LONDON, 15 April 2019 /PRNewswire/ -- Subex, penyedia penyelesaian keselamatan dan analitik telekomunikasi terkemuka mengumumkan perkongsiannya dengan Telefónica dalam satu usaha sama keselamatan siber baharu yang menumpu pada Keselamatan IoT. Kolaborasi ini akan direalisasikan melalui unit keselamatan siber baharu yang dilancarkan baru-baru ini oleh Telefónica.

Memandangkan bilangan peranti yang terhubung kepada internet berkembang dengan pesat, risiko yang dikaitkan dengannya turut berkembang seiring dengan perkembangan itu. Bagi menangani ancaman ini dan bagi mempromosi pelaksanaan IoT, Telefónica melancarkan inisiatif ini dengan dua objektif. Dari satu segi, unit ini akan berusaha untuk meluaskan katalog sedia ada produk dan perkhidmatan IoT yang ditawarkan kepada pelanggan dan, dari satu segi yang lain, untuk membangunkan penyelesaian keselamatan IoT baharu bagi menangani ancaman sedia ada dan baru muncul yang dihadapi oleh perniagaan yang menggunakan IoT. Unit ini akan memanfaatkan infrastruktur rangkaian sedia ada Telefónica dan Platform Kite, platform pengurusan ketersambungan IoT yang membolehkan perniagaan untuk meningkatkan kecekapan sekaligus mengurangkan kos.

Sebagai sebahagian daripada penyelesaian baharu yang dibangunkan oleh inisiatif baharu ini, Telefónica, melalui unit keselamatan sibernya ElevenPaths, meluaskan kolaborasinya dengan Subex, dan telahpun bersama-sama menawarkan penyelesaian Pengurusan Penipuan sebagai-satu-perkhidmatan (FMaaS). Skop baharu kolaborasi ini dilanjutkan kepada analisis trafik data yang dijana oleh peranti IoT serta pengesanan ancaman tertentu dalam bidang ini.

Melihatkan banyak peranti IoT yang mempunyai keupayaan terhad dari segi adanya perisian terbenam untuk melindunginya, tawaran penyelesaian keselamatan siber yang dibenamkan dalam rangkaian dan trafik merupakan faktor pembeza. Platform khusus-IoT Subex mampu menganalisis trafik dengan mengaplikasikan algoritma pembelajaran mesin, memberi amaran setiap kali ia mengesan suatu ancaman yang membahayakan keselamatan siber pada peranti IoT.

"Keselamatan siber menjadi salah satu keutamaan syarikat-syarikat. Kami dapat menyaksikan kemunculan budaya berkisarkan keselamatan yang peka terhadap proses, strategi dan kaedah yang direka bagi meminimumkan risiko sekaligus meningkatkan nilai. Kolaborasi dengan Subex ini merupakan langkah ke hadapan dalam strategi kami untuk membantu syarikat-syarikat melindungi pelaburan, aset dan kredibiliti mereka," kata Pedro Pablo Pérez, Ketua Pegawai Eksekutif ElevenPaths dan Naib Presiden Keselamatan Global di Telefónica.  

"Perjanjian ini akan menambah dimensi baharu kepada hubungan sedia ada kami dengan membolehkan kami bekerjasama ke arah menjamin ekosistem IoT," ujar Vinod Kumar, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Subex. "Di tengah-tengah semua jenis serangan oleh penjenayah siber dan kumpulan lain, kami ingin melindungi ekosistem dan memastikan projek-projek IoT dapat memberi nilai. Saya yakin perniagaan IoT akan mendapat manfaat besar daripada usaha bersama kami."

Berserta pengesanan ancaman dalam IoT, Unit Keselamatan Siber IoT akan turut menawarkan pengurusan kelayakan yang selamat untuk peranti dan keselamatan DNS. Selain itu, ia turut menyesuaikan sebahagian daripada katalog penyelesaian keselamatan siber generiknya kepada IoT, seperti SandaS untuk pengurusan kapasiti GRC (Tadbir Urus, Risiko dan Pematuhan), atau CyberThreats bagi tujuan pengesanan dan pengenalpastian awal ancaman Internet.

Latar Belakang ElevenPaths 

Di ElevenPaths, Unit Keselamatan Siber Telefónica, kami percaya dengan idea untuk mencabar keadaan keselamatan semasa, satu ciri yang perlu sentiasa ada dalam teknologi. Kami sentiasa menakrifkan semula hubungan antara keselamatan dan orang ramai, dengan tujuan untuk mencipta produk keselamatan inovatif yang dapat mengubah konsep keselamatan, memastikan kami selangkah di hadapan penyerang, yang semakin ramai dalam kehidupan digital kita.

Maklumat lanjut: www.elevenpaths.com   blog.elevenpaths.com

Twitter , Facebook, YouTubeLinkedIn

Latar Belakang Telefónica IoT 

Telefónica IoT ialah jabatan global Internet Pelbagai Benda di Telefónica, dikhususkan untuk membangunkan dan melaksanakan penyelesaian IoT dalam semua segmen industri. Ia menawarkan pelanggannya dengan penyelesaian hujung-ke-hujung global di seluruh dunia dengan ketersambungan paling baik dan disediakan dalam semua negara melalui kehadirannya di tempat tersebut atau melalui perjanjian dan perkongsian perayauan. Beberapa bidang perniagaan utama yang dirangkumkan oleh Telefónica IoT termasuk Mobiliti Pintar, Peruncitan Pintar dan Tenaga Pintar.

Untuk maklumat lanjut tentang Telefónica IoT, kunjungi iot.telefonica.com atau ikuti kami di twitter @telefonicaIoT atau LinkedIn.

Latar Belakang Subex: 

Subex ialah penyedia penyelesaian perisian terkemuka, berusaha ke arah mendayakan masa depan digital yang selamat untuk perniagaan.

Ditubuhkan pada tahun 1992, Subex telah menghabiskan masa selama lebih 25 tahun dalam mendayakan 3/4 daripada 50 CSP terbesar di seluruh dunia bagi mencapai kelebihan daya saing. Melalui tawaran keselamatan Internet Pelbagai Bendanya termasuk penyelesaian Keselamatan IoT, VAPT, perkhidmatan terurus dan khidmat runding, Subex membantu perniagaan beroperasi dengan tahap jaminan tertinggi sekaligus menjamin infrastruktur mereka daripada serangan siber, perisian hasad dan ancaman lain.

Hari ini, Subex mengendalikan salah satu rangkaian Honeypot yang terbesar di dunia merentas lebih 60 bandar di serata dunia.

Subex mempunyai lebih 300 pemasangan merentas lebih 90 negara.

Kunjungi safeandsecureiot.com atau berhubung dengan kami di twitter atau Linkedin untuk maklumat lanjut.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan: 
Sandeep Banga
Pemasaran dan Komunikasi
+91-99168-24122
sandeep.banga@subex.com

Logo: https://mma.prnewswire.com/media/537249/Subex_Logo.jpg  

 

Source: Subex
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Contracts Data Analytics