omniture

Seraphim perkenal Modul Solar Dwimuka Blade Inovatif

Seraphim
2019-05-17 03:50 336

BEIJING, 17 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Jiangsu Seraphim Solar System Co., Ltd. ("Seraphim"), pengeluar produk solar bertaraf dunia di China, baru-baru ini memperkenalkan modul solar yang inovatif, modul Dwimuka Blade.

Menurut Seraphim, produk baharu ini menyepadukan teknologi separa sel yang utama dalam industri dan teknologi sel PERC dwimuka terkini, membolehkannya mempunyai ciri-ciri seperti kehilangan kuasa dalaman yang rendah, pengurangan kemungkinan titik panas, output kuasa yang lebih tinggi dan keandalan yang ditambah baik.

Dibandingkan dengan modul-modul tradisional, modul separa sel mempunyai rintangan arus dan siri yang lebih rendah, yang dapat meminimumkan kehilangan ketaksesuaian, kehilangan kuasa dalaman dan kesan bayang-bayang. Di samping itu, aplikasi teknologi sel PERC dwimuka dalam produk baharu ini juga dapat meningkatkan penjanaan kuasa sebanyak 10 hingga 30 peratus, seraya menjadikan produk baharu ini lebih berkesan kos.

Selain prestasi yang lebih tinggi, modul Dwimuka Blade Seraphim adalah lebih ringan memandangkan ia menggunakan kaca bajaan salutan AR berganda 2.0 mm dan bukannya kaca 2.5 mm yang digunakan oleh kebanyakan pengeluar PV, lalu menjadikannya mudah untuk dipasang dan menjimatkan kos pengangkutan.

"Penaiktarafan teknikal modul PV, sebagai komponen teras dalam sistem stesen kuasa, ialah langkah penting untuk mengurangkan kos bekalan elektrik dan mempromosikan kuasa PV pada-grid dengan harga yang berpatutan. Penyepaduan teknologi separa sel dan teknologi sel PERC dwimuka ialah laluan penting untuk membangunkan teknologi modul PV dan beradapatasi kepada keperluan pasaran terminal. Memandangkan kestabilannya yang amat baik, kami telah melanjutkan jaminan produk modul separa sel PERC monokristal kepada 15 tahun, 50 peratus lebih lama berbanding jaminan 10 tahun dalam pasaran," kata Polaris Li, presiden Seraphim.

Beliau turut menambah bahawa Seraphim telah menubuhkan kilang baharu di Wilayah Shanxi, utara China bersama-sama Shanxi Lu'An Photovoltaics Technology Co. Ltd. untuk menghasilkan satu gigawatt modul ultra cekap termasuk modul separa sel dwimuka setiap tahun. Pada masa kini, kilang baharu tersebut telah memasuki peringkat operasi percubaan dan kelompok pertama modul telah dikeluarkan daripada barisan pemasangan bagi tujuan penghantaran.

Ditubuhkan pada tahun 2011, Seraphim telah meraih pencapaian yang mengagumkan dalam tempoh yang singkat, memperoleh pengiktirafan Tahap-1 daripada BNEF, status Pengamal Terbaik daripada DNV GL dan kesetiaan daripada pelanggan yang semakin sofistikated di seluruh dunia. Dengan tapak pemasangan sebanyak lebih 6GW di lebih 40 negara, Seraphim menyediakan pelanggan global dengan produk berkualiti tinggi dan juga perkhidmatan profesional.

 

Source: Seraphim
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services