omniture

Huawei Menang Intersolar AWARD di Intersolar 2019

Huawei
2019-05-18 04:13 607

MUNICH, 18 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Huawei memenangi Intersolar Award di Intersolar 2019 untuk penyongsang pintar siri SUN2000 15-20KTL. Anugerah ini dimenangi hasil daripada tarikan baharu penjenamaan, keselamatan ulung dan pengalaman lebih baik penyongsang tersebut. Penyelesaian PV Pintar Kediaman & Komersial Huawei memperkenalkan teknologi turbo digital buat julung kalinya, dibenamkan dalam teknologi cip dan AI inovatif daripada Huawei bagi membina semula pengalaman pemasangan.

Huawei Menang Intersolar AWARD di Intersolar 2019
Huawei Menang Intersolar AWARD di Intersolar 2019

Penyongsang pintar siri SUN2000 3-20KTL baharu telahpun diberi pengiktirafan atas penyelesaian dan nilai unggulnya untuk pelanggan. "Menerusi kemenangan Intersolar Award, tumpuan Huawei terhadap inovasi diiktiraf sekali lagi," kata Matthias Wagner daripada Huawei.

Huawei Menang Intersolar AWARD di Intersolar 2019
Huawei Menang Intersolar AWARD di Intersolar 2019

Intersolar Award 2019 

Penciptaan Pandangan Fizikal Modul Auto <5 saat oleh Pengecaman Imej AI: Pengenalpastian Imej templat susun atur modul melalui Aplikasi penempahan untuk mencipta susun atur fizikal modul bagi tujuan pengawasan dengan pantas.

Huawei Menang Intersolar AWARD di Intersolar 2019
Huawei Menang Intersolar AWARD di Intersolar 2019

Perpasangan Pengoptimum <1.5 minit melalui Prestasi Cip Set Berkuasa: Huawei mula memperkenalkan penyongsang pintar dengan cip set Hisilicon terbina dalam, membolehkan penyongsang berkomunikasi dengan pengoptimum lebih pantas dan lebih andal berbanding sebelum ini.

Huawei Menang Intersolar AWARD di Intersolar 2019
Huawei Menang Intersolar AWARD di Intersolar 2019

Keselamatan unggul: AFCI Dikuasakan AI untuk mengurangkan risiko kebakaran dengan proaktif. Huawei AFCI (Penyampuk Litar Rosak Arka) boleh mengesan dan mengesahkan pengarkaan DC dengan tepat dan pemberhentian penyongsang hanyalah dalam masa 2 saat bagi menjamin keselamatan pemilik PV.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh perunding global IHS Markit, Huawei tersenarai sebagai No.1 di seluruh dunia bagi penghantaran penyongsang selama empat tahun berturut-turut, dari tahun 2015 hingga 2018. Intersolar Europe berlangsung dari 15 hingga 17 Mei di Munich, Jerman. Huawei mempamerkan Penyelesaian PV Pintar FusionSolar di reruai B3.310. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://solar.huawei.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190516/2469347-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190516/2469347-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190516/2469347-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190516/2469347-1-d

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Oil/Energy Telecommunications Telecommunications Equipment Utilities Awards Trade show news