omniture

Huai'an China saji makanan global di Ekspo Makanan Antarabangsa

China (Huai'an) International Food Expo
2019-05-13 10:18 453

HUAI'AN, China, 13 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Ekspo Makanan Antarabangsa (Huai'an) China (Ekspo Makanan) dimulakan pada hari Khamis di Huai'an, Jiangsu di bahagian timur China dengan aktiviti-aktiviti disertai tarikan istimewa seperti sidang kemuncak bertaraf tinggi, aktiviti pemadanan pengeluaran-jualan, promosi jenama dan acara mencicipi makanan. Ekspo ini akan diadakan selama empat hari di "Bandar Terusan".

Turut dikenali sebagai "Bandar Gourmet", Huai'an mengundang 456 syarikat tempatan dan luar negara ke ekspo ini untuk mempamerkan puluhan ribu jenis makanan, diperoleh dari seluruh dunia, meraikan peserta dengan jamuan menerusi "Citarasa Jiangsu", "Ciri-ciri Cina" dan "Gaya Antarabangsa".

Bertemakan "Jalani Kehidupan Berfesyen Dengan Makanan Berkualiti Tinggi", ekspo ini menarik hampir 10,000 pembeli dari dalam dan luar negara untuk hadir bagi memeterai perjanjian.

Ekspo Huai'an telahpun memudahkan 32 hasrat jalinan kerjasama meskipun sebelum upacara perasmian dengan jumlah pelaburan sebanyak 15.634 bilion yuan.

Semasa upacara perasmian ekspo berkenaan, setiausaha jawatankuasa parti perbandaran Huai'an, Yao Xiaodong menyatakan bahawa Huai'an sentiasa memupuk sektor makanan menjadi salah satu kelebihannya, menghasilkan produk-produk berkualiti seperti udang kara Xuyi, ketam tasik Hongze dan beras Huai'an yang terkenal di dunia untuk membangunkan "A Bite" dan "Huai Taste" sebagai jenama yang berpengaruh.

Huai'an, sebuah bandar makanan utama yang mana output industri makanannya melebihi 100 bilion yuan, terus mengembangkan "Budaya Terusan" dan "Masakan Huaiyang" (salah satu daripada empat masakan Cina klasik) disebabkan oleh terusan, sungai dan sumber tasiknya.

Turut dinyatakan bahawa Huai'an kini memohon kepada Rangkaian Bandar-bandar Kreatif UNESCO untuk dikenali sebagai "Bandar Gourmet" bagi menyumbang kepada pembangunan berkualiti tinggi dan mampan dengan lebih baik dalam industri makanan global.

Source: China (Huai'an) International Food Expo
Keywords: Beverages Food/Beverages Retail Trade show news