omniture

TUV Rheinland Kecapi Pertumbuhan Mampan

Tahun fiskal 2018: Pertumbuhan baik dengan pendapatan mencecah EUR 2 billion
TUV Rheinland
2019-05-02 10:14 287

COLOGNE, Jerman, 2 Mei 2019 /PRNewswire/ -- TUV Rheinland meneruskan pertumbuhan baik yang berterusan bagi tahun fiskal 2018. Pendapatan penyedia perkhidmatan pengujian global ini meningkat sebanyak EUR 26.2 juta, atau 1.3% kepada EUR 1.998 bilion. Perolehan (EBIT) mencecah EUR 137.5 juta (meningkat EUR 6.9 juta atau 5.3% berbanding tahun 2017). Margin EBIT meningkat daripada 6.6% kepada 6.9%. Secara purata, TUV Rheinland menggaji 20,450 orang pekerja di seluruh dunia pada tahun 2018, melangkaui sasaran 20,000 orang buat kali pertama. Pelaburan sekali lagi mengatasi paras EUR 90 juta.

"Aspek keselamatan kekal menjadi keperluan asas manusia, meskipun dalam dunia digital hari ini. Pekerja kami menggunakan kepakaran dan pengetahuan khusus mereka bagi menjamin kualiti dan keselamatan. Perkembangan kami yang berterusan menunjukkan bahawa model perniagaan kami telah berjaya, terutamanya pada masa kini tatkala kita sedang mengalami ketidaktentuan politik, ekonomi dan teknologi yang semakin meningkat di seluruh dunia," kata Dr. Michael Fubi, Ketua Pegawai Eksekutif TUV Rheinland AG. "Kami menjangkakan permintaan untuk ujian dan pensijilan bebas kami terus bertambah dalam beberapa tahun akan datang. Dengan mengambil kira era digital dan perangkaian yang semakin berkembang pesat, persoalan yang sentiasa timbul adalah sama ada teknologi selamat digunakan dan boleh dipercayai, tanpa mengira produk isi rumah yang ringkas, pemanduan berautonomi atau sistem dan infrastruktur perindustrian berangkaian."

TUV Rheinland sedang bersiap sedia khususnya untuk era digital ini. Sebagai contoh, dalam tahun 2018, kumpulan ini melabur sekitar EUR 32 juta dalam tiga bidang iaitu keselamatan siber, teknologi tanpa wayar dan kenderaan berautonomi. Untuk tempoh jangka panjang, TUV Rheinland turut bersiap sedia secara strategik ke arah perkembangan akan datang ini. "Matlamat kami adalah untuk menyokong dan memastikan kemajuan teknikal dalam tempoh jangka panjang," kata Michael FUbi.

Pertumbuhan Signifikan untuk Jerman, China dan Eropah Barat 

Perniagaan di TUV Rheinland menunjukkan prestasi yang baik pada tahun 2018 khususnya di Jerman. Pendapatan di Jerman meningkat sebanyak EUR 32 juta atau 2.9% kepada EUR 1.1 bilion masa kini, manakala pendapatan di luar Jerman menyaksikan sedikit penurunan iaitu 0.6% kepada EUR 889 juta, terutamanya disebabkan oleh perbezaan kadar tukaran.

Menggunakan asas mata wang tetap, pendapatan TUV Rheinland berjumlah EUR 2.037 bilion pada tahun 2018, memperlihatkan pertumbuhan sebanyak 3.3%. TUV Rheinland menjana 44.5% daripada pendapatannya di luar Jerman. Pendapatan sebanyak EUR 533 juta dijana oleh TUV Rheinland di rantau Asia pada tahun 2018 (termasuk Rantau Besar China, Asia Pasifik dan India, Timur Tengah, Afrika), diikuti oleh wilayah Eropah (kecuali Jerman) pada nilai EUR 205 juta manakala Amerika Utara dan Selatan pada nilai EUR 153 juta. China dan Eropah Barat meningkatkan pendapatannya dengan angka lapan-digit berbanding tahun sebelumnya, memberikan sumbangan besar kepada peningkatan pendapatan.

