omniture

Huawei Intelligent Computing Dominasi Pertumbuhan No. 1 Global, Raih Kedudukan 3 Terbaik mengikut Pendapatan Suku Keempat 2018, Lapor Gartner

Huawei
2019-05-10 03:05 564

SHENZHEN, China, 10 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Gartner, syarikat penyelidikan IT dan khidmat nasihat global yang terkemuka, mengeluarkan siaran akhbar yang bertajuk Menurut Gartner Pendapatan Pelayan Seluruh Dunia Berkembang 17.8% pada Suku Keempat 2018, Manakala Penghantaran Meningkat 8.5%. Data daripada siaran akhbar tersebut menunjukkan bahawa pelayan Huawei menempati kedudukan ketiga mengikut pendapatan pada Suku Keempat 2018, dengan kadar pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya (YoY) sebanyak 45.9%, kadar pertumbuhan tertinggi untuk pelayan-pelayan di dunia[1].

Menurut siaran akhbar berkenaan, pendapatan pelayan global mencecah USD21.862 bilion pada Suku Keempat 2018, satu peningkatan YoY sebanyak 17.8%. Sejumlah 3,472,886 pelayan dihantar ke seluruh dunia, meningkat sebanyak 8.5% YoY. Sepanjang tahun 2018, penghantaran pelayan seluruh dunia berkembang sebanyak 13.1 peratus manakala pendapatan pelayan meningkat 30.1 peratus berbanding tahun-penuh 2017.

Tatkala industri-industri menggiatkan usaha dalam perjalanan transformasi digital, transformasi pintar masih belum menyerlahkan potensi penuhnya. Dapat diramalkan bahawa skala perusahaan infrastruktur IT akan mengekalkan momentum yang amat besar dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Ketika trend ini terus memperoleh daya tarikannya, keperluan untuk infrastruktur IT semakin meningkat. Pusat-pusat data tradisional berdepan dengan tekanan perbelanjaan operasi (OPEX) daripada penggunaan kuasa, tenaga kerja dan kos O&M serta jejak peralatan. Ketika inilah transformasi pintar memainkan peranannya, untuk mengurangkan isu-isu ini dengan berkesan. Sementara itu, permintaan pengkomputeran yang dihadapi AI berkembang pesat.

Huawei telah memerhatikan trend ini dengan teliti dan mempunyai pemahaman mendalam tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh transformasi pintar pusat-pusat data. Huawei Intelligent Computing bertindak menurut pemahaman ini dengan mengaturkan inisiatif-inisiatif penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam tiga bahagian: enjin pemecutan pintar, enjin pengurusan pintar dan penyelesaian pusat data inovatif. Huawei telah menaik taraf pelayan tradisional berasaskan x86nya kepada pelayan pintar. Di samping itu, Huawei menyediakan penyelesaian berperingkat-peringkat meliputi senario pengaturan nod tunggal, berskala besar dan berskala ultra besar, seraya memenuhi keperluan transformasi pintar pusat-pusat data dari pelbagai dimensi dengan sempurna.

Tambahan pula, Huawei memperhebatkan lagi industri tersebut menerusi pelancaran cip set AI 310/910 Ascend dan CPU berasaskan ARM Kunpeng 920 masing-masing pada Oktober 2018 dan Januari 2019. Cip set teras ini meningkatkan penawaran pengkomputeran pintar Huawei: platform pengkomputeran AI Atlas dan pelayan siri TaiShan. Portfolio produk yang diperluas meliputi senario Awan-Pinggir-Peranti, lalu memenuhi keperluan pengkomputeran yang pelbagai.

Huawei Intelligent Computing memajukan penerokaan industri pengkomputeran menerusi x86 FusionServer Pro, pelayan berasaskan ARM TaiShan dan produk Atlas dikuasakan Ascend. Huawei berkedudukan baik untuk memacu transformasi pintar pusat-pusat data untuk pelanggan serta memudahkan transformasi industri.

Selain itu, menurut laporan Suku Keempat 2018 Gartner, Huawei menduduki tempat pertama untuk beberapa suku berturut-turut berdasarkan penghantaran pelayan bilah dan pelayan empat soket dalam pasaran Cina. Semua statistik ini menunjukkan dengan jelas kehebatan dan kekuatan Huawei Intelligent Computing.

Sumber 1: "Gartner Says Worldwide Server Revenue Grew 17.8% in the Fourth Quarter of 2018, While Shipments Increased 8.5%" March 18, 2019 https://www.gartner.com/en/newsroom/press-releases/2019-03-18-gartner-says-worldwide-server-revenue-grew-17-8-per-c 

Latar Belakang Huawei
Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Dengan penyelesaian bersepadu dalam empat domain utama iaitu rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan, kami komited untuk membawakan infrastruktur digital kepada setiap individu, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya.

Portfolio produk, penyelesaian dan perkhidmatan hujung-ke-hujung Huawei bersifat kompetitif dan selamat. Melalui kolaborasi terbuka dengan rakan-rakan kongsi ekosistem, kami dapat mencipta nilai berkekalan untuk pelanggan kami, berusaha untuk memperkasa orang ramai, memperkayakan kehidupan rumah dan menginspirasikan inovasi dalam organisasi-organisasi mencakupi semua bentuk dan saiz.

Di Huawei, inovasi memberi tumpuan kepada keperluan pelanggan. Kami membuat pelaburan besar dalam penyelidikan asas, menumpu pada kemajuan teknologi yang memacu dunia ke hadapan. Kami mempunyai lebih 180,000 orang kakitangan dan kami beroperasi di lebih 170 negara dan wilayah. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah sebuah syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:
http://www.linkedin.com/company/Huawei 
http://www.twitter.com/Huawei 
http://www.facebook.com/Huawei  
http://www.youtube.com/Huawei 

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications