omniture

Upacara Perasmian Pameran Tokong Fengdu 2019 dimulakan di Daerah Fengdu, Chongqing

iChongqing
2019-04-20 03:17 602

CHONGQING, China, 20 April 2019 /PRNewswire/ -- Upacara Perasmian Pameran Tokong Fengdu 2019 dimulakan di Daerah Fengdu, Chongqing, pada sebelah pagi 7 April dan beberapa persembahan mengagumkan membolehkan para pelancong untuk menghargai adat rakyat tradisional Daerah Fengdu.

Maharaja Alam Ghaib dan Maharani baginda
Maharaja Alam Ghaib dan Maharani baginda

Larian promosi trend kecergasan kebangsaan

"Kecergasan dan Larian Kebangsaan kali ke-3 yang menumpu pada 'Daerah Fengdu Sihat dan Pameran Tokong Dinamik'" turut diadakan dan di acara tersebut, puluhan ribu pelari pada semua peringkat usia dan jantina dilihat berpakaian berwarna warni.

Perarakan Pameran mendapat momentum   

Menerusi sejarah selama 30 tahun, perarakan Pameran Tokong Fengdu ialah salah satu aktiviti utama acara tersebut dan ia bermula pada jam 4 petang setiap hari. Namun demikian, orang ramai sentiasa tiba awal untuk mendapat tempat tontonan terbaik. Didendangkan dengan bunyi muzik purbakala, upacara korban dimulakan dan Maharaja Alam Ghaib dan Maharani baginda melancarkan upacara perarakan tahun ini.

Suasananya tiba ke kemuncaknya dengan apungan menawan, kostum Cina tradisional yang halus buatannya manakala hantu dan dewa berulang alik ke belakang dan ke depan. Apungan Guanajuato yang terkenal untuk Hari Orang Mati dari Mexico menggabungkan budaya Cina tradisional dengan unsur-unsur asing, menonjolkan gaya antarabangsa. Di samping itu, aktiviti solekan kreatif secara bebas menjadikan perarakan tersebut sebagai karnival untuk penduduknya.

Wuqiao Acrobatics ialah salah satu lagak ngeri rakyat China  

Pameran Tokong Fengdu 2019 melibatkan persembahan daripada Wuqiao Acrobatics, yang merupakan warisan budaya yang tidak ketara. Sebagai salah satu bentuk kesenian rakyat terawal dalam senarai warisan budaya tidak ketara China, Wuqiao Acrobatics pernah terlibat untuk membuat persembahan di pentas antarabangsa berkali-kali dan mendapat banyak pujian.

Banyak persembahan seperti menelan pedang, menahan tong, permainan boneka bayang Cina, permainan boneka solo dan menunggang motosial di dalam bola telah mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. Persembahan menunggang motosikal di dalam bola menggabungkan akrobatik dengan unsur-unsur moden dan jeritan para penonton kedengaran turun naik apabila empat buah motosikal berlumba di dalam bola besi. Akrobat persembahan menahan tong pula bukan sekadar menahan tong yang berat dengan kaki mereka, tetapi juga memutarkan tong itu dengan salah seorang penonton berada di dalamnya.

Pameran Tokong Fengdu merupakan warisan budaya tidak ketara China. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.ichongqing.info/arts-culture/adventure-to-the-underworld-in-fengdu/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190418/2440300-1

 

Source: iChongqing
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel