FOSHAN, China, 22 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Country Garden Holdings (02007.HK), sebuah syarikat pembangunan hartanah Cina yang terkemuka, mendaki ke kedudukan 129 dalam edisi 2019 bagi senarai Forbes Global 2000 yang dikeluarkan oleh majalah perniagaan terkemuka Forbes pada petang 16 Mei 2019. Ini menandakan tahun kesepuluh berturut-turut pemaju hartanah Cina ini berjaya tersenarai dengan kedudukan yang semakin bertambah baik dalam setiap senarai sejak sepuluh tahun lalu.
Bersama-sama Forbes Fortune 500, kedua-dua senarai berkenaan merupakan badan berkuasa yang terbukti bagi senarai kedudukan syarikat global. Syarikat-syarikat tersenarai yang terbesar dan paling hebat di dunia diiktiraf berdasarkan empat petunjuk utama: jualan, keuntungan, jumlah aset dan nilai pasaran.
Paling ketara, sejumlah 309 syarikat Cina dimasukkan dalam senarai Global 2000, lima daripadanya tersenarai dalam kedudukan sepuluh teratas, yang menunjukkan pencapaian luar biasa oleh firma-firma berpangkalan di China. Khususnya, dengan jumlah aset sebanyak US$237.4 bilion dan nilai pasaran US$35.2 bilion, Country Garden mendaki 14 anak tangga untuk menduduki kedudukan 129 pada tahun 2019, meneruskan penambahbaikan berterusan firma hartanah ini dalam senarai kedudukannya sejak penampilan pertama dalam senarai berkenaan pada tahun 2010, lalu menjadi bukti kepada momentum pertumbuhan mantap firma ini.
Sekali lagi Country Garden muncul dalam kalangan Fortune 500, lalu menjadi salah sebuah syarikat dalam senarai tersebut yang telah menyaksikan penambahbaikan terbesar dalam kedudukan mereka sejak beberapa tahun lalu. Di samping itu, firma hartanah ini turut dimasukkan dalam senarai Brand Finance Global 150 bagi tahun 2019 dan senarai 50 Terbaik Jenama-Jenama Cina Paling Bernilai BrandZ™, antara senarai kedudukan utama yang lain.
Menurut penyata kewangan Country Garden bagi tahun 2018, syarikat mengalami pertumbuhan mantap meskipun berlaku kemerosotan dalam pasaran hartanah Cina keseluruhan dan dasar-dasar yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Cina yang bertujuan untuk menghentikan aktiviti pasaran. Country Garden mencapai jualan kontrak sebanyak 501.88. bilion yuan (kira-kira US$72.2 bilion) tahun lalu, memperlihatkan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 31.25 peratus. Syarikat mencatatkan pendapatan sebanyak 379.08 bilion yuan (kira-kira US$54.5 bilion), meningkat 67.1 peratus berbanding tahun sebelumnya. Keuntungan kasar mencecah 102.48 bilion yuan (kira-kira US$14.7 bilion), meningkat 74.3 peratus berbanding tahun sebelumnya manakala keuntungan bersih mencatatkan nilai 48.54 bilion yuan (kira-kira US$6.9 bilion), meningkat 68.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Di samping pertumbuhan jualan yang kukuh dan peningkatan yang mantap dalam keuntungan, kadar penukaran jualan kontrak kepada tunai oleh syarikat mencecah 91 peratus pada tahun 2018 dengan nisbah pinjaman bersih menurun 7.3 mata peratusan berbanding tahun sebelumnya kepada 49.6 peratus. Di samping itu, dengan baki tunai kira-kira sebanyak 242.54 bilion yuan (kira-kira US$34.9 bilion), firma mencatatkan aliran tunai operasi bersih yang positif untuk tahun ketiga berturut-turut, memperlihatkan keupayaan kukuhnya untuk mengurus risiko.
Beberapa institusi kewangan terkemuka termasuk J.P. Morgan, Goldman Sachs, BOC International dan BNP Paribas memberikan Country Garden dengan penarafan "beli" melihatkan pertumbuhan kukuh syarikat.
China International Capital Corporation mengesahkan lagi penarafan "beli" untuk Country Garden berdasarkan rizab tanah yang mencukupi milik syarikat, kecekapan pelaksanaan yang kukuh dan juga portfolio yang cemerlang. Firma hartanah ini menjangkakan untuk melihat peningkatan berterusan dalam kedua-dua jualan serta keuntungan pada tahun ini.
Sejak separuh kedua tahun lalu, Country Garden telah menumpu pada peningkatan kualiti operasi sambil mengekalkan kadar peluasan sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjangnya untuk mengekalkan ketekalan operasi. Pada tahun 2019, dengan hartanah, pertanian moden dan robotik sebagai tiga perniagaan utama, syarikat merancang untuk mengukuhkan tahap kolaborasi bersama rakan-rakan kongsinya dan mempromosikan penyepaduan serta transformasi perniagaan sebagai langkah untuk meningkatkan daya saingnya yang komprehensif, dengan tujuan untuk membuat sumbangan yang lebih besar kepada masyarakat dengan mencipta nilai sosial dan juga ekonomi.