omniture

Pendapatan Kendalian Suku Pertama Suning.com Lonjak 25.44% kepada RMB 62.2 Bilion

Suning Holdings Group
2019-05-03 18:16 375

NANJING, China, 3 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Pada 29 April lalu, Suning.com (002024.SZ), penjual O2O yang terkemuka di China, dimiliki oleh Suning Holdings Group, mengeluarkan laporan kewangan suku pertama (Q1) 2019 yang menunjukkan bahawa strategi peruncitan pintarnya terus memacu pertumbuhan pesat untuk syarikat. Pendapatan kendalian pada suku pertama adalah sebanyak RMB 62.242 bilion, meningkat 25.44% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Jualan dalam kesemua saluran mencecah RMB 86.926 bilion, yang mana jualan di kedai dalam talian Suning adalah 40.87% lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Pada suku pertama, Suning merealisasikan keuntungan bersih sebanyak RMB 136 juta.

Jaringan Jualan Omnisaluran Sediakan Dwipemacu untuk Pertumbuhan

Pada suku pertama tahun 2019, pasaran pengguna domestik keseluruhan masih menunjukkan potensi untuk mengalami pertumbuhan. Meskipun wujudnya persekitaran pasaran yang lebih lunak, perniagaan dalam talian dan luar talian Suning mengekalkan pertumbuhan yang agak pesat menerusi pelancaran berterusan rancangan strategiknya untuk mengembangkan jaringan perniagaannya.

Dalam pasaran luar talian, Suning meneruskan usaha peluasan berskala luasnya. Setakat 31 Mac 2019, syarikat mempunyai 9,758 kedai milik sendiri dan 2,571 kedai francais. Melalui pengoptimuman struktur kedai dan produk, syarikat terus meningkatkan kualiti pengurusan kedai. Antaranya, kedai Redbaby Suning beransur-ansur matang dan pendapatan jualannya meningkat sebanyak 15.70% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Menerusi pasaran dalam talian pula, dengan sinergi perindustrian yang dipertingkat dan kecekapan lebih baik yang dibawakan oleh penyepaduan sumber, kadar pertumbuhan jualan Suning jelas mengatasi kadar purata industri. Pada suku pertama tahun 2019, transaksi di platform dalam talian Suning.com berjumlah RMB 54.124 bilion, meningkat 36.09% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Antaranya, jualan produk melalui kedai kendalian sendiri adalah sebanyak RMB 37.909 bilion, meningkat 40.87% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Transaksi pada platform terbuka berjumlah RMB 16.215 bilion. Di samping itu, laporan suku pertama juga menunjukkan bahawa setakat 31 Mac, sistem jualan syarikat mempunyai seramai 422 juta ahli berdaftar.

Strategi Portfolio Produk Semua Kategori Pertingkat Kelebihan Daya Saing  

Pada suku pertama, syarikat menubuhkan lima kumpulan produk utama termasuk perkakas rumah, barangan elektronik pengguna, FMCG, pakaian dan aksesori serta item antarabangsa bagi menyelaraskan pengurusan produk. Suning mengukuhkan lagi keupayaannya untuk memperkasa kategori-kategori lain menerusi kategori 3C, perkakas rumah dan kategori premium lain, di samping mempercepatkan penyepaduan dan peluasan rantaian bekalan untuk FMCG, makanan segar dan barangan am.

Dari segi 3C dan perkakas rumah besar, Suning melancarkan lebih 10 produk pintar baharu seperti penyaman udara, robot menyapu lantai dan fon kepala pintar. Ia turut mewujudkan Suning Eco-chain Fund dan Biu+Joint Laboratory bagi menyokong perusahaan-perusahaan inovatif membangunkan perkakasan pintar dan terus mengoptimumkan produk, teknologi dan juga pengalaman pengguna.

Dalam jabatan FMCG, Suning tekal mengukuhkan jenamanya dan mencapai dua pertumbuhan dalam-talian-luar-talian melalui perolehan terpusat, membeli secara terus daripada pengeluar dan jalinan kerjasama strategik, yang turut membantu meluaskan jaringan kedai luar taliannya. Dalam tempoh yang sama, Suning mengoptimumkan lagi pengurusan rantaian bekalan bagi kedai dalam talian dan luar taliannya melalui pemerolehan 37 kedai Wanda, menandakan kejayaan penting untuk strategi operasi Portfolio Produk Semua-Kategori Suning.

Pelaburan dalam Logistik, Kewangan dan Teknologi Kekal Tinggi 

Pada suku pertama, Suning terus meningkatkan pelaburan dalam bidang logistik, kewangan, teknologi dan pembinaan kapasiti teras lain bagi menyediakan asas kukuh untuk pertumbuhan sepanjang dekad seterusnya.

Dari segi infrastruktur logistik, menjelang penghujung Mac 2019, jumlah kawasan pergudangan dan kemudahan sokongan berkaitan untuk Suning Express dan Daily Express adalah seluas 9.64 juta meter persegi dan terdapat 26,700 outlet penyerahan ekspres.

Semasa suku pertama, pelaburan dalam perniagaan kewangan pengguna melonjak kepada 229.66% berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan perniagaan kewangan rantaian bekalan meningkat 78.01%. Suning Finance dinamakan dalam senarai 50 Teknologi Kewangan Utama China 2018 KPMG manakala Suning Paypassport dianugerahkan dengan sijil sebagai Perusahaan Teknologi Tinggi dan Baharu Negara."

Suning terus membuat pelaburan besar dalam R&D dengan perbelanjaannya meningkat sebanyak 81.79% pada suku pertama berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Pada awal tahun 2019, Suning Technology Group ditubuhkan secara rasminya dan pada bulan Januari, ia melancarkan "Akal Jualan Pintar" pertama yang memperkasa keluarga pengguna, penyedia perkhidmatan peruncitan dan saluran serta rangkaian lain dalam seluruh rantaian perindustrian.

-Tamat- 

Latar Belakang Suning 

Diasaskan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam di China dan Jepun. Pada tahun 2018, Suning Holdings menduduki tempat kedua dalam kalangan 500 perusahaan milik bukan kerajaan terbaik di China dengan pendapatan tahunan mencecah 80.85 bilion USD (557.9 bilion RMB). Dengan misi "Menerajui Ekosistem merentas Industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit buat Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya melalui lapan industri vertikal: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Sukan, Media & Hiburan dan Pelaburan. Suning.com turut tersenarai dalam Fortune Global 500 bagi tahun 2018. Untuk maklumat lanjut sila layari www.suningholdings.com

 

Source: Suning Holdings Group
Related Stocks:
Shenzhen:002024
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Retail Earnings