omniture

Huobi Jadikan Hari Pizza Bitcoin Hari Huobi Prime Dengan Sehingga 50% Diskaun Bitcoin & Pelancaran Prime 3

Huobi sambut ulang tahun penting dengan beberapa aktiviti tahun ini.
Huobi Global
2019-05-21 21:28 258

SINGAPURA, 21 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Hampir sembilan tahun yang lalu pada 22 Mei 2010, pembangun program Laszlo Hanyecz yang berpangkalan di Florida membuat sejarah kritikal ketika dia berjaya menukar 10,000 Bitcoins dengan peminat Bitcoin awal untuk dua pizza. Dengan BTC bernilai $ 0.003 pada masa itu, pizza itu berharga kira-kira USD $30. Di bawah harga hari ini, mereka akan bernilai lebih USD $70 juta dan Hari Pizza Bitcoin telah menjadi tradisi komuniti kripto yang sangat digemari.

Huobi Prime Day will be offering 50% off BTC on Prime
Huobi Prime Day will be offering 50% off BTC on Prime

Huobi Global akan mendukung tradisi itu pada 22 Mei dengan pelbagai inisiatif, termasuk pelancaran Token Hak Rizab (RSR) Reserve Protocol melalui platform pelancaran syiling premium Huobi Prime. Kami juga akan menjadi tuan rumah jualan istimewa Bitcoin yang menawarkan harga diskaun sehingga 50% daripada nilai pasaran *.

"Hari Pizza Bitcoin ialah Hari Prime tahun ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Huobi Global, Livio Weng mengenai promosi BTC. "Ia bermula sebagai jenaka bahawa kami akan menyenaraikan Bitcoin melalui Prime tetapi saya terus terfikir, apakah cara yang lebih baik untuk memperingati Prime 3 dan meraikan Hari Pizza? Ayuh kita laksanakan!"

Promosi Hari Pizza: 

Huobi akan menyediakan Bitcoin bernilai 1.5 juta * USDT kepada pengguna dalam dua pusingan dagangan istimewa pada 22 Mei, bermula pada 18:00 (GMT +8). Pada pusingan pertama, 20% daripada jumlah bekalan Bitcoin akan ditawarkan kepada pengguna pada 50% harga pasaran *. Pada pusingan yang kedua, baki 80% Bitcoin akan disediakan kepada pengguna pada 12% harga pasaran *. Pusingan pertama ialah pusingan siapa cepat, dia dapat, dan pada pusingan kedua, semua pesanan yang layak akan dipenuhi sebahagiannya melalui pemadanan sistem terlaras. "Dalam erti kata lain, semua pengguna yang layak dalam pusingan kedua akan mendapat sekurang-kurangnya beberapa BTC yang mereka cari," kata Ross Zhang, Ketua Pemasaran untuk Huobi Group. "Saya mahu memberi amaran kepada orang ramai - kami menjangkakan permintaan yang sangat tinggi, oleh yang demikian anda memerlukan tuah dan kepantasan dalam pusingan pertama. Selain itu, sesiapa yang masuk ke pusingan kedua dengan jangkaan bahawa keseluruhan pesanan mereka akan dipenuhi perlu memperbetulkan jangkaan mereka. "

Terdapat beberapa cara untuk melayakkan diri. Pengguna yang memegang sekurang-kurangnya 1000 Token Huobi (HT), token asal kami di Huobi Global, sepanjang tujuh hari sebelum pelancaran (15 Mei hingga 21 Mei) layak menyertai. Pengguna yang mempunyai pegangan purata harian sebanyak 20000 atau lebih USDT atau nilai yang sama dalam BTC, NEW, TT, atau TOP juga boleh mengambil bahagian.

Huobi juga menganjurkan beberapa aktiviti lain yang berkaitan dengan Bitcoin, termasuk memberikan 1 BTC pada harga asal Hari Pizza Bitcoin ($ 0.0031) kepada seorang pengguna bertuah dan banyak lagi.

