omniture

MGI Umum US$200 Juta dalam Pengumpulan Dana Pusingan Pertama

MGI
2019-05-14 15:39 206

Pelaburan R&D berterusan bawakan kejayaan cemerlang dalam teknologi penjujukan huluan 

SHENZHEN, China, 14 Mei 2019 /PRNewswire/ -- MGI, subsidiari BGI Group, telah mendedahkan bahawa pusingan pertama pengumpulan dananya melangkaui US$200 juta, iaitu jumlah modal terbesar yang dikumpul dalam bidang genetik di China pada tahun 2018. Pelabur-pelabur melibatkan institusi-institusi yang terkenal seperti CITIC Goldstone Capital, Green Pine Capital Partners dan Orient Securities Capital Investment.

MGI turut menonjolkan kemajuan pesatnya dalam inovasi teknologi penjujukan.

Setakat ini, lebih 1,100 penjujuk MGI dipasang di seluruh dunia, meliputi 16 negara dan wilayah, menerusi lebih 300 pengguna. Output kumulatif data mencecah 20Pb dan lebih 300 kertas kajian saintifik tahap tinggi telahpun diterbitkan.

Baru-baru ini, MGI berkolaborasi dengan Akademi China Sains Perubatan Cina bagi membangunkan mesin bersepadu penjujukan gen dengan pemprosesan tinggi untuk kod bar DNA herba Cina. Alat tersebut, dilancarkan secara rasminya pada 26 April, ialah alat pintar pertama di dunia untuk penjujukan gen ubatan herba Cina dan ia dapat mengenal pasti dengan tepat dan pantas sampel-sampel ubatan herba Cina.

Kunci kepada kemunculan MGI sebagai pembangun penting alatan sains hayat merupakan pelaburan berterusan dan kejayaan cemerlangnya dalam teknologi penjujukan huluan. MGI melabur kira-kira sejumlah 5 bilion Yuan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan bagi mencapai asas paten teknologi penjujukan, memohon lebih 580 paten teknikal termasuk lebih 80 paten PCT.

MGI melancarkan beberapa penjujuk berbeza sejak tahun 2015. Model utamanya, penjujuk gen komprehensif MGISEQ-2000, menyokong dua spesifikasi cip yang berbeza dengan platform operasi bebas dua cipnya. Ia hanya mengambil masa 48 jam untuk menjujuk PE100 yang beroperasi pada kapasiti penuh dan kurang daripada 48 jam untuk menyiapkan pengesanan pantas 24 sampel tumor secara purata. MGISEQ-T7 daripada syarikat, dilancarkan pada Oktober 2018, masih lagi menjadi penjujuk gen yang paling hebat setakat ini. Output data satu hari boleh mencecah 6Tb, penjujukan PE150 hanya mengambil masa 24 jam dan kos bagi setiap penjujukan Gb hanyalah US $5 -- kos penjujukan yang paling rendah di dunia.

MGI secara berperingkat-peringkat memecahkan monopoli pasaran dalam huluan industri penjujukan gen dan membina ekologi perindustrian yang stabil dan terbuka berdasarkan platform penjujukannya serta penyelidikan dan pembangunan bebas, lalu mengubah model industri tertutup sedia ada.

Pasaran industri penjujukan global diramalkan berkembang kepada US$12.45 bilion pada tahun 2022, yang mana rantau Asia-Pasifik dijangka mencecah US$2.39 billon. Menjelang tahun 2020, saiz pasaran industri penjujukan gen China dijangka mencecah 9.8 bilion Yuan (kira-kira US$1.43 bilion).

Sebagai satu-satunya syarikat di China dan salah satu daripada tiga syarikat di dunia yang dapat membangunkan dengan bebas dan mengeluarkan secara besar-besaran penjujuk gen dengan daya pemprosesan tinggi klinikal, penyelesaian pusingan pertama pembiayaan oleh MGI menunjukkan pengiktirafan terhadap keupayaan penyelidikan dan pembangunannya serta pengantarabangsaan. MGI merancang untuk mengukuhkan lagi penyelidikan dan pembangunannya serta pengeluaran penjujuk gen baharu, lalu mencipta barisan produk yang komprehensif dan komited terhadap pembangunan pasaran dan pembinaan ekologi untuk industri penjujukan gen.

Source: MGI
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Venture Capital STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)