omniture

Huawei Dayakan Kewangan Pintar dengan "AI+DATA"

Huawei
2019-04-26 04:32 559

- Huawei Adakan Sidang Kemuncak FSI Global 2019 dengan Rakan-rakan Kongsi di Shanghai

SHANGHAI, 26 April 2019 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak FSI Global Huawei 2019 diadakan di Shanghai hari ini, menerusi tema "Transformasi Digital Holistik, Penentuan Matlamat Kewangan Pintar". Sidang kemuncak ini telah dapat menarik lebih 2,000 pelanggan kewangan global, rakan kongsi dan pakar daripada institusi-institusi global, seperti Deloitte, Industrial and Commercial Bank of China, China Life Insurance, Sberbank, Erste Bank, Shenzhen Stock Exchange, Bradesco, Guotai Junan Securities dan Zhejiang Rural Credit. Menumpu pada cabaran baharu yang dihadapi oleh industri perkhidmatan kewangan dalam era ekonomi digital, semua hadirin berkongsi tentang inisiatif transformasi digital dan amalan-amalan membuahkan hasil mereka bagi membantu lebih banyak institusi kewangan menavigasi haluan transformasi digital kepada kewangan pintar.

Perkhidmatan Kewangan Di Merata Tempat: "AI+DATA" untuk Kewangan Pintar

Ma Yue, Naib Presiden Huawei Enterprise BG dan Presiden EBG Global Sales, berkata dalam ucapan pembukaan beliau: "Industri perkhidmatan kewangan telah melangkah ke era 4.0. Perkhidmatan kewangan berada di merata tempat, memacu institusi-institusi kewangan untuk membina platform dan ekosistem bagi membolehkan penciptaan model perniagaan dan perkhidmatan baharu. AI dan data menjadi daya penggerak utama yang mendayakan inovasi perniagaan kewangan. Penyelesaian Data AI+ Huawei membantu pelanggan membentuk semula sistem ICT tertutup mereka kepada platform awan terbuka. Ini membolehkan data berkembang kepada data raya dan data pantas. Kami membantu pelanggan membina platform AI dan seterusnya mencapai Kewangan Pintar."

Ma Yue, Naib Presiden Huawei Enterprise BG dan Presiden EBG Global Sales
Ma Yue, Naib Presiden Huawei Enterprise BG dan Presiden EBG Global Sales

Tim Pagett, Pemimpin FSI Asia Deloitte, mengulas: "Langkah-langkah perubahan telah beralih daripada linear kepada penambahbaikan pesat. Data berstruktur dan tidak berstruktur turut berkembang pantas. Penting untuk memperoleh, memvisualkan dan menyepadukan data raya untuk membuat keputusan perniagaan yang penting. Dalam masa yang sama, perubahan demografi dan perusahaan digital telah membentuk semula persekitaran pasaran. Trend ini bertujuan untuk menyediakan pelanggan dengan pengalaman digital yang lancar. Justeru itu, teknologi, bakat dan budaya perniagaan kesemuanya akan menjadi fleksibel dan tangkas."

Perbankan Pintar: Teknologi Kewangan Bawakan Pengalaman Unggul 

Perbankan pintar menjadi taraf tinggi yang mendominasi perbankan global dalam era ekonomi digital. Zhang Yan, Timbalan Pengurus Besar, Jabatan Teknologi, ICBC, berkata bahawa ICBC menumpu untuk mempromosikan penyepaduan mendalam antara bank dan ekosistem, membentuk semula seni bina perniagaan baharu "semua pelanggan, omnisaluran dan semua produk" dengan ekosistem baharu dan kemudiannya menggalakkan transformasi seni bina IT dwiteras "hos + platform terbuka". Ini bertujuan untuk mempercepatkan transformasi pintar, inklusif dan terbuka untuk perkhidmatan kewangan dan untuk membina ekosistem perbankan pintar terbuka yang menyepadukan kewangan dengan teknologi.

"Inovasi terbenam secara mendalam dalam DNA Erste dan merupakan salah satu pemacu perniagaan teras dalam Erste Bank. Erste telahpun terbukti dalam bidang pembiayaan perdagangan dan dalam perbankan runcit bahawa ia berupaya membina Teknologi Kewangan didayakan teknologi seperti penyelesaian dari peringkat awal," kata Clemens Müller, Pembantu Eksekutif BOD, Erste Bank.

Yang Gang, Timbalan Pengurus Besar Jabatan Pengurusan Sains dan Teknologi, Zhejiang Rural Credit, menyebutkan bahawa Zhejiang Rural Credit menyepadukan sumber digital baharu kepada setiap pautan dan senario dalam rantaian nilai perkhidmatan kewangan luar bandar untuk menyokong "peringkat akhir" dalam perkhidmatan kewangan.

