omniture

Modul 72 Separa Sel Dwimuka LONGi Capai Rekod Dunia dengan Kuasa Sisi Depan 450W

LONGi Solar
2019-05-07 23:25 531

XI'AN, China, 7 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Pada 29 April, LONGi mengumumkan bahawa kuasa sisi depan modul separa potong Dwimuka 72-sel melangkaui 450W, mencapai kuasa tertinggi di dunia bagi jenis modul ini. Catatan rekod baharu ini telahpun diuji dan disahkan oleh agensi pensijilan yang ternama TUV-SUD.

Ini merupakan satu lagi pengesahan strategi pertumbuhan perusahaan LONGi melalui inovasi berteknologi. Pada 24 April tahun lalu, kuasa modul PERC separa potong monohabluran 60-sel LONGi melangkaui 360W, mencatatkan rekod dunia bagi kuasa tertinggi untuk modul separa potong PERC 60-sel.

Dr. Lv Jun, Naib Presiden LONGi Solar, berkata: "Modul separa sel monohabluran LONGi menggabungkan teknologi sel PERC monohabluran dan pembinaan modul separa sel dwimuka untuk mengurangkan kehilangan pakej dengan berkesan dan meningkatkan purata output sebanyak 5-10W. Separa sel mempunyai kelebihan jelas dalam penjanaan kuasa di bawah cahaya malap dan keadaan berbayang-bayang serta mempunyai kerintangan tempat panas yang sangat baik. Rekod baharu dalam kuasa modul ini merupakan satu lagi langkah dalam pencapaian dan perjalanan inovatif kami."

Pada bulan Januari tahun ini, kecekapan penukaran yang positif untuk sel-sel PERC monohabluran LONGi mencecah 24.06%, melangkaui had kecekapan teori sel PERC dalam industri sebelum ini iaitu 24%. Terus memperbaharui catatan rekod dunia menunjukkan kepimpinan teknologi berterusan LONGi.

Sebagaimana yang dilaporkan dalam keputusan kewangan 2018 LONGi, syarikat melabur sebanyak USD183.58 juta dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) pada tahun 2018 dan mempunyai pasukan dengan kira-kira 548 kakitangan dalam R&D. LONGi telah mendaftarkan 526 paten manakala produk dan teknologinya sentiasa menjadi peneraju dalam industri.

Transformasi ke arah tenaga karbon yang bersih dan rendah semakin pantas berkembang di seluruh dunia dan melaluinya, pertumbuhan fotovolta turut meningkat dengan pesat. Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), jumlah kapasiti fotovolta dipasang di dunia dijangka mencecah 1721 GW menjelang tahun 2030, meningkat lagi kepada 4670 GW menjelang tahun 2050. Inovasi dalam teknologi fotovolta akan menjadi peneraju dan produk-produk fotovolta yang berkecekapan tinggi serta berkualiti tinggi merupakan "penggerak utama" dalam mempromosikan perubahan tenaga.

 

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services