omniture

Ketua-ketua Komuniti Sains dan Teknologi China Dijangka Perkukuh Kerjasama Antarabangsa dan Peroleh Lebih Ramai Rakan Kongsi

Science and Technology Daily
2019-05-14 13:52 174

BEIJING, 14 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Menjelang tahun 2018, sistem satelit navigasi Beidou China digunakan secara meluas dalam pengangkutan, perancangan tanah, pertanian jitu dan bidang-bidang awam lain di lebih 30 negara dan wilayah di sepanjang laluan "Jalur dan Jalan" dan teknologi maklumat dan komunikasilah yang menyokong pembinaan kabel-kabel darat dan laut serta rangkaian tulang belakang di 12 negara.

Semasa berlangsungnya Laluan Inovasi (Innovation Road), sub-forum bagi Forum Jalur dan Jalan Kedua untuk Kerjasama Antarabangsa, yang diadakan di Beijing pada 25 April, wartawan Science and Technology Daily mendapati bahawa subjeknya ialah cara terbaik untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi antarabangsa dan mencipta masa depan bersama-sama menerusi inovasi.

Setelah China mengumumkan Pelan Tindakan Kerjasama Sains, Teknologi dan Inovasi Jalur dan Jalan, Kementerian Sains dan Teknologi Republik Rakyat China (MOST) serta merta mengamalkannya. Wang Zhigang, Menteri Sains dan Teknologi, menegaskan bahawa MOST telah mengelolakan pelaksanaannya dengan menjalankan pertukaran individu-kepada-individu sains dan teknologi, membina makmal-makmal bersama, bekerjasama dalam taman-taman sains dan mempromosikan pemindahan teknologi. Empat pelan tindakan telahpun memberikan keputusan yang membuahkan hasil. 

China ialah peserta dan benefisiari globalisasi sains dan teknologi serta turut menjadi penyumbang dan pengasas dalam mempromosikan inovasi dan kerjasama yang lebih luas. Untuk membina "Jalur dan Jalan" menjadi laluan inovasi memerlukan tindakan konkrit sejauh mana China meluaskan dasar sikap terbuka dalam sains dan teknologi dan berkongsi pencapaian-pencapaian inovatif dengan negara-negara lain. Pihak MOST yang bersama-sama melancarkan Inisiatif Laluan Inovasi dengan pihak-pihak berkaitan merupakan langkah penting bagi mempromosikan kerjasama inovasi saintifik dan teknologi "Jalur dan Jalan" dengan cara yang benar.

Huai Jinpeng, naib pengerusi eksekutif Persatuan Sains dan Teknologi China (CAST) berkata bahawa pertukaran saintifik dan budaya merupakan asas kepada hubungan antara individu. Sejak tahun 2016, melalui pelaksanaan "Projek Pembinaan Platform Kerjasama Organisasi Sains dan Teknologi Antarabangsa Jalur dan Jalan" dan "Pelan Bersama Pertukaran Kemanusiaan Sains dan Teknologi Rakyat Jalur dan Jalan", CAST telah mempromosikan kerjasama pragmatik dengan organisasi-organisasi sains dan teknologi kebangsaan di sepanjang "Jalur dan Jalan" serta UNESCO. Khususnya, China dan negara-negara lain akan bekerjasama dalam bidang pertukaran akademik, latihan bakat, pensijilan bersama untuk keupayaan kejuruteraan, bersama-sama membina organisasi-organisasi antarabangsa dan aspek-aspek lain.

Source: Science and Technology Daily
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)