omniture

Absen Diiktiraf sebagai Salah Sebuah Syarikat Terurus Terbaik China

Absen.com
2019-04-22 09:30 527

SHENZHEN, China, 22 April 2019 /PRNewswire/ -- Pengeluar paparan LED profesional, Absen (SZSE: 300389), diumumkan sebagai salah sebuah "Syarikat Terurus Terbaik" Cina dalam Program Anugerah Syarikat-syarikat Terurus Terbaik (BMC) Deloitte pada Mac 2019.

Program BMC ialah satu inisiatif global bagi tujuan mengenal pasti dan mengiktiraf syarikat-syarikat swasta yang mempunyai idea pengurusan termaju dan prestasi perniagaan yang cemerlang. Ia dimulakan di China pada Ogos 2018.

Mengulas tentang anugerah berkenaan, Ketua Pegawai Kewangan Absen, Chelsea Huang berkata, "Anugerah Syarikat-syarikat Terurus Terbaik menilai segenap aspek sesebuah organisasi dan kami amat berbangga kerana Absen telah memenuhi semua syarat. Anugerah berprestij ini ialah pengiktirafan yang hebat untuk kejayaan keseluruhan Absen berdasarkan hala tuju strategik yang jelas dan struktur organisasi, prestasi kewangan yang cemerlang, keupayaan pengurusan risiko yang mantap serta budaya korporat yang menginspirasikan. Anugerah ini akan meningkatkan keyakinan kami untuk terus meningkatkan pengurusan perniagaan kami selain produk dan perkhidmatan kami."

Panel penilaian menjalankan proses kelayakan dan penilaian terperinci berdasarkan pelbagai kriteria di bawah tajuk strategi, keupayaan, komitmen dan prestasi kewangan. Absen membuatkan panel kagum menerusi "kecemerlangan pengurusan" dan diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat terurus terbaik dari segi "kepimpinan industri, pemikiran global, strategi jangka panjang, pembangunan inovatif dan berorientasikan kakitangan."

Dengan reputasi dalam penyediaan paparan LED berkualiti tinggi, jenama Absen yang memenangi anugerah, yang meraikan kejayaan 10 tahun berturut-turut sebagai No. 1 dalam pengeksportan panel LED, memberi tumpuan pada perniagaan paparan LED selama lebih 18 tahun lamanya. Ia memiliki pengilangan canggih dan jaringan khidmat pelanggan maju dengan 15 syarikat tempatan dan luar negara di seluruh dunia selain meletakkan kepentingan yang utama kepada inovasi. Pada tahun 2018, Absen mencapai pendapatan sebanyak hampir 2 bilion RMB, dengan pertumbuhan 29% berbanding tahun sebelumnya. Pelaburannya dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) adalah 3% lebih tinggi berbanding syarikat-syarikat lain dalam industri. 

Apa yang membezakan Absen khususnya daripada syarikat-syarikat lain dalam industri ialah kestabilan kewangannya yang luar biasa, yang membolehkannya untuk dipercayai oleh pelanggan-pelanggan global seperti Chinese Football Association Super League (CSL).

"Dengan melancarkan program BMC pertama di China, Deloitte bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi dalam pelbagai sektor untuk menamakan calon, menyemak semula maklumat calon, mengadakan semakan semula dan pementoran di lapangan Makmal Ketua Pegawai Eksekutif Terurus Terbaik serta mengurus semakan semula oleh Jawatankuasa Semakan Bebas. Senarai akhir dengan 23 pemenang menunjukkan kecemerlangan pengurusan merentas sektor-sektor berbeza," kata Zhao Jian, rakan kongsi utama Program BMC.

Source: Absen.com
Related Stocks:
Shenzhen:300389
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Awards