omniture

Maraton Antarabangsa Tembok Bandar 2019-"Jalur dan Jalan" Shaanxi Xi'an (Samsung) berlangsung di Xi'an, China

Amazing China Sports Management Co., Ltd.
2019-04-23 01:53 345

XI'AN, China, 23 April 2019 /PRNewswire/ -- Maraton Antarabangsa Tembok Bandar 2019-"Jalur dan Jalan" Shaanxi Xi'an (Samsung) bermula di Xi'an, wilayah Shaanxi, China jam 8:30 pagi pada 20 April 2019, menghimpunkan 5,000 pelari dari 28 negara dan wilayah seluruh dunia termasuk Britain, China, Jerman, Korea Selatan dan AS. Acara tersebut diurus secara eksklusif oleh Amazing China Sports Management Co., Ltd.

Tembok Bandar Xi'an
Tembok Bandar Xi'an

Kubu Xi'an, yang turut dikenali sebagai Tembok Bandar Xi'an, mempunyai asal usul sejarah dan budaya yang telah lama bertapak serta menggamit jutaan pelancong Cina dan antarabangsa setiap tahun. Acara tersebut telah meningkatkan daya tarikan tembok berkenaan kepada ramai pelari sebagai satu-satunya maraton di dunia yang diadakan sepanjang tembok bandar purba yang lengkap. Dengan Dinasti Xin, salah satu zaman yang penting dalam sejarah Cina, sebagai latar belakang yang kreatif, maraton tembok bandar tahun ini merupakan gabungan antara budaya tradisional dan juga fesyen.

Tembok Bandar Xi'an ialah salah satu tembok yang terbaik jagaannya dan salah satu daripada segelintir kubu bandar Cina purba yang masih utuh sepenuhnya. Ia juga merupakan warisan sejarah dan budaya yang memerlukan perlindungan kolektif daripada semua penduduk Cina. Tahun ini, Yayasan Pemuliharaan Tembok Bandar Xi'an serta jawatankuasa penganjur Maraton Antarabangsa Tembok Bandar tersebut berganding bahu untuk menyertakan City Wall Guardian Program (Program Penjaga Tembok Bandar) dalam acara tersebut, bagi tujuan menyumbang kepada usaha-usaha bandar berkenaan untuk melindungi peninggalan budaya iaitu Tembok Bandar itu sendiri dan memelihara budaya tradisional yang berkaitan dengan kubu berkenaan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190422/2441296-1

 

Source: Amazing China Sports Management Co., Ltd.
Keywords: Sporting Events Sports Future Events