omniture

Oriental Hotel Kyoto Gallery, Hotel Gabung Rekaan Motif Tradisional Kyoto dan Omotezashiki (Bilik Sambutan Tradisional)

- Pembukaan hotel Oriental Hotel Kyoto Gallery pada 2 September 2019 dalam kawasan Kiyomizu-Gojo Kyoto -
Hotel Management Japan Co., Ltd
2019-04-29 16:01 806

KYOTO, Jepun, 29 April 2019 /PRNewswire/ -- Hotel Management Japan Co., Ltd. (ibu pejabat: Shibuya Ward, Tokyo; pengarah perwakilan: Shunzo Azuma; selepas ini dirujuk sebagai "HMJ"), sebuah syarikat pengurusan hotel, telah mengumumkan ia akan membuka hotel Oriental Hotel Kyoto Gallery pada hari Isnin, 2 September 2019 di kawasan Kiyomizu-Gojo Kyoto. Konsep hotel ini ialah "Intipati Kyoto." Ia dijelmakan menerusi gabungan pelbagai motif tradisional dan bergaya Kyoto dan menambah ciri intipati sebegini ke pelbagai ruang hotel, membolehkan pengunjung merasai rekaan ruang yang selesa dengan mengambil kira citarasa orang ramai dan aliran pengunjung hotel. Hotel ini terletak dalam jarak berjalan kaki dari banyak kawasan bersejarah Kyoto, seperti Gion, Kuil Kiyomizu, and Tokong Yasaka, dan membolehkan pengunjung menikmati seni dan budaya Jepun bersama-sama dengan daya tarikan utama skap bandaraya Kyoto.

Lobi
Lobi

 

bilik tetamu
bilik tetamu

 

bilik tetamu
bilik tetamu

 

Pintu Masuk Hotel
Pintu Masuk Hotel

* Pemandangan luar hotel

Tarikh permulaan perniagaan yang dijadualkan: Isnin, 2 September 2019

Laman sesawang: http://kyotogallery.oriental-hotels.com/ 

Alamat: 423-1 Sujakucho, Higashiyama Ward, Kyoto, Jepun 605-0901

Saiz bangunan: Tujuh tingkat atas tanah, jumlah keluasan lantai 4,615 m2

Bilangan bilik tetamu: 150 (19 bilik katil kelamin, 128 bilik katil kembar, dua suit, dan satu bilik menampilkan rekaan sejagat)

Kemudahan menjamu selera: Satu kafe (52 tempat duduk; terhad kepada tetamu hotel sahaja) (menyediakan sarapan dari 7 pagi hingga 10 pagi, kemudian sebagai kafe dari 10 pagi hingga 11 malam)

Akses: Satu minit berjalan kaki dari Stesen Kiyomizu-Gojo di Keihan Main Line

Dibuka tidak lama lagi: Oriental Hotel Kyoto Gallery

Maklumat Hotel

Seni dan seni bina tradisional Kyoto 

Bermula dari pintu masuk, yang menyambut tetamu ke lobi dan akhirnya ke bilik, pelbagai motif tradisional Kyoto digabungkan di sepanjang laluan tetamu. Para pengunjung boleh menikmati ruang yang selesa sewaktu menginap di sini dengan rekaan yang mengambil kira citarasa orang ramai dan untuk aliran pengunjung hotel.

Intipati Hotel: Perkara Utama 

  • Pintu Masuk

Motif tradisional 1: Rekaan grid menegak

Rekaan grid menegak digunakan pada Zaman Heian di dalam tokong, kuil, atau kediaman keluarga bangsawan, digabungkan di pintu-pintu atau dibangunkan sebagai lekapan.  Rekaan ini membantu privasi, dan pada masa yang sama membolehkan angin sepoi dan cahaya menembusi ruang dalam.

Motif tradisional 2: Corak berpetak-petak

Semasa pertengahan Zaman Edo, pelakon kabuki Ichimatsu Sanogawa menggemari corak ini untuk pakaian, menjadikan corak ini diminati semua di seluaruh Jepun.  Ia menjadi pilihan kerana kebertuahannya, membawakan nuansa kemakmuran hasil dan pengembangan perniagaan, lantaran corak ini berterusan tanpa putus-putus.

  • Resepsi/Lobi & Ruang Santai

Motif tradisional 3: Kumpulan lukisan Rinpa

Komposisi berani ini, menggunakan kepingan nipis emas dan perak sebagai latarnya, dengan corak yang berulang-ulang, dikatakan bercirikan teknik seperti catan titis tarashikomi, dan merupakan satu kumpulan daripada seni rekaan yang aktif dari Zaman mendiang Momoyama sehingga zaman moden.

Motif tradisional 4: Rekaan bilik doma Jepun

Doma, satu bentuk lantai tradisional, membolehkan seseorang melakukan kerja luar dan pada masa yang sama berada di dalam. Sebagai satu rekaan, hotel menggabung suasana doma Jepun, menggunakan lekapan dan lengkapan lama, lampu berwarna-warni, pintu traditional, dan ambiens yang membawa "luaran" ke "dalam".

  • Restoran dan kafe

Motif tradisional 5: Kerangka kayu

Menggunakan kayu dalam pembinaan merupakan salah satu teknik tradisional seni bina Jepun.  Teknik yang indah ini, yang tidak menggunakan perkakasan, boleh direalisasikan dengan memproses ketidakrataan permukaan untuk tanggaman, sambungan, dan lekapan pada satu kepingan bahan, dilaksanakan oleh tukang kayu dalam gaya unik Jepun, di mana terdapatnya banyak lembapan dan di mana perbezaan suhu amat ketara.

