omniture

25,000 Pempamer Bawakan Peluang-peluang Mampan ke Pameran Canton ke-125

Pameran Canton
2019-04-17 07:37 530

GUANGZHOU, China, 17 April 2019 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China kali ke-125 (Pameran Canton atau "Pameran") membawakan lebih 25,000 pempamer dalam 51 bahagian produk dari dalam dan luar negara ke Guangzhou.

25,000 Pempamer Bawakan Peluang-peluang Mampan ke Pameran Canton ke-125
25,000 Pempamer Bawakan Peluang-peluang Mampan ke Pameran Canton ke-125

Meliputi kawasan seluas 1.18 juta meter persegi, pameran tahun ini akan menyaksikan peningkatan 30% dalam bilangan produk yang dikemas kini, menunjukkan inovasi asli dan peluang-peluang baharu untuk perniagaan-perniagaan global. Syarikat-syarikat dari negara-negara di sepanjang Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China akan mempamerkan produk-produk terkini mereka dalam Astaka Antarabangsa.

"Pameran Canton mengalu-alukan lebih banyak syarikat dengan perlindungan harta intelek, jenama-jenama persendirian dan keupayaan pemasaran yang menonjolkan teknologi tinggi serta produk-produk tambah nilai," kata Xu Bing, Jurucakap Pameran Canton dan Timbalan Ketua Pengarah China Foreign Trade Centre.

Bagi menggalakkan pembelian dan jualan global, Pameran tersebut berusaha untuk memacu inovasi dalam promosi, menggunakan teknologi AI serta data raya dan melancarkan pemasaran global dengan memberi penekanan pada media sosial dan enjin gelintar. Sementara itu, berikutan trend perdagangan dan dasar terkini, Pameran Canton akan menganjurkan lebih 20 forum selain 50 demonstrasi produk dan juga seminar pemadanan perniagaan. Sorotan utama termasuk:

  • Forum Pasaran Antarabangsa Pameran Canton 2019, dengan tumpuan untuk mempromosi rakan-rakan kongsi strategik China dan Rusia untuk ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara, akan menggalakkan penyatuan kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Rusia.
  • Perangkaian Kerjasama Global untuk Astaka Antarabangsa akan menekankan peluang-peluang yang dibawakan oleh Pameran Canton ke Kawasan Teluk Lebih Besar sebagai platform perdagangan, menggalakkan penyertaan perniagaan serta pertukaran sumber antara syarikat-syarikat domestik dan juga antarabangsa.

Usaha-usaha Pameran Canton untuk mempromosi pembangunan mampan turut melibatkan pembasmian kemiskinan untuk perniagaan domestik. Lebih 700 syarikat dari kawasan-kawasan kurang maju diberi ruang pameran percuma dan dimasukkan dalam acara-acara promosi bertema, memperkenalkan produk-produk tempatan istimewa kepada pasaran antarabangsa dan mewujudkan pilihan pasaran baharu kepada pembeli global.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.cantonfair.org.cn/en/index.aspx

Latar Belakang Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China, turut dikenali sebagai Pameran Canton, diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Diwujudkan pada tahun 1957, kini pameran ini merupakan sebuah pameran komprehensif yang melakar sejarah paling panjang, bertaraf tertinggi, bersaiz paling besar dan mempunyai bilangan produk terbanyak serta melibatkan taburan asal pembeli paling luas dan turut memperoleh pusing ganti perniagaan tertinggi di China.

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190416/2437372-1

 

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news