omniture

Hotel Oriental Express Tokyo Ginza bakal dibuka pada Julai 2019

Selami suasana aneh menerusi karya seni Ginza
Hotel Management Japan Co., Ltd
2019-04-25 19:06 748

TOKYO, 25 April 2019 /PRNewswire/ -- Hotel Management Japan Co., Ltd. mengumumkan pelancaran hotel baharunya di bawah jenama Hotel Oriental Express di Tokyo Ginza, yang dijadualkan dibuka pada 26 Julai 2019. Hotel ini akan dikendalikan oleh Hotel Management Japan International Co., Ltd. dan diurus oleh Hotel Management Japan Co., Ltd.

Konsep Hotel Oriental Express Tokyo Ginza ialah "Hotel Galeri Seni" yang membolehkan para tetamu mengalami penginapan luar biasa dalam suasana aneh dengan karya seni Ginza yang terhasil daripada kerjasama dengan galeri-galeri seni di Ginza. Hotel ini juga bermatlamat untuk memainkan peranan untuk artis-artis muda yang berbakat yang berada di Jepun untuk mengekspresikan karya seni mereka kepada tetamu-tetamu dari seluruh dunia.

Bilik tamu
Bilik tamu

 

Bilik tamu
Bilik tamu

 

Pintu Masuk Hotel (Lukisan Realistik)
Pintu Masuk Hotel (Lukisan Realistik)

 

Sarapan
Sarapan

Ciri-ciri hotel

Alami bandar seni Ginza

Lobi dan bilik, yang bertemakan warna putih dengan serlahan warna perak atau dalam bahasa Jepun, "Gin" untuk "Ginza," dihiasi dengan karya seni dinding yang dipilih dengan teliti yang mengekspresikan empat musim di Jepun. Luas kawasan lobi adalah dua kali ganda lebih besar daripada ruang galeri, menampilkan karya seni yang indah daripada galeri-galeri yang bekerjasama di Ginza. Tetamu-tetamu hotel boleh membeli terus karya seni kegemaran mereka.

  • Reka bentuk seni dinding
    Bahagian atas sebelah kiri: Bunga wisteria yang kembang penuh pada awal musim panas, perlahan-lahan ditiup angin
    Bahagian atas sebelah kanan: Aktiviti mencedok ikan emas di festival musim panas; Bunga api terpantul pada permukaan air
    Bahagian bawah sebelah kiri: Ais salji yang sedang melebur, menantikan musim bunga
  • Contoh-contoh reka bentuk seni dinding dengan kerjasama Nada Art Gallery 
  • Artis Seni Dinding: Cik Maya Ogata

Cik Maya Ogata memulakan kerjaya seni beliau bersama syarikat reka bentuk grafik selepas menamatkan pengajian daripada universiti. Semasa bekerja untuk syarikat ini, Cik Ogata bergiat aktif dalam pelbagai pameran solo dan kumpulan sebagai artis seni dinding. Cik Ogata telah melukis dinding rumah tamu, kedai dan ruang acara selain mempersembahkan karya seni beliau dalam persembahan langsung di seluruh negara.

Hidupkan Semula Deria Anda

Sarapan: Setiap hari, bufet sarapan pagi menawarkan lima jenis sup bermusim. Cef hotel berkenaan mencadangkan sarapan yang ringkas namun berkhasiat ini untuk menghidupkan semula deria serta memulakan hari anda. Supnya juga boleh dinikmati di mana-mana, agar para tetamu dapat menikmati sarapan pagi mereka mengikut keselesaan mereka.

Kafe: Pada siang hari, kawasan restoran ini dibuka eksklusif untuk semua tetamu hotel untuk digunakan pada masa lapang mereka. Tetamu-tetamu bebas untuk berehat dan menikmati waktu mereka yang dikelilingi oleh karya seni, dengan minuman pilihan mereka daripada seleksi hotel iaitu kopi, teh herba, teh hijau dan sebagainya.

Tingkatkan kepekaan anda

Muzik: Semua bilik tamu dilengkapi dengan pembesar suara Bluetooth dan dihiasi dengan karya seni dinding yang dipilih dengan teliti yang menggambarkan bunga-bunga indah pada setiap musim di Jepun. Tetamu-tetamu boleh melihat, menikmati dan menghayati seni dan bunyi semasa meluangkan masa berehat di dalam bilik mereka.

Catatan untuk Editor

Buka:                Jumaat, 26 Julai 2019
Laman web:      https://tokyoginza.hotelorientalexpress.com/ (Tersedia mulai 1 April 2019)  
Alamat:           2-9 Tsukiji, Chuo-ku, Tokyo, 104-0045    
Saiz:                 9 tingkat di atas tanah, jumlah keseluruhan kawasan lantai: 2,392.77 meter persegi
Bilik:              103 bilik (37 bilik untuk seorang, 9 bilik untuk dua orang, 56 bilik berkembar, 1 bilik universal)
Restoran:       Kafe segera (untuk tetamu hotel sahaja)
                         Sarapan 6:30-10:00
                         Kafe 12:00-22:00
Akses:             1 minit berjalan dari Stesen Tsukiji Station di laluan Hibiya
                         2 minit berjalan dari Stesen Shintomicho di laluan Yurakucho

Latar Belakang Hotel Management Japan Co., Ltd.

Hotel Management Japan Co., Ltd. ialah sebuah syarikat pengurusan hotel yang berpangkalan di Tokyo, Jepun. Kini, syarikat ini mengurus 18 buah hotel di seluruh Jepun dengan sejumlah 5,433 buah bilik di bawah jenama-jenama tempatan dan luar negara seperti Oriental, Hilton, Marriott dan Holiday Inn di seluruh Jepun, selain dengan kerjasama Tokyo Disney Resort (R).

www.hmjkk.co.jp

Bilangan hotel kumpulan: 18 / Bilangan bilik tamu disatukan: 5,433 / Bilangan kakitangan disatukan: Kira-kira 2,402

18 hartanah (lokasi / bilangan bilik)
Hilton Narita (Chiba / 548), International Garden Hotel Narita (Chiba / 463), Oriental Hotel Tokyo Bay (Chiba / 511), Hilton Tokyo Odaiba (Tokyo / 453), Hotel Oriental Express Tokyo Kamata (Tokyo / 158), Hotel Oriental Express Tokyo Ginza* (Tokyo / 103), Oriental Hotel Kyoto Gallery** (Kyoto / 150), Hotel Nikko Nara (Nara / 330), Holiday Inn Osaka Namba (Osaka / 314), Namba Oriental Hotel (Osaka / 258), Hotel Oriental Express Osaka Shinsaibashi (Osaka / 124), Oriental Suits Airport Osaka Rinku*** (Osaka / 258), Kobe Meriken Park Oriental Hotel (Hyogo / 319), Sheraton Grand Hiroshima Hotel (Hiroshima / 238), Oriental Hotel Hiroshima (Hiroshima / 227), Oriental Hotel Fukuoka Hakata Station (Fukuoka/ 221), Hotel Nikko Alivila (Okinawa / 396), Okinawa Marriott Resort & Spa (Okinawa / 361)

*Bakal dibuka pada Julai 2019 
**Bakal dibuka pada September 2019 
***Bakal dibuka pada Disember 2019

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190423/2443699-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190423/2443699-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190423/2443699-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190423/2443699-1-d

Source: Hotel Management Japan Co., Ltd
Keywords: Hotels and Resorts Travel