omniture

Tutuka Lancar Program Pertamanya di Hong Kong bersama Octopus

Octopus dengan bantuan API Tutuka berada di laluan pantas untuk jadikan pembayaran dalam talian global lebih inklusif buat penduduk Hong Kong
Tutuka
2019-05-15 19:41 345

HONG KONG, 15 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Pada bulan Mac 2019, penggerak pembayaran Global, Tutuka mengumumkan usaha niaga pertama mereka di Hong Kong bersama-sama Octopus Cards Limited (OCL) dan melancarkan kad prabayar maya, O! ePay Mastercard, membolehkan pengguna membeli belah di seluruh dunia secara dalam talian melalui mana-mana peniaga yang menerima Mastercard.

En. Sunny Cheung, Ketua Pegawai Eksekutif OCL, berkata: "Kami teruja untuk bekerjasama dengan Tutuka bagi menawarkan pengalaman pembayaran dalam talian global yang lancar kepada pelanggan O! ePay kami sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam membawa nilai lebih besar kepada Hong Kong."

OCL ialah salah satu jenama pembayaran yang paling dipercayai di Hong Kong, khususnya dalam sektor pengangkutan dan peruncitan. Kini, dengan sokongan Tutuka, kepimpinannya dilanjutkan lagi ke dalam pasaran e-bayaran global. Tutuka dikenali kerana menyediakan penyelesaian mantap, yang meningkatkan dan mendayakan sistem gelung tertutup untuk mendapat akses kepada pasaran gelung terbuka dan O! ePay Mastercard Octopus baharu juga sama hebatnya.

O! ePay Mastercard menyasarkan pelanggan lebih muda yang mempunyai keperluan membeli belah dalam talian global yang semakin meningkat selain mereka yang memilih untuk tidak menggunakan kad kredit atau kad debit mereka secara dalam talian. Pelanggan hanya perlu mendaftar akaun O! ePay melalui Octopus App untuk mendapatkan O! ePay Mastercard serta merta hanya dengan beberapa klik tanpa perlu menghantar sebarang bukti. Pelanggan boleh menambah nilai pada akaun O! ePay mereka dan wang kemudiannya disediakan dengan segera untuk O! ePay Mastercard. Baki maksimum akaun untuk O! ePay ialah HK$10,000.

Kedua-dua Tutuka dan OCL memahami permintaan terhadap penyelesaian pembayaran dalam talian global yang inovatif. Cik Sekai Ndemanga, Ketua Perkongsian Global di TUTUKA, berkata: "Tutuka dikenali kerana membantu individu yang tidak mempunyai akaun bank mendapat akses kepada kad prabayar yang boleh diisi semula. Ini akan menyediakan alternatif yang amat diperlukan buat mereka yang memerlukan. Kami berasa gembira kerana platform kami membolehkan syarikat-syarikat seperti OCL menerobos sempadan inovasi dalam melancarkan penyelesaian pembayaran inovatif yang mencetuskan perubahan sebenar kepada penduduk Hong Kong."

Latar Belakang Tutuka 

TUTUKA menjadikan pembayaran dapat dilakukan dengan membolehkan pelanggan klien kami membayar dengan kad serta produk Mastercard, Visa dan Union Pay. Ini memberi peluang dan kebebasan kepada ramai individu yang tidak mempunyai akaun bank di dunia untuk menggunakan produk-produk ini. Menerusi lebih 20 tahun pengalaman, TUTUKA memproses berjuta-juta dolar transaksi untuk lebih 400 program kad prabayar di seluruh Afrika, Timur Tengah, Amerika Latin dan Asia. Kunjungi https://www.tutuka.com/ untuk maklumat lanjut.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190514/2465852-1logo

Source: Tutuka
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Joint ventures New products/services