omniture

Wanda Department Store Secara Rasmi Dinamakan Semula sebagai Suning.com Plaza

Suning Holdings Group
2019-05-18 03:57 558

NANJING, China, 18 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Pada 5 Mei lalu, Suning.com, subsidiari Suning Holdings Group ("Suning"), mengumumkan bahawa 37 Wanda Department Stores yang diambil alih pada Februari lalu secara rasmi dinamakan semula sebagai Suning.com Plaza. Pasar raya pertama yang diperbaharui akan dibuka menjelang akhir Mei ini.

Wanda Department Store Secara Rasmi Dinamakan Semula sebagai Suning.com Plaza
Wanda Department Store Secara Rasmi Dinamakan Semula sebagai Suning.com Plaza

Hou Enlong, Ketua Pegawai Eksekutif Suning.com, berkata di sidang akhbar untuk Festival Beli Belah 6/18 oleh syarikat, 37 Suning.com Plaza serba baharu akan beroperasi berdasarkan kelebihan pembekal terdahulu yang dikumpul oleh Wanda Department Store. Namun demikian, dengan menggabungkan senario membeli belah dalam talian dan luar talian Suning seperti RedBaby, Suning JIWU, Suning Convenience Stores, model pasar raya baharu itu akan diubah menjadi kompleks komersial runcit pintar yang inovatif, yang mana ia membolehkan pengguna bandar masa kini untuk menjamu selera, membeli belah dan berhibur.

Bersama-sama 19 Suning.com Plaza dan 16 Suning Plaza sedia ada, Suning kini memiliki dan mengendalikan 72 kompleks membeli belah yang membentuk sistem kompleks runcit pintar kendalian sendiri yang terbesar di China.

Existing Suning.com Plaza in Nanjing, China
Existing Suning.com Plaza in Nanjing, China

Sebagai penjual pintar omnisaluran yang terkemuka di China, Suning.com sentiasa komited untuk membina ekosistem runcit senario penuh secara dalam talian dan luar talian bagi mencipta pengalaman membeli belah yang pelbagai yang dapat dilihat dan sedia berkhidmat kepada pengguna pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Suning.com Plaza akan menghubungkan kaedah pembayaran kewangan Suning dan menyediakan perkhidmatan penyerahan tiga kilometer percuma Suning Logistics. Ia juga akan melabur dalam keupayaan rantaian bekalan domestik dan luar negara untuk membawa masuk jenama-jenama terkini dan berkolaborasi dengan pembeli-pembeli fesyen popular, bagi memberikan pengalaman penetap trend kepada pengguna.

Pada Mac 2019, Suning menandatangani satu perjanjian strategik dengan Italy Trade Agency untuk mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua pihak bagi memperkenalkan jenama-jenama Itali yang berkualiti ke dalam pasaran Cina untuk platform-platform dalam talian dan luar talian Suning yang hebat. Ia dilihat sebagai langkah penting buat Suning untuk meningkatkan lagi keupayaan rantaian bekalan luar negaranya, mengkhusus dalam kategori fesyen dan barangan am.

Sementara itu, kelebihan saluran-saluran dalam talian dan luar talian Suning akan terus ditingkatkan dalam Suning.com Plaza, yang mana pengguna akan dapat menikmati perkhidmatan mudah yang komprehensif dan pelbagai disokong oleh Suning Big Data. Pengalaman membeli belah yang lancar, mudah dan cekap dapat dicapai melalui penyelesaian runcit pintar dan pemasaran tepat yang diperibadikan untuk sesiapa sahaja dan semua orang.

Menerusi sistem runcit pintar miliknya sebagai terasnya, Suning akan membawakan inovasi bermaklumat dan komprehensif digital kepada Suning.com Plaza baharu, memanfaatkan keupayaan teknologi hebatnya seperti pembelajaran data, kecerdasan buatan dan IoT bagi mempercepatkan pendigitalan pengurusan operasi untuk pasar raya tradisional bagi tujuan meningkatkan pengalaman perkhidmatan keseluruhan dan keuntungan industri, membina semula model pengalaman persekitaran yang lebih sejajar dengan konsep serta tabiat penggunaan semasa.

Pada Februari 2019, Suning mengumumkan pemerolehan kesemua Wanda Department Stores di seluruh negara, yang dimiliki oleh Wanda Group, pemaju hartanah komersial Cina, bagi meluaskan portfolio runcit dalam bangunannya dan memudahkan rantaian bekalan barangan dalam semua kategori bagi memenuhi kehendak lebih ramai pengguna tempatan dan meningkatkan keuntungan untuk pasaran runcit Cina.

Latar Belakang Suning

Diasaskan pada tahun 1990, Suning Holdings Group ialah salah sebuah perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam di China dan Jepun. Pada tahun 2018, syarikat menduduki tempat kedua dalam kalangan 500 perusahaan milik bukan kerajaan terbaik di China buat tahun ketiga berturut-turut, dengan pendapatan tahunan mencecah RMB 557.875 bilion (kira-kira EUR 69 bilion). Dengan misi "Menerajui Ekosistem Merentas Industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit buat Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya melalui industri-industri vertikal yang pelbagai: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Sukan, Media & Hiburan, dan Pelaburan. Suning.com turut tersenarai dalam Fortune Global 500 bagi tahun 2017 dan 2018.

www.suningholdings.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190516/2469271-1
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190516/2469271-1-a

 

Source: Suning Holdings Group
Keywords: Banking/Financial Service Commercial Real Estate Computer/Electronics Electronic Commerce Real Estate Retail