omniture

Perancangan Kapasiti LONGi: Menjelang akhir tahun 2021, Wafer mono: 65GW, modul mono: 30GW

LONGi Solar
2019-05-05 08:47 596

XI'AN, China, 5 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Pada 30 April 2019, LONGi menyiarkan laporan tahunan 2018 dan keputusan suku tahunan pertamanya. Laporan ini menunjukkan bahawa pendapatan operasi LONGi bagi tahun 2018 adalah sebanyak RMB 21.988 bilion, meningkat 34.38% berbanding tahun sebelumnya manakala keuntungan bersih yang diagihkan kepada pemegang saham dalam syarikat-syarikat senaraiannya adalah sebanyak RMB 2.558 bilion. Setakat suku pertama tahun 2019, jumlah aset syarikat adalah sebanyak RMB 43.165 bilion. Data kajian pihak ketiga yang bebas menunjukkan bahawa LONGi menyumbang sebanyak 40% daripada kapasiti wafer silikon monohabluran industri, mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar modul monohabluran yang terbesar di dunia. Menurut BNEF, indeks kesihatan kewangan, sebagaimana yang diukur oleh skor Alman-Z, LONGi menduduki tempat kedua antara kesemua perusahaan fotovolta global dan tempat pertama di China.

penghantaran produk dan perancangan kapasiti
penghantaran produk dan perancangan kapasiti

Penghantaran Sel dan Modul Mono 7.072GW pada tahun 2018

Pada tahun 2018, penghantaran luar negara LONGi untuk wafer silikon monohabluran adalah sebanyak 3.483 bilion unit, meningkat 59% berbanding tahun sebelumnya. Penghantaran tahunan modul dan sel solar mencecah 7.072 GW, meningkat 50% berbanding tahun sebelumnya. LONGi aktif mempromosikan jenamanya di peringkat antarabangsa, melakar kejayaan cemerlang dalam operasi perniagaan dan mencapai pertumbuhan pesat untuk penghantaran di AS, Eropah, India, Amerika Latin, Jepun, Australia dan Afrika.

Menuju masa depan, LONGi akan meneruskan tumpuannya terhadap pasaran global dan berusaha untuk mencapai globalisasi pelanggan, perkhidmatan dan pengurusan demi menawarkan pelanggan dengan produk-produk canggih berkecekapan tinggi.

Menjelang akhir tahun 2021, wafer mono 65GW, modul mono 30GW

Menjelang akhir tahun 2018, kapasiti pengeluaran jongkong/wafer silikon monohabluran LONGi telah mencecah 28GW. Kilang modul Chuzhou 5GW di Wilayah Anhui telahpun beroperasi pada Mac 2019, lalu terus meluaskan kapasiti modul monohabluran berkecekapan tinggi global LONGi.

LONGi turut menyiarkan perancangan kapasiti terkininya: Menjelang akhir tahun 2019, kapasiti jongkong/wafer akan mencecah 36GW, kapasiti sel mencecah 10GW manakala kapasiti modul ialah 16GW. Menjelang akhir tahun 2020, kapasiti jongkong/wafer akan mencecah 50GW manakala kapasiti sel akan menjadi 15GW dan kapasiti modul pula ialah 25GW. Menjelang akhir tahun 2021, kapasiti jongkong/wafer akan mencecah 65GW, kapasiti sel ialah 20GW manakala kapasiti modul ialah 30GW.  

Laporan ini tekal menunjukkan bahawa pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan telah memberi sokongan padu untuk pembangunan teknologi dan produk baharu dalam LONGi. Pada tahun 2018, LONGi telah memperoleh 526 paten.

Foto -  https://photos.prnasia.com/prnh/20190430/2451169-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181108/2292512-1-LOGO

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Sales reports