omniture

LONGi Lancar Siri Baharu Modul Berkuasa Tinggi - Hi-MO4 430W dan REAL BLACK

LONGi Solar
2019-05-15 12:00 523

XI'AN, China, 15 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Menyerlahkan kekuatannya yang semakin meningkat dalam industri, LONGi melancarkan siri modul baharu yang menetapkan penanda aras industri - modul-modul berkecekapan tinggi Hi-MO4 dan REAL BLACK generasi baharu.

Hi-MO4 mempunyai kesemua kelebihan siri modul Hi-MO terdahulu, namun dipertingkatkan dengan generasi baharu sel PERC monohabluran canggih dan teknologi penkapsulan pada pembinaan separa sel dan dwimuka. Dengan Hi-MO4, industri kini mempunyai kuasa lebih tinggi yang baharu dan pilihan yang lebih andal dalam modul PV.

Dibandingkan dengan modul dwimuka separa sel Hi-MO3 yang dilancarkan pada tahun 2018, Hi-MO4 mengekalkan ciri-ciri Hi-MO3 melibatkan penjanaan kuasa dwimuka, mencapai perolehan 8-20% dalam penjanaan kuasa belakang dalam pelbagai persekitaran permukaan tanah dengan keandalan tinggi dan pelemahan yang rendah. Ciri-ciri utama Hi-MO4:

Kuasa modul yang amat bertambah baik
Hi-MO4 menggunakan teknologi PERC yang dinaik taraf berdasarkan 6 palang bas, dengan kecekapan sel mencecah 22.5%. Meskipun kuasa sisi depan Hi-MO3 ialah 380W (72 sel), Hi-MO4 meningkatkan kuasa ini kepada lebih 420W, memuncak kepada 430W. 

LCOE lebih rendah
Apabila dibandingkan dengan Hi-MO3, kos BOS – apabila Hi-MO4 digunakan – boleh dikurangkan kira-kira sebanyak 7% dan LCOE sebanyak 1.4%. Digabungkan dengan sistem pengesanan, LCOE boleh dikurangkan lagi.

Dengan teknologi produk canggihnya, LONGi menduduki tempat pertama dalam penghantaran sel dan modul monohabluran global selama empat tahun berturut-turut. Jumlah penghantaran modul dwimuka mencecah 1.5GW.

Turut dilancarkan bersama-sama Hi-MO4 ialah modul siri serba baharu, serba hitam - REAL BLACK. Direka dengan kelebihan "rupa yang elok, kuasa yang tinggi dan keandalan yang tinggi," REAL BLACK akan disediakan untuk kegunaan PV atas bumbung. Dengan penampilan serba hitamnya dan warna yang konsisten, REAL BLACK boleh dipadankan dengan sempurna bersama bumbung dan ekologi tempatan, memaksimumkan estetika dan kuasa yang tinggi.

Ketika memperkenalkan produk-produk baharu tersebut, Li Zhenguo, Presiden LONGi, berkata, "Memenangi dan menghasilkan produk-produk berkesan kos dan berkualiti tinggi dengan cekap ialah inovasi teknologi LONGi. Kami menjangkakan pelancaran Hi-MO4 akan memainkan peranan penting dalam mengurangkan kos bekalan elektrik dan mempromosikan pariti grid. REAL BLACK akan membawakan estetika baharu dan kuasa tinggi kepada pengguna-pengguna PV atas bumbung. LONGi akan terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi membangunkan produk-produk berkecekapan tinggi yang andal dan membantu industri PV menaik taraf teknologinya."

Pelancaran Hi-MO4 dan REAL BLACK generasi baharu akan menerajui trend baharu pembangunan teknologi modul dan menyokong usaha merealisasikan pariti grid.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181108/2292512-1-LOGO

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services