omniture

Makanan Xi'an Menonjol di Festival Makanan Artisan Cina 2019 di Xi'an, Shannxi, China

Xi'an Municipal Government
2019-05-16 08:16 485

XI'AN, China, 16 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Xi'an, salah sebuah bandar tertua China dan tumpuan bekas dinasti-dinasti Sui dan Tang 1,300 tahun lalu, mempromosikan masakan tempatannya kepada dunia di Festival Seni Makanan Cina 2019 dan Festival Kebudayaan Gourmet Antarabangsa Masakan Shaanxi (Festival) yang membuka tirainya baru-baru ini. Dengan memaparkan gaya memasak dan gabungan kreatif wilayahnya, bandar ini berharap dapat mewujudkan pintu masuk untuk pelancong dan pengunjung bagi meneroka Jalan Sutera dan menikmati rasa unik Xi'an.

Makanan Xi'an Menonjol di Festival Makanan Artisan Cina 2019 di Xi'an, Shannxi, China
Makanan Xi'an Menonjol di Festival Makanan Artisan Cina 2019 di Xi'an, Shannxi, China

"Bandar Xi'an telah menjadi saksi kepada perubahan hebat dalam pembangunan hidangan gourmet Cina. Selama berabad-abad lamanya, wilayah ini turut mencipta gaya memasak 'Xi'an' tersendiri yang dilihat oleh ramai orang sebagai salah satu pencapaian unik barat laut China," kata Hengjun Lv, Ketua Pengarah Biro Perdagangan Perbandaran Xi'an. "Tahun ini, Festival ini bukan sahaja akan memaparkan makanan serantau yang diturunkan daripada generasi kepada generasi, tetapi juga pembangunan ekosistem industri makanan tempatan yang telah memberi manfaat kepada penduduk mahupun pengunjung global."

Festival ini akan membawakan pameran-pameran makanan di lima lokasi bandar, direka untuk menonjolkan rasa yang diperbaharui daripada bandar ini, bermula dengan makanan ringan di tepi jalan hinggalah kepada hidangan masakan daripada restoran-restoran yang telah lama bertapak serta gabungan makanan yang memperkukuh status unik dan bersejarah Xi'an sebagai laluan perdagangan antarabangsa.

Memanfaatkan kedudukan metropolis di Jalan Sutera, Xi'an menghimpunkan sumber dan pandangan domestik serta antarabangsa bagi menubuhkan sebuah platform bagi tujuan pertukaran makanan budaya. Selain memperkenalkan masakan tempatan kepada pengunjung global, dua forum di Festival ini akan membincangkan tentang pembangunan makanan Cina dan masa depan masakan Xi'an di sepanjang Jalan Sutera yang mana ia dijangka akan memainkan peranan penting dalam kerjasama kebudayaan bersama bandar-bandar kembar pada dekad-dekad mendatang.

Sebuah acara pertunjukan memasak, yang akan mengumpulkan cef-cef Cina dan luar negara untuk bertukar-tukar kemahiran serta berkongsi pengetahuan, akan menjadi sorotan tambahan Festival.

Xi'an ialah destinasi makanan yang terkenal untuk pelancong Cina dan antarabangsa. Sebagai bekas ibu kota kerajaan dan tempat bermulanya makanan Cina, Xi'an membangunkan status hab perdagangannya yang diperoleh semula, yang bertujuan untuk memperkenalkan peruncitan baharu dan katering pintar bagi meningkatkan pembangunan terselaras pelancongan makanan dan industri-industri kebudayaan dengan kerjasama yang lebih besar antara Xi'an dan bandar-bandar di sepanjang Inisiatif Jalur dan Jalan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://cbe.xa.gov.cn/default.htm

Latar Belakang Xi'an

Ibu kota wilayah barat Shaanxi China, Xi'an ialah destinasi pelancong antarabangsa dengan lebih 3,000 tahun sejarah dan tarikan terkenal di dunia seperti Pahlawan dan Kuda Terracotta serta Tembok Kota purba. Bandar ini, yang dikenali sebagai "muzium luar China," ialah titik permulaan Jalan Sutera, iaitu jaringan laluan perdagangan purba yang ditubuhkan semasa Dinasti Han China yang menghubungkan Timur dan Barat melalui perdagangan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190514/2466041-1

Source: Xi'an Municipal Government
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Beverages Food/Beverages Travel Trade show news