omniture

JOOX membawakan rentak dan irama dengan YO! MTV Raps, menonjolkan muzik hip hop Asia di Malaysia

JOOX
2019-04-17 17:13 825

KUALA LUMPUR, Malaysia, April 17, 2019 /PRNewswire/ -- Peminat-peminat yang menyukai segala-galanya tentang muzik hip hop kini berpeluang menyaksikan penyanyi-penyanyi rap Asia yang terbaik, bijak dan  hangat melontarkan irama menerusi rentak yang rancak dengan menstrim YO! MTV Raps secara langsung di JOOX, aplikasi[1] penstriman muzik yang paling popular Asia, di seluruh Hong Kong, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Myanmar.

JOOX YO MTV Raps_1
JOOX YO MTV Raps_1

Kajian terkini[2] mengesahkan bahawa muzik hip hop mendominasi budaya pop seluruh dunia dan  ia merupakan genre muzik yang paling popular di dunia dengan penghasilan sebahagian besar lagu di carta teratas sejak beberapa tahun kebelakangan ini. JOOX kini menyebarkan rentak dan irama berlirik yang sedang menular itu lebih jauh lagi di Asia melalui YO! MTV Raps, yang meraikan budaya hip hop  dengan menggegarkan melalui muzik, fesyen dan gaya hidup.

JOOX YO MTV Raps_2
JOOX YO MTV Raps_2

YO! MTV Raps yang dinamakan secara rasmi sebagai Program Muzik atau Tarian Terbaik di Asian Academy Creative Awards 2018 akan menghasilkan episod-episod baharu setiap hari Selasa mulai April hingga Jun, menampilkan yang terkini dan kontroversi dalam bidang muzik hip hop selain persembahan yang amat mengujakan daripada artis-artis hip hop Asia seperti Daboyway dari Thailand, Kmy Kmo dari Malaysia dan Dough Boy dari Hong Kong, dihoskan oleh penyanyi rap Singapura Yung Raja serta DJ Kim Lee.

Catatkan dalam kalendar anda! Jadual strim langsung di JOOX adalah seperti berikut:

YO! MTV Raps

15 April, 30 April, 14Mei, 28 Mei, 11 Jun

Hong Kong & Malaysia

8 malam waktu tempatan

Indonesia & Thailand

7 malam waktu tempatan

Myanmar

6:30 petang waktu tempatan

Selain daripada menstrim secara langsung acara tersebut, JOOX akan turut memastikan peminat menari mengikut rentak muzik dan mendapat perkembangan terkini tentang apa yang hangat dalam muzik hip hop dengan menampilkan artis-artis hip hop serta penyanyi-penyanyi lagu rap yang sedang meningkat naik menerusi temubual secara langsung, agar peminat-peminat muzik hip hop boleh mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman dan budaya mereka. Nantikan untuk lebih banyak kandungan temu bual eksklusif daripada JOOX! Susunan mantap senarai lagu hip hop akan turut disediakan pada aplikasi JOOX.

Poshu Yeung, Naib Presiden Tencent International Business Group, berkata, "Kami berbangga kerana dapat mempromosikan muzik hip hop Asia yang semakin berkembang dan telah menetapkan trend dalam industri penstriman muzik di seluruh Asia. JOOX sentiasa mengujakan peminat dengan pelbagai genre muzik dan persembahan muzik, kami memberikan mereka lebih banyak muzik kegemaran melalui perkongsian kami bersama MTV. Sebagai rakan kongsi penstriman rasmi YO! MTV Raps kami berkomited untuk menyediakan peminat-peminat muzik dan budaya di Asia dengan kandungan hiburan yang lebih dinamik dan beraneka."

Dengarkan muzik dan tonton video, acara serta konsert pada bila-bila masa, di mana-mana jua! Muat turun JOOX sama ada daripada Apple App Store dan Google Play Store, atau akses laman web JOOX. Nantikan lebih banyak muzik dan persembahan secara langsung daripada artis-artis tempatan serta antarabangsa, dibawakan kepada anda oleh JOOX!

[1] JOOX ialah aplikasi penstriman muzik yang paling banyak dimuat turun di Hong Kong, Indonesia, Thailand dan Malaysia di Apple App Store dan Google Play Store. Sumber: App Annie, data tahunan sehingga Disember 2017.

[2] Laporan Akhir-Tahun Muzik A.S. 2017, Nielsen (https://www.nielsen.com/us/en/insights/reports/2018/2017-music-us-year-end-report.html)

– Tamat –

Muat turun sekarang untuk memulakan perjalanan muzik premium anda hari ini!

JOOX QR code
JOOX QR code

Latar Belakang JOOX

JOOX ialah aplikasi muzik percuma yang dihasilkan untuk peminat muzik. Dengan pustaka lagu-lagu hit yang luas dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda dengan artis, lagu, album kegemaran anda dan senarai main yang diperibadikan. Para pengguna berpeluang menerokai muzik baharu yang hebat menerusi lagu-lagu yang dicadangkan serta stesen radio yang menepati minat dan mood anda.

Hubungan Media:

Angelina Amelia

Ellice Hendricks

Tel: +60 14 6406072

Tel: +60 12 428 8304

angel@benjaminellice.com 

ellice@benjaminellice.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190417/2434670-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190417/2434670-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190417/2434670-1-c

Source: JOOX
Keywords: Entertainment Mobile Entertainment Music Telecommunications