Pembangunan Positif Dalam Aliran Perniagaan 

Sebagaimana sebelumnya, TUV Rheinland membahagikan perniagaan pengujian dan sijil globalnya kepada enam aliran perniagaan. Aliran perniagaan Perkhidmatan Perindustrian, Mobiliti dan Produk setiap satunya menjana kira-kira 25% daripada jumlah pendapatan, dengan Pengujian Produk membuat sumbangan terbesar kepada pendapatan pada tahun 2018 iaitu sebanyak EUR 541 juta (tahun sebelumnya: EUR 524 juta). Pertumbuhan kukuh yang berterusan di China dan pertumbuhan pulangan atas pendapatan baru-baru ini dalam bidang perniagaan solar, petanda trend pelaburan global ke arah tenaga boleh diperbaharui, kedua-duanya kelihatan menarik di negara ini. Aliran perniagaan kedua terbesar, Mobiliti, menyaksikan pendapatannya meningkat dengan ketara, iaitu meningkat 4.7% pada nilai EUR 532 juta (tahun sebelumnya: EUR 508 juta). Sementara itu, pertumbuhan dalam perniagaan dengan pemeriksaan kenderaan di Jerman dan Sepanyol serta perkhidmatan berkaitan dengan kelulusan kenderaan (penghomologan) adalah amat kukuh. Aliran perniagaan Perkhidmatan Perindustrian turut meningkatkan pendapatannya sekali lagi. Dalam bidang ini, TUV Rheinland menyediakan perkhidmatan termasuk pengujian global untuk sistem perindustrian, stesen janakuasa dan lif. Secara keseluruhan, Perkhidmatan Perindustrian berjaya meningkatkan pendapatan sebanyak 2.1% kepada EUR 513 juta (tahun sebelumnya: EUR 503 juta).

TUV Rheinland telah menggabungkan pensijilan sistem pengurusan seperti ISO 9001 dan pensijilan mengikut piawaian khusus-sektor dalam aliran perniagaan Sistem. Ini menyaksikan pendapatan diperkukuh sebanyak 4.5% kepada EUR 212 juta (tahun sebelumnya: EUR 203 juta). Peningkatan pendapatan dalam aliran perniagaan Akademi & Penjagaan Hayat adalah lebih terkawal berbanding tahun-tahun sebelumnya. Dalam bidang ini, TUV Rheinland menawarkan perkhidmatan untuk kelayakan profesional dan pengurusan kesihatan korporat. Pendapatan dalam aliran perniagaan ini meningkat sedikit, iaitu bertambah EUR 0.5 juta pada nilai EUR 227 juta. Perniagaan seminar di Jerman turut menunjukkan prestasi yang baik. Walau bagaimanapun, pencarian pekerja-pekerja berkemahiran seperti doktor dan pakar pendidikan sosial semakin mencabar, ini menyebabkan aliran perniagaan tersebut tidak berkembang sebagaimana sepatutnya sekiranya terdapatnya pakar-pakar yang mencukupi.

TUV Rheinland memfokus semula rangkaian produknya dalam aliran perniagaan Transformasi Digital & Keselamatan Siber (dahulunya ICT & Penyelesaian Perniagaan) pada tahun 2018. Meskipun perniagaan keselamatan siber di Jerman menunjukkan prestasi yang baik, pendapatan di Amerika Syarikat merudum. Secara keseluruhan, aliran perniagaan menyaksikan penurunan pendapatan seperti yang dirancang kepada EUR 12 juta lantaran penstrukturan semula dalaman (tahun sebelumnya: EUR 139 juta).