Bilik Tetamu

Motif tradisional 6: Pengadang tingkap/dinding Jepun Yukimi shoji

Dengan meletakkan kertas washi Jepun di satu bahagian rangka kayu sama seperti pengadang shoji biasa tetapi kemudiannya meletakkan gelas telus cahaya di bahagian bawah rangka kayu, ia memungkin seseorang untuk melihat, contohnya, berapa banyak timbunan salji yang terkumpul di luar bilik, dan oleh yang demikian perkataan/nama yukimi shoji ("shoji yang membolehkan anda melihat salji") terbentuk.

Motif tradisional 7: lukisan dakwat sapu cair Suibokuga

Suibokuga dipercayai dimulakan sewaktu Dinasti Tang dan kemudiannya diperkenalkan kepada Jepun pada Zaman Kamakura. Ia merupakan satu bentuk lukisan sumi-e yang dizahirkan menggunakan dakwat (lukisan dakwat sapu cair), bukan sahaja melalui garisan dakwat hitam, tetapi juga menerusi cara yang mewakili bayangan, cahaya dan kegelapan, menerusi pengaburan.

Bangun pagi dengan kehangatan: Sarapan sup dan nasi 

Sarapan:  Bufet sarapan membawakan tema "Hidangan bersama sup".  Menu sup rekaan cef yang memberi penghormatan kepada setiap musim menggabungkan tiga jenis sup berbeza menampilkan pemakanan kasual yang menghangatkan tubuh anda.  Datang dan nikmati sup kegemaran anda bersama nasi dan bahan sampingannya.

Kafe: Kafe/restoran boleh digunakan sebagai ruang bebas untuk tetamu hanya pada waktu siang, di mana pengunjung boleh menikmati kopi, teh atau teh hijau kegemaran mereka dan lain-lain lagi.

Syarikat pengendali: HMJ International Co., Ltd.

Hotel Oriental Hotel Kyoto Gallery dikendalikan oleh HMJ International Co., Ltd. (ibu pejabat: Shibuya Ward, Tokyo; pengarah perwakilan: Allan Takahashi), sebagai syarikat pengendali, manakala Hotel Management Japan, Co., Inc. (HMJ) bertanggungjawab terhadap pengurusan hotel.

Hotel Management Japan Co., Ltd.: Profil Syarikat 

Hotel Management Japan Co., Ltd. (HMJ) ialah syarikat pengurusan hotel yang mengendalikan 18 hotel di Jepun dengan jumlah 5,433 bilik. HMJ beroperasi dengan meluas dalam lingkungan pengurusan hotel, seperti untuk Tokyo Disney Resort® dan untuk hotel rakan kongsi, serta untuk jenama tempatan dan asing seperti "Oriental," "Hilton," "Marriott," dan "Holiday Inn" di seluruh negara Jepun.

* Bilangan kumpulan hotel: 18 (jumlah bilik bagi semua kumpulan hotel: 5, 433; jumlah bilangan pekerja bagi semua kumpulan hotel: Kira-kira 2,400 orang

* Hotel tempatan: 18

Hotel Hilton Narita (Bandar Narita, Wilayah Chiba/548 bilik), International Garden Hotel Narita (Bandar Narita, Wilayah Chiba/463 bilik), Oriental Hotel Tokyo Bay (Bandar Urayasu, Wilayah Chiba /511 bilik), Hilton Tokyo Odaiba (Minato Ward, Tokyo/453 bilik), Hotel Oriental Express Tokyo Kamata  (Ota Ward, Tokyo/158 bilik), Hotel Oriental Express Tokyo Ginza (dibuka pada Julai 2019) (Chuo Ward, Tokyo/103 bilik), Oriental Hotel Kyoto Gallery (dibuka pada September 2019) (Higashiyama ku, Kyoto/150), Hotel Nikko Nara (Bandar Nara, Wilayah Nara/330 bilik), Holiday Inn Osaka Namba (Chuo Ward, Bandar Osaka/314 bilik), Namba Oriental Hotel (Chuo Ward, Bandar Osaka/258 bilik), Hotel Oriental Express Osaka Shinsaibashi (Chuo Ward, Bandar Osaka/124 bilik), Oriental Suites Airport Osaka Rinku (dibuka Disember 2019) (Izumisano City, Osaka/258 bilik), Kobe Meriken Park Oriental Hotel (Chuo Ward, Bandar Kobe/319 bilik), Sheraton Grand Hotel Hiroshima (Higashi Ward, Bandar Hiroshima/238 bilik), Oriental Hotel Hiroshima (Naka Ward, Bandar Hiroshima/227 bilik), Oriental Hotel Fukuoka Hakata Station (Hakata Ward, Bandar Fukuoka/221 bilik), Hotel Nikko Alivila (Yomitan Village, Wilayah Okinawa/397 bilik), Okinawa Marriott Resort & Spa (Bandar Nago, Wilayah Okinawa/361 bilik)

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190426/2448035-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190426/2448035-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190426/2448035-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190426/2448035-1-d

Source: Hotel Management Japan Co., Ltd
Keywords: Hotels and Resorts Travel Future Events