omniture

Master Kong serahkan produk makanan segera tersuai untuk atlet-atlet Sukan Musim Sejuk China

Master Kong
2019-05-14 15:32 241

BEIJING, 14 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Pembekal makanan dan minuman segera yang terkemuka di China, Master Kong menyerahkan kumpulan pertama mi segera Express, produk tersuai untuk atlet-atlet Sukan Musim Sejuk Cina, ke Pusat Pengurusan Sukan Musim Sejuk, pada 10 Mei, sempena kiraan detik 1,000 hari menjelangnya Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

Receiving ceremony of products customized for Chinese Winter Sports athletes
Receiving ceremony of products customized for Chinese Winter Sports athletes

Majlis penerimaan produk yang disesuaikan untuk atlet-atlet Sukan Musim Sejuk Cina

Produk ini memenuhi keperluan 248 petunjuk ujian yang dinyatakan dalam Senarai Terlarang Kod Anti-Doping Dunia, Piawaian Antarabangsa. Ia juga dapat membantu atlet-atlet segera menambah tenaga dan protein, menjadi kejayaan besar dalam makanan segera berkhasiat yang disediakan untuk atlet-atlet Cina.

Express instant noodles customized for Chinese Winter Sports athletes
Express instant noodles customized for Chinese Winter Sports athletes

Mi segera Express disesuaikan untuk atlet-atlet Sukan Musim Sejuk Cina

Bagi menjadikan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 "sesuci salji", Pentadbiran Am Sukan China berikrar untuk berpegang pada prinsip-prinsip "hijau" (mesra alam) dalam menganjurkan acara dan mengamalkan sikap toleransi sifar terhadap salah guna dadah dalam bantahan keras jangka panjangnya terhadap penggunaan dadah perangsang.

Setelah menjalani proses pemeriksaan yang ketat, Master Kong telah dilantik oleh Pusat Pengurusan Sukan Musim Sejuk Pentadbiran Am Sukan China sebagai rakan kongsi kerjasama eksklusif dalam sukan, diet segera dan berkhasiat sepanjang tempoh 2019-2022 bagi menyediakan diet segera kepada pasukan-pasukan latihan sukan ais dan salji kebangsaan.

Dilaporkan bahawa Pentadbiran Am Sukan China memberi perhatian tinggi untuk meningkatkan zat pemakanan diet dan piawaian keselamatan diet untuk pasukan-pasukan sukan, di samping meningkatkan bilangan ujian salah guna dadah, mengamalkan pengawasan ujian yang lebih ketat serta memastikan kebertanggungjawaban yang lebih besar dalam anti-penyalahgunaan dadah.

Di samping itu, ketika atlet-atlet Sukan Musim Sejuk Cina bersiap sedia menjalani latihan fizikal berorientasikan acara berintensiti tinggi, Pusat Pengurusan Sukan Musim Sejuk berusaha untuk memenuhi kehendak pemakanan mereka. Tahun lalu, pusat ini menjalankan pemantauan rutin latihan, mewujudkan sistem perkhidmatan rehabilitasi komprehensif untuk pasukan-pasukan kebangsaan serta mencipta sistem perkhidmatan pemakanan bersepadu pada infrastruktur awan.

Master Kong ialah nama jenama Tingyi (Cayman Islands) Holding Corporation, yang mengkhusus dalam pengeluaran dan pengedaran mi segera, minuman dan produk makanan segera. Tiga segmen perniagaan utamanya telah mewujudkan bahagian pasaran yang utama dalam industri makanan China.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190513/2464535-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190513/2464535-1-b

Source: Master Kong
Keywords: Food/Beverages Sports