Persaingan Global untuk Pekerja Terbaik 

Daripada purata jumlah kakitangan global seramai 20,450 orang pada tahun 2018, 8,795 orang bekerja di Jerman, meningkat hampir 300 orang berbanding tahun sebelumnya. Bilangan pekerja di luar Jerman meningkat dari 235 orang kepada 11,655 orang pekerja, mewakili 57% daripada semua kakitangan TUV Rheinland bagi tahun 2018. "Kami ingin mengambil lebih ramai orang. Namun demikian, kami dapat merasai persaingan untuk pekerja atau pakar menjadi lebih sukar, khususnya di Jerman mahupun di kebanyakkan negara lain," kata Ruth Werhahn, ahli Lembaga Eksekutif dan Pengarah Perhubungan Buruh TUV Rheinland AG. TUV Rheinland kini mempunyai lebih 500 kekosongan jawatan di Jerman, dengan tambahan 500 kekosongan di seluruh dunia. "Sesiapa yang dalam proses pencarian pekerjaan yang mencabar di bidang teknikal dan minat berkerjasama dengan rakan sekerja antarabangsa serta berkongsi motto yang sama dengan kami terhadap kualiti dan keselamatan akan menjadi calon yang tepat di syarikat kami," tambah Ruth Werhahn. "Saya yakin kami dapat menginspirasikan lebih ramai orang dengan tawaran ini. Tambahan lagi, wawasan kami telah mencapai lebih 400,000 pengikut di laman sosial."

Kedudukan Kewangan Terus Diperkukuh

TUV Rheinland terus memperkukuhkan lagi kedudukan kewangannya yang mantap pada tahun fiskal 2018. Ekuiti meningkat EUR 53.3 juta kepada EUR 412.2 juta, dengan nisbah ekuiti meningkat kepada 22.8% (tahun sebelumnya: 20.1%). Aliran tunai daripada aktiviti-aktiviti operasi meningkat secara mendadak kepada EUR 183 juta, satu peningkatan sebanyak EUR 21.2 juta atau 13.1%. "Kedudukan kewangan kami kekal amat kukuh. Ini memberikan kami kaedah yang diperlukan untuk melabur dalam masa depan kami, tanpa bantuan mana-mana pihak," kata Michael Fubi.

Pelaburan dan Pendigitalan

TUV Rheinland melabur hampir EUR 300 juta sejak tiga tahun lalu, dengan EUR 91 juta dilaburkan pada tahun 2018. "Pelaburan besar membantu kami memastikan pengukuhan perniagaan pengujian dan pensijilan kami untuk tahun-tahun akan datang," ulas Michael Fubi."Pendigitalan terus berkembang pesat dan membuatkan kehadirannya dirasai pada semua peringkat perniagaan kami." Hal ini dapat dilihat secara luaran, dari segi pendigitalan perkhidmatan sedia ada dan perkhidmatan baharu yang dicipta untuk dunia digital dan secara dalaman, dari segi pendigitalan proses. TUV Rheinland melabur hampir EUR 32 juta dalam tiga bidang pendigitalan berorientasi masa depan iaitu teknologi tanpa wayar, keselamatan siber dan kenderaan berautonomi. Dalam aliran perniagaan Mobiliti, TUV Rheinland melabur kira-kira EUR 7.8 juta bagi mengembang dan menaik taraf kemudahan di jaringan stesen pengujian kenderaan.

Perkhidmatan dalam Dunia Digital 

Bermula pada tahun 2018, TUV Rheinland mengalih tumpuannya kepada Sekuriti OT - operasi loji dan sistem yang andal serta selamat untuk pengeluaran perindustrian. Teknologi operasi (OT) merujuk kepada perkakasan dan perisian yang memantau dan mengurus peralatan serta proses fizikal. Syarikat-syarikat perindustrian telah menggunakan teknologi operasi dalam proses pengeluaran mereka selama berdekad-dekad lamanya. Apa yang baharu adalah seluruh sistem perindustrian kini terhubung dengan satu sama lain dan dengan internet. Ini dapat memberikan akses luaran, yang mana penggodam boleh menggunakan cara ini untuk mengganggu proses pengeluaran. Contoh paling terkini untuk hal ini ialah pengeluar aluminium Norway Norsk Hydro, yang terpaksa mengurangkan pengeluaran kepada operasi kecemasan selama beberapa hari berikutan serangan siber secara besar-besaran. "Semakin banyak syarikat menghubungkan sistem perindustrian mereka dengan rangkaian global lantaran terdapat banyak kelebihan melakukannya. Namun demikian, adakah mereka benar-benar bersedia terhadap serangan siber yang berpotensi berlaku? Banyak syarikat tidak mampu menyediakan jawapan yang memuaskan kepada persoalan ini, maka syarikat-syarikat di seluruh dunia bertemu pakar-pakar kami bagi mendapatkan nasihat," kata Michael Fubi. Begitu juga di Jerman, aspek khusus keselamatan siber ini turut dicari-cari di AS, Timur Tengah dan juga rantau Asia Pasifik. Pada tahun 2018, TUV Rheinland membuka sebuah pusat kecekapan untuk keselamatan siber di Kuala Lumpur (Malaysia) untuk memenuhi permintaan ini.

