omniture

Kavalan Menang Hadiah 'Kemuncak' dalam Pertandingan Pertama 2019

Kavalan
2019-04-26 18:35 703

TAIPEI, Taiwan, 26 April 2019 /PRNewswire/ -- Antara anugerah pertama Kilang Penyulingan Kavalan pada tahun ini ialah anugerah "Emas" untuk Gin Kavalan dan Pilihan Kilang Penyulingan peringkat awal, kedua-duanya merupakan minuman beralkohol baharu yang dilancarkan tahun lalu.

Kilang Penyulingan Kavalan memenangi beberapa pingat lagi di SFWSC, MMA dan World Gin Awards baru-baru ini.
Kilang Penyulingan Kavalan memenangi beberapa pingat lagi di SFWSC, MMA dan World Gin Awards baru-baru ini.

Pertandingan Minuman Beralkohol Dunia San Francisco (SFWSC)

Kekuatan Tong Vinho Barrique, hanya dijual di bawah nama siri "Cask Strength" di AS dan di bawah nama siri* "Solist" untuk seluruh pelosok dunia, dianugerahkan dengan "Platinum" SFWSC. Ini merupakan pingat tertinggi yang hanya dianugerahkan kepada minuman-minuman beralkohol yang memenangi "Dua Emas" dalam tiga pertandingan berturut-turut.

Wakil SFWSC berkata tentang pingat Platinum tersebut: "Ia menandakan bahawa minuman beralkohol anda sedang menghampiri kemuncak pencapaian dalam kategorinya!"

           Platinum:

          Kekuatan Tong Vinho Barrique Kavalan*

           Dua Emas:

  • Malt Tunggal Klasik Kavalan
  • Kekuatan Tong Vinho Barrique Kavalan*
  • Kekuatan Tong Tunggal Tong Simpanan Bergambut Kavalan*

           Emas

  • Kekuatan Tong Tunggal ex-Bourbon Kavalan*
  • Kekuatan Tong Tunggal Sherry Oloroso Kavalan*
  • King Car Conductor Kavalan
  • Podium Kavalan
  • Kekuatan Tong Tunggal Tong Rum Simpanan Kavalan*
  • Pilihan Kilang Penyulingan Kavalan

Malt Maniacs Awards (MMA)

Dalam anugerah MMA, Kavalan dinamakan sebagai pemenang dalam setiap kategori yang layak daripada program tersebut. Hakim-hakim memilih dua produk Kavalan untuk mendapat pengiktirafan sebagai "Pemenang Ulung" keseluruhan MMA, Tong Sherry Oloroso Solist* Kavalan dan Tong Port Kavalan.

Hakim MMA Tim Puett dari AS berkata bahawa Tong Sherry Solist* Kavalan ialah "Sherry gaya lama, rasa seakan-akan wiski Speyside lama."

Olivier Humbrecht dari Perancis berkata bahawa ia "Merupakan sherry dengan rasa manis gelap. Begitu seimbang. Gaya lama yang hebat dan diperhalusi. Mengagumkan."

Krishna Nukala dari India berkata ia "Kaya dengan nilai klasik, haruman yang kompleks…begitu manis dan pekat…luar biasa manis dengan rasa akhir sherry yang berkekalan."

Penganjur MMA Patrick Brossard berkata: "Seperti edisi-edisi terdahulu, Kavalan menang sekali lagi, meskipun terdapat sedikit perubahan dalam kalangan hakim. Ini menonjolkan kualiti cemerlang tong tunggal Solist* mereka."

Pemenang-pemenang Ulung

  • Tong Port Solist* Kavalan
  • Tong Sherry Oloroso Solist* Kavalan

Kategori Ultra Premium

  • Tong Sherry Moscatel Solist* Kavalan

Kategori Premium

  • Tong Sherry Oloroso Solist* Kavalan

World Gin Awards (WGA)

Emas

  • Gin Kavalan

Siri* "Solist" yang memenangi anugerah Kavalan dijual di bawah nama Siri "Cask Strength" dalam pasaran AS hanya atas sebab-sebab tanda dagangan.

Latar Belakang Kavalan Distillery

Kilang Penyulingan Kavalan di Daerah Yilan telah mempelopori seni pembuatan wiski malt tunggal di Taiwan sejak tahun 2005. Wiski kami, dimatangkan dalam kelembapan dan haba yang kuat, bersumberkan air lebur dari Snow Mountain dan ditingkatkan oleh bayu laut dan gunung yang dingin. Kesemua ini digabungkan bagi menghasilkan rasa utama Kavalan yang penuh berkrim. Mengambil nama lama Daerah Yilan, kilang penyulingan kami disokong oleh kira-kira 40 tahun pengalaman dalam pembuatan minuman di bawah syarikat induk, King Car Group. Kami telah mengumpul lebih 320 anugerah emas atau anugerah lebih tinggi daripada pertandingan-pertandingan paling kompetitif dalam industri dan boleh didapati di lebih 70 negara. Layari www.kavalanwhisky.com

Perhubungan Media

Kellie Du 
886-3922-9000 #7165 
kellie@kingcar.com.tw

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190424/2444878-1

Source: Kavalan
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Awards