omniture

CBD-IBCTF (Shanghai) Dinaik Taraf Anjuran Bersama MACALLINE Buat Penampilan Sulung

The China (Guangzhou) International Building Decoration Fair
2019-04-20 03:40 676

SHANGHAI, 20 April 2019 /PRNewswire/ -- Susulan perkongsian antara China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corp. (CFTE) dan jenama rangkaian pusat beli belah kelengkapan rumah Cina yang terkemuka MACALLINE, Pameran Perdagangan Bangunan & Pembinaan Antarabangsa China (CBD-IBCTF (Shanghai) atau "Pameran") yang dinaik taraf telah membuat penampilan sulung yang melakar kejayaan.

The CBD-IBCTF (Shanghai) 2019
The CBD-IBCTF (Shanghai) 2019

Meliputi kawasan seluas 170,000 meter persegi, CBD-IBCTF (Shanghai) 2019 menyaksikan pertumbuhan drastik (112.5%) secara meluas berbanding tahun lalu. Sekitar 600 pempamer dan sejumlah 84,075 ahli profesional menghadiri Pameran berkenaan, masing-masing meningkat 98.33% dan 95.87% berbanding tahun lalu.

Melalui jalinan kerjasama dengan MACALLINE, Pameran berkenaan memperkenalkan model baharu yang menjajarkan tuan rumah pameran perdagangan dan perusahaan yang utama dalam industri, menggabungkan dengan berkesan sumber-sumber mereka untuk membentuk rangkaian kukuh yang meluas, yang melaluinya, Pameran tersebut menganjurkan lebih banyak persidangan serta forum berprofil tinggi dan mencipta lebih banyak peluang komunikasi yang intensif antara pempamer dan juga pembeli.

Pameran yang dinaik taraf itu juga melibatkan astaka antarabangsa buat julung kalinya, memperkenalkan jenama-jenama dapur dan bilik mandi seramik wakilan dari Jerman, Sepanyol, Itali, AS, Denmark dan banyak lagi. Dengan menambah lebih banyak kategori termasuk bahan-bahan binaan diimport berkualiti tinggi, jubin seramik, peralatan elektrik, lampu dan tema baharu yang lain, Pameran tersebut menjadi platform yang meliputi seluruh rantaian perindustrian melibatkan seni bina dan hiasan rumah.

"CBD-IBCTF (Shanghai) terkini membawa wajah baharu menerusi kerjasama yang meyakinkan antara kedua-dua tuan rumah," kata Liu Xiaomin, Presiden CFTE. "CBD-IBCTF (Shanghai) menjadi salah satu pameran hiasan bangunan yang paling menyeluruh di China, merangkumi pelbagai sub-industri. Sejumlah 58,000 pengunjung hadir ke Pameran tersebut pada hari pembukaan, meningkat 92.7% berbanding tahun lalu."

"Buat julung kalinya, CBD-IBCTF (Shanghai) tahun ini menampilkan Astaka Antarabangsa, Astaka Reka Bentuk dan Kehidupan serta Astaka Kediaman Pintar," ulas Che Jianfang, Pengarah Eksekutif Red Star Macalline Group Corp Ltd. "Melalui Pameran tersebut, kami mendapati bahawa perkhidmatan tersuai semakin meningkat, manakala industri kediaman pintar pula terus berkembang. Saya percaya bahawa industri kelengkapan rumah Cina akan menyaksikan banyak peluang transformatif pada tahun 2019 dan perusahaan-perusahaan yang merebut peluang berkenaan akan memulakan prospek pasaran yang lebih luas."

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: http://en.cbd-china.com/

Latar Belakang Pameran CBD

Diasaskan pada tahun 1999, Pameran CBD dianjurkan dua kali setahun, dengan CBD-IBCTF (Shanghai) diadakan pada bulan Mac manakala Pameran CBD (Guangzhou), pameran hiasan bangunan yang terbesar di dunia, diadakan pada bulan Julai. Sesi terkininya, dianjurkan pada Mac 2019, berjaya menarik lebih 600 pempamer dan 84,000 pengunjung.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190418/2440251-1

Source: The China (Guangzhou) International Building Decoration Fair
Related Links:
Keywords: Construction/Building Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Real Estate Trade show news