Insurans Pintar: Pemahaman Pintar dan Perkhidmatan Dinaik Taraf 

Lin Zhipeng, Timbalan Pengurus Besar Jabatan Data, China Life Insurance berkata: "China Life membina platform digital kelas pertama dengan memanfaatkan seni bina IT awan dan teknologi kecerdasan buatan. Berdasarkan aspek-aspek ini, kami dapat membina platform perniagaan digital yang menyepadukan penjagaan kesihatan, penjagaan warga emas dan perkhidmatan kewangan menerusi teras insurans. Ia menawarkan perkhidmatan insurans pintar untuk menyokong pembangunan sosial dan ekonomi serta menambah baik kehidupan orang ramai."

Sekuriti Pintar: Seni Bina Pintar Inovatif Percepat Transformasi  

Yu Huali, Ketua Jurutera, Bursa Saham Shenzhen, berkata mereka mempercepatkan transformasi seni bina teknikal dengan menjadikan perangkaian, pendigitalan dan kecerdasan sebagai teras, dalam persekitaran kewangan terbuka. Data dan AI mengoptimumkan kawalan risiko, meningkatkan keupayaan perkhidmatan platform perdagangan dan menggalakkan pembangunan sihat pasaran perdagangan sekuriti.

Yu Feng, Pengarah IT, Guotai Junan Securities, menyebutkan bahawa mereka menerima pakai strategi Guotai Junan digital untuk mempromosikan tadbir urus data, meningkatkan pengalaman pelanggan, mereka bentuk semula proses operasi dan menaik taraf model perniagaan. Mereka juga aktif mempromosikan pembangunan ekosistem data bagi membantu industri sekuriti mencapai transformasi digital.

Dewan Pameran Pintar: Pengalaman Perkhidmatan khusus-Senario 

Huawei dan rakan-rakan kongsi mempunyai dewan pameran pintar berkeluasan lebih 800 meter persegi. Bidang-bidang Pengalaman Pintar, Proses Membuat Keputusan Pintar, Seni Bina Pintar dan Kajian Asas menunjukkan penyelesaian kewangan tindanan penuh yang pintar dengan menawarkan pengalaman perkhidmatan mengikut senario tertentu.

Pengalaman Pintar: Kaunter tanpa pengawasan, khidmat pelanggan pintar dan perbankan VR menunjukkan aplikasi-aplikasi inovatif Huawei dalam domain-domain IoT dan sekuriti pintar. Ia menunjukkan bagaimana Huawei membantu institusi-institusi kewangan berhubung dengan pelanggan dan menyampaikan pengalaman perkhidmatan yang unggul.

Proses Membuat Keputusan Pintar: Produk dan penyelesaian analisis data pintar dan berprestasi tinggi daripada Huawei seperti kawalan risiko pintar, gudang data tertumpu dan Fabrik AI, menyokong operasi dan proses membuat keputusan yang cekap oleh institusi-institusi kewangan.

Seni Bina Pintar: Seni bina inovatif "satu awan + tiga rangkaian" menunjukkan keupayaan Huawei untuk membantu pelanggan kewangan membina seni bina ICT pintar yang bersifat terbuka dan boleh diskala dan melancarkan perkhidmatan dengan pantas. Perbankan maya, peralihan kepada awan insurans dan penyelesaian penyiasatan kredit berasaskan rantaian blok menunjukkan bagaimana HUAWEI CLOUD memenuhi keperluan sekuriti, pematuhan dan kebolehpercayaan.

Kajian Asas: Perlihatkan kekuatan R&D Huawei dalam bidang AI, cip, IoT dan 5G serta membolehkan pengunjung mengalami aplikasi 5G.

Berpegang pada strategi "Platform + AI + Ekosistem", Huawei Enterprise Business berganding bahu dengan rakan-rakan kongsi untuk menyediakan sambungan merata dan kecerdasan pervasif serta menyepadukan ICT baharu melalui platform digital bagi membantu pelanggan kerajaan dan perusahaan mencapai transformasi digital. Lebih 700 bandar di seluruh dunia dan 211 syarikat Fortune Global 500 termasuk 48 daripada 100 syarikat terbaik, memilih Huawei sebagai rakan kongsi mereka dalam transformasi digital.

Huawei terus bekerjasama dengan institusi-institusi kewangan terkemuka, institut-institut penyelidikan dan pembangun-pembangun perisian bebas seluruh dunia untuk mempercepatkan transformasi institusi-institusi kewangan. Huawei telah menawarkan perkhidmatan kepada lebih 1000 institusi kewangan termasuk 20 daripada 50 bank yang terkemuka di dunia.

Sidang Kemuncak FSI Global Huawei 2019 diadakan di Shanghai mulai 24 hingga 25 April. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://e.huawei.com/topic/finance2019/en/index.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190424/2445226-1

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news Financial Technology