omniture

Huawei Diiktiraf sebagai Gartner Peer Insights Customers' Choice April 2019 untuk Perangkaian Pusat Data

Huawei
2019-04-20 03:52 586

SHENZHEN, China, 20 April 2019 /PRNewswire/ -- Huawei, penyedia bertaraf global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar, mengumumkan bahawa Suis CloudEngine Huawei dinamakan sebagai Gartner Peer Insights Customers' Choice April 2019 untuk Perangkaian Pusat Data.

Gartner Peer Insights Customers' Choice[1] menganalisis lebih 200,000 ulasan daripada lebih 300 pasaran yang dihantarkan ke Gartner Peer Insights. Ulasan ini adalah berdasarkan pengalaman rakan setara secara langsung dalam membeli, melaksanakan dan mengendalikan suatu penyelesaian. Dalam pasaran-pasaran dengan adanya data yang mencukupi, Gartner Peer Insights mengiktiraf vendor-vendor yang mendapat penilaian tertinggi oleh pelanggan mereka melalui kepujian Customers' Choice.

Huawei telah beroperasi dalam pasaran rangkaian pusat data. Sejak dilancarkan pada tahun 2012, Penyelesaian Rangkaian Pusat Data Awan CloudFabric Huawei digunakan dalam lebih 7,800 pusat data perusahaan di lebih 120 negara. Meskipun pengiktirafan yang disebutkan di atas adalah berdasarkan maklum balas pelanggan, pada Julai 2018, penganalisis Gartner menamakan Huawei sebagai Pencabar dalam Magic Quadrant 2018 untuk Perangkaian Pusat Data[2] buat tahun kedua berturut-turut.

Pada 9 Januari 2019, Huawei memperkenalkan suis pusat data pertama dalam industri yang dibina untuk era Kecerdasan Buatan (AI) -- CloudEngine 16800. Di samping itu, Huawei menakrifkan tiga ciri untuk suis pusat data dalam era AI: cip AI terbenam, 48-port 400 GE port berkepadatan tinggi setiap slot dan keupayaan untuk berkembang kepada Rangkaian Pemanduan Berautonomi (ADN). Berdasarkan Suis CloudEngine yang memanfaatkan kuasa cip AI berprestasi tinggi yang terbenam dan penggunaan algoritma iLossless yang inovatif, Huawei melancarkan Rangkaian Pintar Fabrik AI dan Pusat Data Tak Hilang. Direka untuk membantu pelanggan mempercepatkan transformasi pintar mereka, Fabrik AI Huawei membawakan pengalaman rangkaian yang unggul tanpa kehilangan paket, dengan kependaman rendah dan daya pemprosesan tinggi. Ia dapat mencapai 100% kuasa pengkomputeran AI dan meningkatkan storan data Operasi Input/Output Sesaat (IOPS) sebanyak 30%, kesemuanya sambil mengurangkan TCO sebanyak 53%. Ia merupakan cara utama untuk rangkaian pusat data berkembang melangkaui era awan, menuju era AI.

"Ujian sebenar untuk suatu produk ialah pengalaman pelanggan dan kami percaya pengiktirafan daripada Gartner Peer Insights ini memperlihatkan komitmen kami terhadap pelanggan kami untuk menyediakan produk-produk bertaraf dunia bagi menambah baik infrastruktur ICT mereka," kata Leon Wang, Presiden Domain Rangkaian Pusat Data Huawei. "Kami berusaha untuk menyediakan pelanggan kami dengan penyelesaian perangkaian pusat data yang memenuhi keperluan mereka dan kami akan terus menginovasi tawaran baharu dan memanfaatkan maklum balas mereka."

[1] Gartner Peer Insights Customers' Choice ialah satu pengiktirafan kepada vendor-vendor dalam Perangkaian Pusat Data oleh ahli-ahli profesional pengguna akhir yang disahkan, dengan mengambil kira bilangan ulasan dan penarafan pengguna keseluruhan. Bagi menjamin penilaian yang adil, Gartner mengekalkan kriteria yang ketat bagi mengiktiraf vendor-vendor dengan kadar kepuasan pelanggan yang tinggi.

[2] Gartner, Inc., Magic Quadrant untuk Perangkaian Pusat Data, Andrew Lerner, Joe Skorupa, 11 Julai 2018

Untuk maklumat lanjut, sila lawati penyelesaian rangkaian pusat data CloudFabric Huawei:
https://e.huawei.com/en/solutions/business-needs/enterprise-network/data-center-network

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment