omniture

CCL Namakan Elisa Mallis sebagai Pengarah Urusan dan Naib Presiden Baharu, Asia-Pasifik

Center for Creative Leadership
2019-04-16 13:51 438

SINGAPURA, 16 April 2019 /PRNewswire/ -- Elisa Mallis, seorang pemimpin yang amat berpengalaman dalam sektor pendidikan eksekutif dan strategi modal insan seluruh dunia, merupakan Pengarah Urusan dan Naib Presiden baharu, Asia-Pasifik di Center for Creative Leadership (CCL®), penyedia pembangunan kepimpinan global berkedudukan tinggi.

Elisa Mallis, Pengarah Urusan dan Naib Presiden, Asia-Pasifik, Center for Creative Leadership
Elisa Mallis, Pengarah Urusan dan Naib Presiden, Asia-Pasifik, Center for Creative Leadership

Mallis menyertai CCL pada hari ini, setelah berkhidmat baru-baru ini sebagai Pengarah Negara Singapura dan Ketua Pembangunan Eksekutif untuk Management Development Services (MDS), sebuah firma pembangunan bakat yang menumpu pada Rantau Besar China. Mallis menyertai MDS pada tahun 2011, awalnya berkhidmat sebagai Ketua Kejurulatihan Eksekutif di Beijing dan kemudiannya menjadi Pengarah Negara China serta Ketua Pembangunan Eksekutif. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di MDS, Mallis memacu pertumbuhan besar bagi jualan kasar dan pendapatan bersih serta meluaskan capaian firma dengan ketara melalui jaringan perunding dan jurulatih tambahan.

Sebelum itu, beliau bertugas di Beijing untuk Accenture sebagai Ketua Strategi Modal Insan, Asia-Pasifik, susulan perkhidmatan beliau sebagai perunding bakat dan organisasi untuk pejabat-pejabat New York dan London milik Accenture.

"Elisa menawarkan pelbagai kemahiran dan pengetahuan luar biasa, berserta penetapan minda yang benar-benar bersifat global," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CCL John R. Ryan. "Beliau memiliki kepakaran mendalam terhadap pasaran Asia-Pasifik yang dinamik, lantaran pernah menetap dan bekerja di sana selama lebih sedekad lamanya dan kami amat yakin bahawa beliau akan membantu melonjakkan kemajuan CCL dan pelanggan yang bertuah untuk kami menawarkan perkhidmatan kami kepada tahap pertumbuhan dan impak yang lebih besar."

Mallis akan memimpin usaha CCL bagi mempercepatkan pembangunan kepimpinan dan hasil pelanggan di seluruh rantau, bermula dengan perbadanan-perbadanan multinasional dan agensi-agensi kerajaan kepada organisasi-organisasi domestik, di samping turut memberi sumbangan besar kepada agenda penyelidikan global CCL.

Mallis, yang waktu membesar beliau terbahagi antara Miami, Florida dan Athens, Greece, berkelulusan M.A. dalam Pembangunan Organisasi dan M.Ed. dalam Psikologi Kaunseling daripada Columbia University. Beliau berkelulusan B.S. dalam Psikologi daripada University of Miami. Beliau pernah berkhidmat sebagai Naib Pengerusi untuk American Chamber of Commerce dalam Forum HR China dan kini berkhidmat sebagai Pengerusi Bersama European Chamber of Commerce dalam Jawatankuasa Ekonomi Digital Singapura.

"Ini merupakan satu penghormatan untuk menyertai CCL, sebuah organisasi yang mendepani usaha mentransformasikan pemimpin individu, pasukan, organisasi dan masyarakat selama berdekad-dekad," kata Mallis. "APAC ialah sebuah rantau yang mengalami pertumbuhan dan perubahan menarik dalam banyak aspek perniagaan termasuk pembangunan kepimpinan. Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan pasukan CCL-APAC serta pasukan kepimpinan global CCL untuk membantu pelanggan kami dan CCL mencapai tahap baharu kejayaan dan impak jangka panjang dengan menjadi organisasi yang benar-benar bersifat global dan relevan untuk kawasan setempat."

Latar Belakang CCL 

Center for Creative Leadership (CCL®) ialah penyedia pembangunan kepimpinan global yang berkedudukan teratas. Dengan memanfaatkan kuasa kepimpinan bagi memacu hasil yang paling penting untuk pelanggan, CCL mengubah pemimpin individu, pasukan, organisasi dan masyarakat. Rangkaian penyelesaian canggih kami yang pelbagai ini padat dengan penyelidikan dan pengalaman meluas yang diperoleh hasil kerjasama dengan ratusan ribu pemimpin pada semua peringkat. Ditarafkan sebagai antara 10 penyedia Utama dunia bagi pendidikan eksekutif oleh Financial Times, CCL mempunyai pejabat-pejabat di Greensboro, NC; Colorado Springs, CO; San Diego, CA; Brussels, Belgium; London, England; Berlin, Jerman; Moscow, Rusia; Addis Ababa, Etiopia; Johannesburg, Afrika Selatan; Singapura; Gurgaon, India; dan Shanghai, China.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190412/2434655-1

Source: Center for Creative Leadership
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Personnel announcements