Untuk peraturan dan butiran lengkap: https://huobiglobal.zendesk.com/hc/en-us/articles/360000271862-Huobi-Global-will-Launch-Special-Prime-Trading-Project-Bitcoin-BTC-on-May-22-2019

Pelancaran Huobi Prime 3 – Token Hak Rizab (RSR) 

Intipati Hari Huobi Prime ialah pelancaran RSR pada Huobi Prime, yang merupakan token sokongan bagi Rizab projek perkhidmatan-bayaran-menerusi-rantaian-blok. Projek ini mempunyai penyokong seperti pengasas bersama PayPal Peter Thiel, Pengerusi Y Combinator Sam Altman, Ran Neuner, dan Mike Arrington TechCrunch, serta pasukan pengasas termasuk bekas ahli Google, Tesla, OpenAI, IBM, MIRI dan Impossible Foods. RSR direka untuk mengekalkan kestabilan token Rizab syiling stabil bersandar-USD (RSV) Reserve. Misi projek keseluruhan adalah untuk membina simpanan nilai sejagat - terutama di kawasan dengan infrastruktur perbankan yang tidak andal dan/atau di mana inflasi merupakan isu utama.

Dagangan juga akan berlangsung selama dua pusingan untuk pelancaran RSR. Sama seperti jualan BTC istimewa kami, 20% daripada token RSR pada Prime akan ditawarkan kepada pengguna dalam pusingan pertama pada asas siapa cepat, dia dapat dan 80% daripada token RSR pada Prime akan diedarkan kepada pengguna dalam pusingan kedua melalui pemadanan sistem yang terlaras.

Untuk memenuhi syarat, pengguna perlu memegang sekurang-kurangnya 1,000 HT antara 15 Mei dan 21 Mei.

Dagangan pada Huobi Prime 3 akan bermula pada pukul 20:00 (GMT + 8) pada 22 Mei. Harga RSR akan dihadkan pada 1RSR = $ 0.0006 untuk pusingan pertama dan 1RSR = $ 0.0011 pada pusingan yang kedua.

"Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Reserve untuk pelancaran Prime ketiga kami, terutamanya untuk Hari Prime," kata Weng.

Untuk peraturan dan butiran lengkap Prime 3: https://huobiglobal.zendesk.com/hc/en-us/articles/360000266501-Huobi-Global-will-Launch-Third-Prime-Trading-Project-Reserve-Protocol-on-May-22-2019

Penafian: Huobi Prime tidak akan, dalam apa jua keadaan, membuat ramalan harga atau perwakilan mengenai ciri-ciri pelaburan aset. Huobi Prime tidak akan memberikan apa-apa nasihat perdagangan atau kewangan dan pengguna Huobi Prime harus menjalankan analisis bebas termasuk, jika sesuai, mengambil nasihat undang-undang, cukai dan kewangan pihak ketiga. Huobi Prime adalah terhad kepada pengguna dari bidang kuasa di mana perdagangan aset digital adalah aktiviti yang dibenarkan dan tiada sekatan pengawalseliaan dikenakan.

*Nilai pasaran akan ditentukan sebagai harga purata pasangan dagangan HT/BTC antara 22 Mei 2019, 16:45:00 hingga 17:45:00.

Latar Belakang Huobi: 

Terdiri daripada sepuluh perusahaan huluan dan hiliran, Huobi Group ialah syarikat rantai blok terkemuka di dunia. Ditubuhkan pada 2013, perolehan terkumpul Huobi Group melebihi $1 trilion. Ia dengan bangga menyediakan perkhidmatan dagangan dan pengurusan aset mata wang kripto yang selamat, terjamin, dan mudah kepada berjuta-juta pengguna di lebih 130 negara. Ketahui lebih lanjut di www.hbg.com 

Untuk pertanyaan sila hubungi: jiayi li, +65 92295769, media@huobi.com 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190520/2471084-1

Source: Huobi Global
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Blockchain Financial Technology