omniture

Forum Pembangunan Zon Perdagangan Bebas Rintis (Shaanxi) China diadakan untuk teruskan dasar buka pintu dan pembangunan negara

China (Shaanxi) Pilot Free Trade Zone
2019-05-15 22:48 506

XI'AN, China, 15 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Forum Pembangunan Zon Perdagangan Bebas Rintis (Shaanxi) China telahpun diadakan di Xi'an, ibu kota wilayah Shaanxi pada 12 Mei lalu. Forum ini dianjurkan oleh Kerajaan Rakyat Wilayah Shaanxi dan dikelolakan oleh kohort firma-firma dan organisasi-organisasi, termasuk Jabatan Perdagangan Wilayah Shaanxi (pejabat wilayah yang mengendalikan promosi perdagangan bebas) serta Zon Perdagangan Bebas Rintis Jalur dan Jalan Xi'an Jiaotong University.

 China (Shaanxi) Pilot Free Trade Zone Development Forum
China (Shaanxi) Pilot Free Trade Zone Development Forum

Acara ini terdiri daripada satu forum utama dan dua persidangan yang berlangsung serentak: Forum Pembangunan Zon Perdagangan Bebas Rintis (Shaanxi) China, Seminar Inovasi dan Pembangunan Zon Perdagangan Bebas Rintis (Shaanxi) China serta Seminar Pembangunan Bersinergi antara Lima Wilayah di Barat Laut China

Bertemakan "memperkukuh reformasi dan dasar buka pintu serta mempromosikan pembangunan berkualiti tinggi dalam zon perdagangan bebas rintis", forum ini mengundang pegawai-pegawai daripada pihak-pihak berkuasa kerajaan yang terlibat dalam advokasi dan promosi zon-zon perdagangan bebas, pakar-pakar bidang khusus untuk topik dari dalam China dan dari luar negara, wakil-wakil daripada beberapa zon perdagangan bebas antarabangsa yang paling terkenal selain beberapa kumpulan pemikir terkemuka bagi membincangkan tentang usaha untuk meningkatkan keupayaan zon berkenaan bagi memenuhi objektif-objektif "dasar buka pintu" kerajaan pusat, menambah baik persekitaran perniagaan dalam zon-zon, mencipta lebih banyak peluang untuk kerjasama dan pembangunan selanjutnya antara zon-zon perdagangan bebas di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan, selain meneruskan reformasi dan dasar buka pintu zon-zon perdagangan bebas rintis pedalaman serta membina pemuafakatan untuk pembangunan Zon Perdagangan Bebas Rintis Shaanxi yang berkualiti tinggi.

Sejak penubuhannya dua tahun lalu, Zon Perdagangan Bebas Rintis (Shaanxi) China telah meletakkan kedudukannya secara strategik bagi menyediakan penyelesaian yang inovatif berkisarkan model-model asas yang boleh direplikasi dan boleh diskala, serta melalui usaha secara bebas, telah memperoleh banyak kemajuan. Zon ini juga membangunkan hab, portal dan rangka tindakan secara agresif untuk ekonomi mudah alih yang akan menjurus kepada pembangunan infrastruktur bagi menyokong inisiatif Jalur & Jalan selain pembangunan China Barat yang selanjutnya. Zon ini telah meneroka dan mencuba model-model berbeza bagi menyelaraskan pentadbiran, mengukuhkan peraturan dan meningkatkan perkhidmatan sebagai langkah untuk memudahkan pelaburan, perdagangan, pertukaran budaya dan kerjasama antarabangsa dalam pertanian moden, seraya menunjukkan kedudukan zon perdagangan bebas rintis sebagai medan ujian untuk meningkatkan lagi reformasi dan juga dasar buka pintu.

