omniture

Pelancaran Hikvision Turbo HD X Baharu Bagi Penyelesaian Keselamatan

Hikvision
2019-05-13 22:10 165

HANGZHOU, China, 13 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Hari ini, Hikvision, pembekal yang terkemuka di dunia bagi produk dan penyelesaian keselamatan yang inovatif, melancarkan Siri Turbo HD generasi terkini, Turbo HD X, yang merupakan sistem lengkap bagi membantu menghentikan penceroboh pada waktu nyata serta mengelakkan kerosakan dan kehilangan harta benda.

Turbo HD X news banner
Turbo HD X news banner

Bermula dengan pemantauan pasif kepada cegah-rintang aktif, dalam pelbagai aplikasi

Siri kamera Turbo HD X Hikvision mempunyai pengesan terbina dalam yang dapat menangkap cahaya inframerah yang dipancarkan oleh badan manusia, membezakannya daripada 'Noise' visual yang lain. Sebaik sahaja kamera mengesan penceroboh berpotensi, siren terbina dalamnya memancarkan lampu merah dan biru serta membuat bunyi yang kuat dengan tujuan untuk menakutkan dan menghalau penceroboh.

Siri Turbo HD X dapat menyokong pelbagai perlindungan perimeter dan proses sistem keselamatan untuk amaran dalam-proses dan pengumpulan bukti selepas suatu peristiwa. Ia mendayakan transformasi pemantauan tradisional dan pendekatan pemeriksaan selepas kejadian dan membantu mengubah perlindungan perimeter daripada pemantauan secara pasif kepada cegah-rintang aktif bagi melindungi orang ramai dan aset. Ia boleh digunakan dalam gudang, kediaman, kedai barang kemas dan banyak lagi.

Sistem hujung-ke-hujung yang lengkap 

Lebih penting, Turbo HD X ialah sistem yang lengkap dan seragam, mempunyai peranti bahagian depan yang disambungkan kepada peranti bahagian belakang serta aplikasi jarak jauh. Apabila penggera bahagian depan menghantar amaran kepada mereka yang mungkin mahu menceroboh, sistem berkenaan turut mencetuskan penggera pada bahagian belakang, bagi memaklumkan kakitangan keselamatan. Pengguna juga boleh menerima maklumat penggera secara jarak jauh, melalui aplikasi pada telefon bimbit mereka.

Pengurangan isyarat palsu yang jauh lebih baik

Kamera Turbo HD X juga boleh disepadukan dengan DVR AcuSense canggih daripada Hikvision. Teknologi pengurangan isyarat palsu pintar dalam DVR ini akan mengabaikan pergerakan tidak relevan yang ditangkap oleh kamera - seperti hujan, daun dan haiwan - sebaliknya menumpu semata-mata pada pergerakan manusia atau kenderaan. Penyelesaian bersepadu ini bersama-sama mengurangkan bilangan isyarat palsu dengan ketara dan memastikan kakitangan keselamatan menumpu pada sasaran sebenar untuk kecekapan yang lebih tinggi.

Memanfaatkan fungsian yang sudahpun mengagumkan 

Kesemua ini memanfaatkan fungsian mengagumkan yang disediakan oleh DVR dan kamera Turbo HD Hikvision sejak dilancarkan pada tahun 2013. Selain kejelasan imej HD yang mengagumkan, produk-produk Turbo HD enam tahun lalu telah memberikan pelbagai inovasi kepada pasaran, termasuk lebar jalur yang super cekap dan penggunaan simpanan serta rakaman video ultra cahaya rendah - kesemuanya membantu pelanggan meningkatkan tahap keselamatan dan perlindungan perimeter mereka.

Frank Zhang, Presiden Pusat Produk dan Penyelesaian Antarabangsa di Hikvision, berkata, "Sekali lagi, kami membawa idea-idea baharu dan kemungkinan baharu kepada industri, Biasanya, rekod pengawasan video hanya digunakan untuk mencari bukti apabila seseorang telah mengalami akibat pencerobohan. Walau bagaimanapun, penjenayah-penjenayah mungkin akan mengelakkan tindakan mereka yang selanjutnya jika mereka percaya bahawa tingkah laku mereka telahpun dikesan. Dengan menghentikan penceroboh daripada melakukan aktiviti mereka, Turbo HD X Hikvision boleh membantu pelanggan kami mencegah kerosakan berkos tinggi dan kehilangan harta benda."

Latar Belakang Hikvision 

Hikvision ialah penyedia produk dan penyelesaian keselamatan yang terkemuka di dunia. Mempunyai tenaga kerja penyelidikan & pembangunan (R&D) yang luas dan amat mahir, Hikvision mengeluarkan suit penuh produk dan penyelesaian komprehensif untuk pelbagai pasaran vertikal. Selain industri keselamatan, Hikvision meluaskan capaiannya kepada teknologi kediaman pintar, pengautomatan industri dan industri-industri elektronik automotif demi mencapai visi jangka panjangnya. Produk-produk Hikvision juga menyediakan kecerdasan perniagaan yang hebat untuk pengguna akhir, yang dapat mendayakan operasi yang lebih cekap dan kejayaan komersial yang lebih besar. Komited terhadap kualiti dan keselamatan terbaik untuk produk-produknya, Hikvision menggalakkan rakan-rakan kongsi untuk memanfaatkan banyak sumber keselamatan siber yang ditawarkan oleh Hikvision, termasuk Pusat Keselamatan Siber Hikvision. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190507/2458268-1

Source: Hikvision
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security New products/services