Makmal Teknologi Tanpa Wayar Baharu 

Dengan melabur dalam perniagaan tanpa wayar (Wireless),TUV Rheinland mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran global yang pantas berkembang untuk peranti bagi internet pelbagai benda (IoT). Pada tahun 2018, TUV Rheinland membuka makmal-makmal baharu untuk menguji teknologi tanpa wayar di Lund (Sweden), Shenzhen (China) dan Nuremberg (Jerman). TUV Rheinland merupakan peneraju dalam segmen ini hasil daripada jaringan global makmalnya di Asia, Eropah dan Amerika Utara, selain perkhidmatan luasnya dalam seluruh rantaian nilai (value chain), yang mana pakar-pakar menguji teknologi seperti telefon pintar dan peranti kediaman pintar bagi pihak pengeluar.

Pada tahun 2018, dengan objektif mengikuti manfaat daripada era digitalisasi, TUV Rheinland menghimpun pakar-pakar dalam analisis data supaya dapat memberi sokongan kepada semua aliran perniagaan atas penggunaan informasi mereka. Syarikat juga terus mengembangkan infrastruktur IT, membeli perisian dan teknologi pengujian yang amat khusus serta melancarkan aktiviti kerjasama, seperti kerjasama dengan syarikat baharu DeepL, penyedia terjemahan automatik. Sejak awal tahun 2019, TUV Rheinland turut bekerjasama dengan pemecut syarikat baharu "Plug and Play", yang menggalakkan hubungan antara dunia syarikat baharu dan syarikat-syarikat yang mantap.

Strategi: Keselamatan pada Masa Depan

TUV Rheinland kini mengusahakan strategi masa depannya, yang menumpu pada perubahan dinamik yang dicetuskan oleh pendigitalan dalam seluruh sektor pengujian dan pelanggannya. "Matlamat utama TUV Rheinland adalah untuk menyokong dan menjamin kemajuan teknikal dalam tempoh jangka panjang," kata Michael Fubi. "Kami telah membina kepercayaan dalam kerja dan jenama kami. Pelopor kami memulakan usaha ini hampir 150 tahun lalu dan kami akan terus mendukung daya usaha ini dalam tempoh jangka panjang."

Laporan tahunan TUV Rheinland 2018 boleh didapati di www.tuv.com/corporatereport  

TUV Rheinland ialah peneraju dunia bagi perkhidmatan pengujian bebas, diasaskan hampir 150 tahun yang lalu. Kumpulan ini menggaji lebih 20,000 kakitangan di seluruh dunia. Pendapatan tahunannya mencecah EUR 2 bilion. Pakar-pakar bebas menyokong kualiti dan keselamatan untuk orang ramai, teknologi dan persekitaran dalam hampir semua sektor perindustrian dan aspek kehidupan. TUV Rheinland memeriksa peralatan teknikal, produk dan perkhidmatan serta menyelia projek, proses dan keselamatan maklumat untuk syarikat-syarikat. Pakar-pakarnya melatih kakitangannya dalam pelbagai kerjaya dan industri. Setakat ini, syarikat mengendalikan jaringan global melibatkan makmal yang diluluskan serta pusat pengujian dan pendidikan. Sejak tahun 2006, TUV Rheinland telah menjadi anggota dalam United Nations Global Compact bagi menggalakkan kemampanan dan memerangi rasuah. Laman sesawang: www.tuv.com 

Source: TUV Rheinland
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Wireless Communications Earnings