Setakat penghujung Mac 2019, zon ini menempatkan 40,694 perniagaan dan organisasi, termasuk 347 syarikat yang mendapat pelaburan asing. Zon ini menyaksikan penurunan ketara dalam masa pelepasan kastam keseluruhan. Perdagangan asing yang masuk dan keluar dari zon ini bernilai 264.9 bilion yuan (kira-kira US$38.6 bilion) pada tahun 2018, menyumbang sebanyak 75% daripada jumlah eksport dan import wilayah Shaanxi. Didorong oleh zon perdagangan bebas rintis, wilayah ini mencatatkan nilai gabungan eksport dan import sebanyak 351.38 bilion yuan (kira-kira US$51.3 bilion) dan jumlah nilai output sebanyak 2.44 trilion yuan (kira-kira US$356 bilion) untuk tahun berkenaan, masing-masing meningkat 29.3 peratus dan 8.3 peratus dengan nilai kedua mencatatkan 1.7 mata peratusan yang lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan purata China. Ini telah menetapkan titik permulaan baharu untuk pembangunan ekonomi dan sosial wilayah berserta matlamat awal untuk mempromosikan inisiatif-inisiatif dasar buka pintu negara.

Naib gabenor wilayah Shaanxi Zhao Gang berkata bahawa kerajaan Cina mengesahkan keazamannya untuk memperkukuh reformasi dan dasar buka pintu dalam era baharu menerusi langkah-langkah praktikal semasa Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Jalan ke-2. Shaanxi akan memanfaatkan kedudukan zon perdagangan bebas rintis sebagai makmal untuk membangunkan dan menguji dasar-dasar yang menyokong pelaksanaan langkah-langkah berkenaan dengan tujuan untuk menyediakan syarikat-syarikat dengan akses yang adil, terbuka, seragam dan cekap kepada persekitaran yang mesra undang-undang dan perniagaan yang dapat membantu mereka meluaskan usaha-usaha globalisasi, sekaligus meninggikan standard dan menyediakan menurut "piawaian" baharu terhadap apa yang diharapkan dari segi reformasi dan dasar buka pintu negara. Wilayah ini merancang untuk bekerjasama dengan negara-negara yang disasarkan oleh inisiatif Jalur & Jalan dengan matlamat untuk mencipta masa depan yang lebih produktif dengan memanfaatkan zon perdagangan bebas rintis yang bertindak sebagai platform untuk mengukuhkan komunikasi, pertukaran dan kolaborasi pragmatik untuk projek-projek yang akan memberi manfaat buat semua.

Untuk maklumat lanjut tentang acara ini, sila kunjungi http://ftz.shaanxi.gov.cn/

Latar Belakang Zon Perdagangan Bebas Rintis (Shaanxi) China

Zon Perdagangan Bebas Rintis (Shaanxi) China ialah salah satu zon perdagangan bebas rintis China yang diluluskan oleh kerajaan Cina pada 31 Ogos 2016 sebagai sebahagian daripada kumpulan ketiga daripada zon-zon berkenaan yang diluluskan selain satu-satunya zon perdagangan bebas rintis di barat laut China. Zon ini berkedudukan strategik untuk menyediakan penyelesaian inovatif kepada model-model asas yang boleh direplikasi dan boleh diskala bagi melaksanakan keperluan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis dan Majlis Negara China untuk meningkatkan peranan Inisiatif Jalur dan Jalan dalam pembangunan China Barat dan dalam masa yang sama menyokong akses bandar-bandar pintu masuk barat negara kepada pasaran-pasaran asing, bagi mengubah zon perdagangan bebas rintis menjadi medan ujian demi pelaksanaan reformasi berterusan dan dasar buka pintu negara, untuk memimpin bandar-bandar pedalaman Cina yang lain dalam reformasi dan dasar buka pintu serta untuk mencipta tapak utama bagi menyokong kerjasama ekonomi dan pertukaran budaya dengan negara-negara sasaran inisiatif Jalur & Jalan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190513/2464309-1

Source: China (Shaanxi) Pilot Free Trade Zone
Keywords: Banking/Financial Service Trade policy Trade show news