BEIJING, 14 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Jiangsu Seraphim Solar System Co., Ltd. ("Seraphim"), pengeluar produk solar bertaraf dunia di China, baru-baru ini memperkenalkan produk-produk siri-PLANET untuk tahun 2019, yang menyasarkan pasaran simpanan tenaga PV global.
Khususnya, ia melancarkan sistem simpanan tenaga PV Mercury-5 untuk kegunaan rumah dan sistem simpanan tenaga PV Jupiter-100 untuk kegunaan perindustrian serta komersial yang dapat dihubungkan kepada aplikasi untuk operasi yang mudah melalui peranti telefon pintar.
Menurut Seraphim, sistem Mercury-5 ialah sistem simpanan tenaga PV yang mesra alam, cekap dan andal, direka khusus untuk kehidupan keluarga pintar dengan kapasiti 5kWh. Sistem Jupiter-100, dengan kapasiti 100kWh, boleh dipasang secara fleksibel dan membantu perusahaan menjimatkan kos operasi dan penyelenggaraan.
Dilaporkan bahawa sistem simpanan tenaga PV Mercury-5 sesuai untuk pengguna-pengguna isi rumah yang berdepan dengan masalah-masalah seperti subsidi bekalan elektrik yang rendah, harga bekalan elektrik yang tinggi, gangguan elektrik yang kerap dan tiada akses grid. Semasa meningkatkan proposisi kuasa yang dihasilkan sendiri, ia turut mengurangkan harga bekalan elektrik dan memastikan bekalan kuasa yang stabil.
Wajar dinyatakan bahawa sistem simpanan tenaga PV Mercury-5 mempunyai isyarat Wi-Fi yang stabil dan andal, dapat memastikan penggunaan normal meskipun di kawasan terpencil.
Untuk perusahaan perindustrian dan komersial dengan penggunaan kuasa yang banyak, sistem Jupiter-100 dapat membantu mengurangkan tekanan semasa berlakunya permintaan kuasa puncak dan meningkatkan dengan banyaknya pendapatan mereka, kata Seraphim.
"Seraphim komited untuk mencipta pengalaman pengguna yang hebat dan memberi nilai maksimum kepada pelanggan," kata Polaris Li, presiden Seraphim, menambah bahawa "Dengan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) bertaraf dunia, pembangunan dalam pasaran PV selama bertahun-tahun dan pelaksanaan strategi yang sesuai, saya percaya bahawa produk-produk siri PLANET baharu akan mendapat respons pasaran yang sangat baik."
Ditubuhkan pada tahun 2011, Seraphim telah meraih pencapaian yang mengagumkan dalam tempoh yang singkat, memperoleh pengiktirafan Tahap-1 daripada BNEF, status Pengamal Terbaik daripada DNV GL dan kesetiaan daripada pelanggan dengan standard tinggi di seluruh dunia. Dengan tapak pemasangan sebanyak lebih 6GW di lebih 40 negara, Seraphim menyediakan pelanggan global dengan produk berkualiti tinggi dan juga perkhidmatan profesional.