omniture

Pameran Cenderahati & Kediaman terbesar China dibuka 25 April dengan 2,500 pempamer

Reed Huabo Exhibitions
2019-04-28 11:04 422

SHENZHEN, China, 28 April 2019 /PRNewswire/ -- Pameran Cenderahati, Kraf Tangan, Jam Tangan & Barang Rumah Antarabangsa dibuka pada 25 April di Pusat Konvensyen dan Pameran Shenzhen (singkatannya "Cenderahati & Kediaman").  Dianjurkan oleh Reed Huabo Exhibition Co., Ltd, pameran empat hari ini menghimpunkan lebih 2,500 pembekal yang dipercayai dari China dan lain-lain untuk mempersembahkan produk mereka yang paling kreatif dan berdaya saing di 5,300 reruai di 9 dewan.  Sekitar 90,000 pembeli global dari lebih 60 negara dan wilayah dijangkan menyertai acara tahunan ini, termasuk Hong Kong, Taiwan, Macau, Korea, Malaysia, Singapura, India, Rusia dan Amerika Syarikat.

Perusahaan terkemuka berhimpun di Cenderahati & Kediaman

Pasaran cenderahati Cina telah mencapai 1 trilion CNY.  Dalam lima tahun kebelakangan, jumlah hasil pendapatan industri cenderahati China telah meningkat sebanyak 9.2% setiap tahun.  Pasaran pengguna China akan terus berkembang sekitar separuh dari itu dan China akan menjadi 20% daripada pembelian dunia menjelang 2020, bernilai USD 2 trilion.

Disebabkan oleh potensi besar dalam industri cenderahati dan kediaman China, pameran ini telah menarik banyak jenama tempatan dan antarabangsa bertaraf dunia, seperti Armani, ELLE, Ferrero, Tiger, Swarovski, Midea, Huawei, dan Xiaomi. Beijing Gift Association, Chaozhou Ceramics, Industrial Design Society of Shunde dan tujuh lagi delegasi lain telah membawakan produk paling terkenal mereka dengan ciri-ciri tempatan ke pameran ini, menyasarkan untuk memperkenalkan teknik pembuatan mereka yang cemerlang kepada dunia.

Pameran Elektronik Mudah Alih China jadi salah satu dewan terhangat

Dengan pembangunan teknologi yang pantas di China, negara ini telah menjadi salah satu tapak pengeluaran terbaik barangan elektronik di dunia.  Pameran Elektronik Mudah Alih China terletak di Dewan 3 bersama-sama dengan 200 pempamer, mempamerkan banyak produk elektronik mudah alih yang bergaya, pintar dan praktikal.  Puluhan ribu pengunjung menghadiri pameran ini untuk melihat teknologi terkini, menjadikan Dewan 3 salah satu dewan yang paling mendapat sambutan di Cenderahati & Kediaman.

Masa pembukaan

25-27 April, dari 9:00 a.m. ke 5:00 p.m.
28 April, dari 9:00 a.m. ke 4:00 p.m.

Latar Belakang Penganjur

Reed Huabo Exhibitions, syarikat pameran paling berpengaruh di China, ialah sebuah syarikat ahli Reed Exhibitions, penganjur acara terkemuka di dunia, berpangkalan di UK.  Ia komited untuk meneraju pembangunan industri dan terus mencipta nilai untuk pelanggan dari seluruh pelosok dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.chinagiftsfair.com

Source: Reed Huabo Exhibitions
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Mobile Entertainment Telecommunications Trade show news