omniture

XCMG Serahkan Pesanan Besar ke Asia Tenggara, Bantu Projek-projek Infrastruktur

XCMG
2019-04-17 02:26 489

XUZHOU, China, 17 April 2019 /PRNewswire/ -- XCMG, pengeluar jentera pembinaan yang terkemuka di China, mencapai kejayaan besar dalam pasaran Asia Tenggara sejak Mac lalu, termasuk penyerahan 100 mesin pengorek ke Asia Tenggara dan 22 kren ke Indonesia selain turut menyokong pembinaan lebuh raya pertama seumpamanya di Kemboja serta stesen hidrokuasa Yeywa bahagian atas Myanmar.

XCMG Serahkan Pesanan Besar ke Asia Tenggara, Bantu Projek-projek Infrastruktur
XCMG Serahkan Pesanan Besar ke Asia Tenggara, Bantu Projek-projek Infrastruktur

Peluang-peluang yang dibawakan oleh Inisiatif "Jalur dan Jalan" (BRI) China serta pembangunan infrastruktur berskala luas di negara-negara Asia Tenggara menyediakan peluang-peluang baharu kepada pengeluar-pengeluar jentera pembinaan Cina.

"Pasaran Asia Tenggara begitu rancak dan XCMG menyediakan produk-produk berkualiti tinggi yang dapat disesuaikan untuk memberikan prestasi optimum dalam keadaan cuaca dan geografi yang berbeza. Kami turut mewujudkan jaringan jualan dan perkhidmatan global yang dapat memberi respons serta merta kepada masalah, yang dapat menjamin kemajuan pembinaan yang lancar," ujar Zhike Song, Pengurus Besar Jentera Pengorek XCMG.

Canggih, tahan lama dan tersuai

XCMG menganjurkan upacara penyerahan besar-besaran untuk 100 mesin pengorek XE215 yang bernilai RMB 50 juta (US$ 7.45 juta) secara keseluruhan, yang dieksport ke Asia Tenggara untuk menawarkan perkhidmatan dalam projek-projek pembinaan berbeza.

Model serba guna ini telah dinaik taraf untuk meningkatkan prestasi serta rintangan terhadap lelasan dengan IP67 gred-kalis-air dengan ketara, agar ia dapat beroperasi dengan lancar di kawasan-kawasan pergunungan serta iklim yang panas dan lembap.

Pada bulan April, XCMG mengeksport 22 kren (11 QY55KA_Y dan 11 QY75KA_Y) untuk projek perlombongan nikel-besi besar Indonesia. Kedua-dua model, yang dilancarkan pada Februari tahun ini, disesuaikan untuk pasaran Asia Tenggara.

Mesin-mesin XCMG dan set penyelesaian pembinaan yang lengkap terus membantu projek-projek infrastruktur di Asia Tenggara:

  • Penyelesaian set jentera jalan raya XCMG terlibat dalam pembinaan lebuh raya pertama Kemboja sepanjang 190 kilometer (118 batu) untuk menghubungkan Phnom Penh dan Sihanoukville. Ia merupakan projek penting yang terhasil daripada kerjasama BRI antara China serta Kemboja dan akan mempromosi pembangunan ekonomi dan sosial di wilayah berkenaan.
  • Peralatan set penyelesaian pembinaan terowong XCMG kini mengusahakan projek stesen hidrokuasa Yeywa bahagian atas Myanmar.

"Tatkala BRI mengukuhkan kerjasama di seluruh Asia Tenggara, XCMG akan merebut peluang dan membangun dalam pasaran tempatan menerusi produk-produk kami yang 'Canggih dan Tahan Lama', penyelesaian pembinaan sehenti serta perkhidmatan yang memberikan ketenangan fikiran," kata Song.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 76 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan keenam dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 183 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Sila kunjungi: www.xcmg.comFacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190416/2434727-1

 

Source: XCMG
Keywords: Auto Machinery Transportation