omniture

Templestay semalaman sukar dilupakan di biara gunung Buddha senaraian Tapak Warisan Dunia UNESCO di Korea

Cultural Corps of Korean Buddhism
2019-05-10 21:00 561

SEOUL, Korea Selatan, 10 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Pernahkan anda meluangkan masa bermalam di tapak Warisan Dunia UNESCO? Sekiranya anda ingin mengalami jejak sejarah yang masih wujud atau merasai percutian yang unik daripada kehidupan harian anda yang sibuk, tapak ini merupakan sesuatu yang anda tidak akan lupakan - Templestay (penginapan di tokong) dalam "Sansa", bermaksud biara gunung Buddha di Korea.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.multivu.com/players/English/8541851-templestay-unesco-world-heritage/

Sekumpulan tujuh Sansa yang terletak di seluruh wilayah selatan Semenanjung Korea, telahpun dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO pada Jun 2018. Sansa tersebut terdiri daripada Tongdosa, Buseoksa, Bongjeongsa, Beopjusa, Magoksa, Seonamsa dan Daeheungsa.

Tokong-tokong Korea tradisional yang dikelililing oleh gunung ganang ini ditetapkan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO hasil daripada ciri keterbukaan dan kelangsungan Buddhisme Korea. Biara gunung ini telah bertahan sebagai tempat tinggal kepercayaan dan amalan keagamaan harian selama lebih 1,700 tahun bermula dari abad keempat apabila Buddhisme mula diperkenalkan ke Korea.

Templestay merupakan cara yang baik untuk mempelajari tentang sejarah, budaya dan tradisi Buddhisme Korea. Banyak tokong Korea termasuk sansa yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO menawarkan program-program Templestay. Secara literal, Templestay bermaksud "menginap di tokong", yang membolehkan peserta-peserta merasai sehari menjadi sami Buddha. Biasanya, mereka menghabiskan masa bermalam dengan menginap, mengalami Yebul" (upacara Buddha) pada awal pagi, "108 bae" (108 sembah), "Chamseon" (meditasi Zen) dan mempelajari cara untuk membuat manik doa Budhha.

Semua makanan yang dimakan oleh sami merupakan diet vegetarian, maka golongan vegetarian boleh mengambil bahagian tanpa sebarang masalah. Ramai peserta berkata, "Ia merupakan pengalaman yang amat tenang dan tenteram. Saya berpeluang mempelajari tentang Buddhisme Korea dan juga budaya tradisional. Tiba masanya untuk saya mengenali diri sendiri."

Templestay diadakan di sejumlah 137 buah tokong di seluruh negara. Biarpun anda tidak boleh bertutur dalam bahasa Korea sama sekali, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Sebanyak 27 tokong menyediakan program Templestay dalam bahasa Inggeris dan mempunyai jurubahasa yang bertutur dalam bahasa Inggeris.

Sekiranya anda tidak pasti tokong untuk dipilih, anda boleh merujuk bahagian SOALAN LAZIM di laman sesawang Templestay. Ia menawarkan senarai tokong yang dicadangkan untuk meditasi, mendaki, makanan Tokong dan tokong yang mempunyai kemudahan pengangkutan yang akan dapat membantu anda membuat pilihan. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghantar emel kepada Pusat Maklumat Templestay (support@templestay.com). Sekiranya anda mengalami Templestay, anda akan mendapat jawapan untuk sebarang persoalan.

HUBUNGI: Templestay Information Center, support@templestay.com, +82-2-2031-2000

Source: Cultural Corps of Korean Buddhism
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel New products/services