omniture

Rakan Kongsi Nexen Tire Manchester City Jadi Juara Berturut-turut Liga Perdana

- Rakan kongsi lama Nexen Tire, Manchester City raih gelaran Liga Perdana buat tahun kedua berturut-turut
- Syarikat bakal lancarkan acara peringkat tempatan dan antarabangsa bermula pada Jun untuk meraikan kemenangan Kelab
Nexen Tire
2019-05-14 13:52 513

SEOUL, Korea Selatan, 14 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Nexen Tire, pengeluar tayar global yang terkemuka, meraikan kemenangan Manchester City Football Club (Manchester City), Rakan Kongsi Rasmi lamanya untuk Liga Perdana, atas kemenangan luar biasa mereka dalam meraih gelaran Liga Perdana 2018/19 selama dua tahun berturut-turut.

BRIGHTON, ENGLAND - MAY 12: Vincent Kompany of Manchester City lifts the Premier League Trophy after winning the title during the Premier League match between Brighton & Hove Albion and Manchester City at American Express Community Stadium on May 12, 2019 in Brighton, United Kingdom. (Photo by Tom Flathers/Man City via Getty Images)
BRIGHTON, ENGLAND - MAY 12: Vincent Kompany of Manchester City lifts the Premier League Trophy after winning the title during the Premier League match between Brighton & Hove Albion and Manchester City at American Express Community Stadium on May 12, 2019 in Brighton, United Kingdom. (Photo by Tom Flathers/Man City via Getty Images)

Pada 12 Mei, Manchester City menewaskan Brighton & Hove Albion Football Club (Brighton) dengan mata 4-1, lalu menjadikannya gelaran liga keenam yang dimenangi oleh Kelab. Sepanjang musim, Manchester City dan Liverpool silih berganti dalam menguasai kedudukan teratas. Apabila kejohanan untuk musim 2018/19 semakin hampir, perlawanan terakhir Manchester City menentang Brighton merupakan satu kemenangan penting memandangkan Kelab telah memenangi Piala Carabao dan Liga Perdana untuk tahun kedua berturut-turut.

"Sebagai Rakan Kongsi Tayar Rasmi Manchester City, kami ingin mengucapkan tahniah kepada Kelab atas kemenangan luar biasa mereka," kata Travis Kang, Ketua Pegawai Eksekutif Global Nexen Tire. "Sejak kami bekerjasama dengan Manchester City dan menjadi Rakan Kongsi Lengan Baju Rasmi, Kelab terus memaparkan rekod kejayaan. Ini bukan sahaja bermakna buat syarikat, tetapi juga menjadi peringatan terhadap kerja keras dan kerja berpasukan yang diberikan oleh Kelab tersebut."

"Ia merupakan satu lagi musim yang hebat buat Manchester City dan Nexen Tire berbangga untuk menyokong dan menjadi rakan kongsi jangka panjang dengan Manchester City dalam musim kemenangan ini dan kami akan terus mendekati lebih ramai peminat di seluruh dunia dan mendorong kesedaran jenama kami."

Nexen Tire melanjutkan perkongsian berbilang tahunnya dengan Manchester City pada Mac 2017, menjadi Rakan Kongsi Lengan Baju Rasmi pertama seumpamanya dalam sejarah EPL. Sejak menjalin perkongsian berkenaan, Manchester City telah melakar kejayaan yang berterusan menerusi dua kemenangan Liga Perdana selama dua tahun berturut-turut. Melalui perkongsian ini, syarikat telah meningkatkan kesedaran jenama globalnya dan merancang untuk meneruskan pelbagai usaha pemasarannya dengan kelab. Tahun 2019 juga ialah tahun yang hebat buat Nexen Tire kerana ia telah menyiapkan empat kemudahan utama iaitu pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Magok, AS dan Eropah selain kilang baharu yang akan dibuka di Eropah. Menerusi pencapaian Nexen Tire dan kemenangan tahun kedua Manchester City, kedua-dua rakan kongsi tersebut telah mencetuskan kesan sinergi.

Sementara itu, Nexen Tire dijadualkan untuk melancarkan pelbagai acara peringkat tempatan dan antarabangsa untuk B2B dan B2C bagi meraikan kemenangan Manchester City.

Latar Belakang Nexen Tire 

Nexen Tire, ditubuhkan pada tahun 1942, ialah pengeluar tayar global yang beribu pejabat di Yangsan, Wilayah Gyeongsang Selatan, dan di Seoul, Korea Selatan. Nexen Tire, salah satu pengeluar tayar yang paling pesat berkembang di dunia, bekerjasama dengan 491 pengedar yang berpangkalan di 141 negara di seluruh dunia (setakat Julai 2015) dan memiliki tiga kilang pembuatan - dua di Korea (Yangsan dan Changnyeong) dan satu di Qingdao, China. Sebuah lagi kilang di Zatec, Republik Czech akan beroperasi pada tahun 2019. Nexen Tire menghasilkan tayar untuk kereta penumpang, SUV, dan trak ringan dengan teknologi canggih dan kecemerlangan dalam reka bentuk. Syarikat juga memberi tumpuan kepada menghasilkan tayar UHP, yang berdasarkan teknologi canggih. Nexen Tire membekalkan tayar OE kepada pembuat kereta global di pelbagai negara di seluruh dunia. Pada tahun 2014, syarikat mendapat 'grand slam' menerusi 4 anugerah reka bentuk utama dunia buat kali pertama dalam kalangan pelbagai pembuat tayar di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.nexentire.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190513/2464452-1

Source: Nexen Tire
Related Links:
Keywords: Auto Sporting Events Sports Transportation