omniture

Pameran perdagangan seramik di Daerah Yingxian, Wilayah Shanxi

Yingxian County
2019-04-23 21:14 402

SHUOZHOU, China, 23 April 2019 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport Seramik Shanxi Shuozhou baru-baru ini telahpun diadakan di Daerah Yingxian, Wilayah Shanxi di utara China.

Di pameran berkenaan, peserta-peserta telah mencapai hasrat menjalin kerjasama untuk 20 projek pelaburan. Antaranya, lapan projek dengan jumlah pelaburan sebanyak lebih 1.6 bilion yuan akan dilaksanakan di Daerah Yingxian termasuk tertib pengeluaran hiasan seramik berkualiti tinggi dan tertib pengeluaran kertas berwarna seramik.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Daerah Yingxian telah mempercepatkan transformasi ekonomi dan menyegerakan kadar pengukuhan kedudukannya untuk menjadi tapak pengeluaran seramik yang penting.

Pada masa kini, produk-produk seramik yang dihasilkan di Yingxian dijual ke bandar-bandar utama di China seperti Beijing, Shanghai, Guangzhou, Chongqing, Wuhan, selain lebih 40 negara dan wilayah di Eropah, Amerika dan juga Asia Tenggara.

Industri seramik di Yingxian telahpun membentuk pola perindustrian yang membawakan seramik kegunaan harian, seramik seni bina dan seramik berorientasikan eksport. Pada masa kini, daerah ini menjadi pusat kepada 21 perusahaan seramik dan 32 tertib pengeluaran, dengan kapasiti pengeluaran tahunan bagi seramik kegunaan harian mencecah 1 bilion unit manakala seramik seni bina mencecah 33 juta meter persegi. Produk-produk seramik telah meliputi lebih 2,000 varieti melibatkan lebih 60 siri, menurut Ding Yu, timbalan setiausaha Jawatankuasa Parti Daerah Yingxian dan Pemangku Majistret Daerah.

Kaya dengan bahan-bahan mentah seramik seperti kaolin, kuarza, tanah liat dan batu porselin, Yingxian menikmati kelebihan-kelebihan yang bagus dalam penghasilan seramik, lalu mendayakan perusahaan seramik tempatan untuk menumpu pada penyelidikan dan pembangunan (R&D) seramik.

Pada masa kini, perusahaan seramik di Yingxian mempunyai 13 pusat R&D teknologi seramik peringkat wilayah dan perbandaran.

Bagi menggalakkan pembangunan yang sihat dalam industri seramik, pada bulan Januari 2019, zon pembangunan ekonomi dan teknologi yang menekankan pengeluaran seramik harian dan seramik seni bina telahpun diluluskan.

Ding berkata bahawa tahun ini, Yingxian akan meningkatkan lagi pembinaan infrastruktur zon pembangunan tersebut serta turut memperkenalkan perusahaan pengeluaran kilang yang melibatkan arang batu-kepada-gas, pengacuan, pembakaran hiasan, pencetakan berwarna dan pempakejan, bagi menyediakan perusahaan seramik dengan perkhidmatan bertaraf profesional.

Source: Yingxian County
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news