omniture

Modul 'Action Learning' Berteraskan Pengalaman ASB Melahirkan Graduan Yang Berkebolehan

Asia School of Business
2019-04-17 12:14 411

KUALA LUMPUR, Malaysia, April 17, 2019 /PRNewswire/ -- Asia School of Business (ASB), sebuah institusi global bertaraf universiti swasta yang ditubuhkan hasil usaha sama antara Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Massachusetts Institute of Technology (MIT)  Sloan School of Management di Amerika Syarikat, telah berjaya melahirkan graduan yang mampu berdaya saing dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa dan tempatan.

ASB's President and Dean, Professor Charles Fine, awarding the Honorary Doctorate in Business Management to Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.
ASB's President and Dean, Professor Charles Fine, awarding the Honorary Doctorate in Business Management to Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

Graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Master of Business Administration) bagi Kohot 2019 menerima skrol masing-masing pada hari ini.  Segelintir besar dari bakal graduan ini telah pun berjaya menerima tawaran pekerjaan dari syarikat terkemuka bertaraf dunia, antaranya Amazon, McKinsey, Gap, Facebook, AirAsia, Esquel, Didi, JobStreet, Microsoft dan Maxis.  

Pada Majlis Konvokesyen bagi meraikan mereka, tetamu kehormat, iaitu YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, telah menyampaikan ucapan beliau dan menzahirkan ucapan tahniah kepada para graduan di atas pencapaian mereka. YAB Tun juga telah dianugerahkan dengan  Ijazah Kehormat oleh Professor Charles Fine, Presiden dan Dekan Asia School of Business.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada tahap kebolehpasaran yang tinggi bagi graduan ASB adalah modul "Action Learning" yang merupakan salah satu komponen utama di dalam struktur kurikulum program MBA mereka. Melalui modul ini, para pelajar telah berjaya membuktikan bahawa terdapat kaedah penyelesaian untuk menangani sebarang cabaran yang sering berlaku dalam dunia perniagaan yang sebenar. 

Sepanjang dua puluh bulan program sarjana mereka, para pelajar telah menghabiskan masa selama tujuh bulan, berada di host company atau tuan rumah yang telah dikenalpasti. Kajian lapangan secara 'on-site' dapat memberikan pendedahan sebenar kepada pelajar tentang isu atau cabaran yang dihadapi oleh organisasi berkenaan dan seterusnya mengusulkan jalan penyelesaian yang sesuai.

"Kami ambil maklum tentang kewujudan jurang kemahiran di kalangan para graduan dalam pasaran pekerjaan ," kata Professor Fine. "Atas kesedaran ini, struktur program MBA yang digubal di ASB menitikberatkan tentang usaha untuk melahirkan tenaga kerja yang sentiasa bersedia, berupaya dan berdaya saing tinggi bagi mengisi jawatan-jawatan pengurusan yang mencabar."

Professor Fine juga merakamkan ucapan penghargaan kepada ahli Lembaga Pengelola Asia School of Business yang terdiri dari peneraju organisasi  yang turut menjadi tuan rumah kepada projek "Action Learning" pelajar. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada 96 rakan kongsi korporat dari 18 negara yang telah sudi menerima pelajar  ASB bagi melaksanakan projek "Action Learning" sejak penubuhan ASB pada tahun 2015. Antara syarikat yang terlibat adalah, Sapura Energy, Daiwa Steel, Bangkok Bank, BJC of Thailand, Del Monte, Microsoft, Petronas, Maxis, Johnson & Johnson, Nestle, Samsung dan Unilever.

Tambah Professor Fine lagi, penekanan terhadap cara kerja berpasukan dalam projek "Action Learning" telah membantu pelajar ASB dalam memupuk semangat kerjasama di kalangan mereka. Ini merupakan salah satu dari nilai-nilai murni yang diterapkan di ASB.  Antara impak hasil dari modul ini, Professor Fine menambah, syarikat yang menjadi tuan rumah telah banyak mendapat manfaat contohnya dari segi peningkatan produktiviti perniagaan masing-masing. Ternyata, input serta kemahiran penyelesaian masalah yang dimiliki oleh pelajar ASB telah berjaya membuktikan kebolehan pelajar kepada ramai pihak.

Berhubung hala tuju ASB pada masa hadapan, Professor Fine menjelaskan perancangan bagi memperluaskan lagi program MBA secara separuh masa bagi memenuhi kehendak dan keperluan tenaga profesyenal yang sentiasa dahaga untuk menimba ilmu baru dalam usaha untuk meningkatkan status kerjaya masing-masing. Pihak ASB juga menawarkan kursus pendidikan eksekutif jangka pendek kepada masyarakat umum.

ASB juga akan berusaha ke arah meningkatkan lagi bilangan enrolmen pelajar apabila kampus tetapnya siap dibina pada awal tahun hadapan.

-        TAMAT           -

Mengenai Asia School of Business

Asia School of Business (ASB) telah ditubuhkan pada tahun 2015 hasil usaha sama antara Bank Negara Malaysia dengan MIT Sloan School of Management. Ianya merupakan sekolah perniagaan global serta hab pengetahuan dan pembelajaran yang diterapkan dengan kepakaran serantau selain pandangan dan perspektif mengenai Asia dan ekonomi-ekonomi membangun. ASB bertekad untuk menghasilkan pemimpin yang berprinsip dan dapat membawa perubahan yang menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan serantau dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.asb.edu.my.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190415/2435838-1

Source: Asia School of Business
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education