omniture

Hangzhou tarik RMB1.5 bilion pelaburan dalam projek-projek biofarmaseutikal pada suku pertama

Hangzhou Investment Promotion Bureau
2019-05-17 03:56 424

HANGZHOU, China, 17 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Hangzhou, ibu kota Wilayah Zhejiang di timur China, telah menyaksikan tujuh projek biofarmaseutikal yang dilaksanakan pada suku pertama tahun ini, dengan jumlah pelaburan mencecah 1.5 bilion yuan, menurut data terkini daripada Biro Promosi Pelaburan Hangzhou pada hari Rabu.

Hangzhou telah menjadi tarikan untuk perusahaan-perusahaan biofarmaseutikal dari dalam dan luar negara.

Berdasarkan statistik, 3,870 perusahaan biofarmaseutikal baharu telahpun ditubuhkan di bandar ini pada tahun 2018, meningkat 26 peratus berbanding tahun sebelumnya dan modal berdaftar yang baru ditambah berjumlah kira-kira 30.2 bilion yuan, meningkat 39.14 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Daripada sepuluh syarikat farmaseutikal terkemuka global, tujuh daripadanya termasuk Pfizer, Merck & Co., Inc. dan Abbott Laboratories telah bertapak di Hangzhou.

Beberapa tahun kebelakangan ini, bidang biofarmaseutikal menjadi tumpuan memandangkan bandar-bandar domestik menganggapnya sebagai kunci kepada transformasi dan penaiktarafan perindustrian.

Dalam konteks ini, Hangzhou merancang untuk membangun menjadi sebuah bandar inovasi biofarmaseutikal dengan rantaian penuh yang mematuhi piawaian ICH, dengan tumpuan khusus diberikan terhadap tiga sektor iaitu penyelidikan dan pembangunan (R&D) ubatan baharu, peralatan perubatan dan data perubatan.

Pada awal Mei 2018, Hangzhou mengeluarkan garis panduan bagi mempromosikan pembangunan inovatif untuk industri biofarmaseutikal, menekankan sokongan bandar ini terhadap aplikasi produk biofarmaseutikal yang inovatif serta sokongan kewangannya kepada industri.

Hangzhou mengambil tindakan yang tepat dengan menyasarkan bidang biofarmaseutikal, yang sememangnya akan menjadi "kuda hitam" pertama yang mencapai kejayaan cemerlang, berikutan ekonomi digital, kata Yi Xianrong, seorang pakar ekonomi yang ternama.

Menurut penganalisis industri, industri biofarmaseutikal ialah industri yang biasanya didorong inovasi.

Pihak Biro sedang berunding dengan jabatan-jabatan berkaitan untuk menawarkan tempat di West Lake kepada bakat-bakat berkualiti tinggi dan usahawan-usahawan terkemuka dalam bidang biofarmaseutikal agar mereka dapat bertapak di sana, kata pegawai berkaitan daripada Biro Promosi Pelaburan Hangzhou.

"Dari perspektif global, industri biofarmaseutikal adalah luas dan beberapa aspeknya masih tidak berkembang dan mempunyai potensi yang besar. Kami berkemungkinan akan menjadi peneraju dunia dalam bidang ini," kata pegawai berkenaan.

Malahan, Hangzhou telahpun menerajui dalam industri biofarmaseutikal. Ia telah membina komuniti demonstrasi warga emas penjagaan kesihatan pintar e+ pertama di China, yang menyediakan perkhidmatan perubatan pada waktu nyata, pantas dan berkos rendah untuk golongan warga emas melalui teknologi moden seperti data raya, pengkomputeran awan dan peranti boleh pakai.

 

Source: Hangzhou Investment Promotion Bureau
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Pharmaceuticals Venture Capital