omniture

HKUST dan WeBank Lancar Makmal Bersama HK-Guangdong Pertama dalam Perbankan

WeBank
2019-05-23 08:36 596

HONG KONG, 23 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Pada 20 Mei, Hong Kong University of Science and Technology (HKUST) dan WeBank Co. Ltd (WeBank) mengumumkan bahawa kedua-duanya menubuhkan Makmal Bersama HKUST-WeBank bagi meneroka teknologi terkini dan memupuk bakat. Kolaborasi ini turut berperanan sebagai platform inovasi kolaboratif bertaraf tinggi untuk perusahaan, universiti dan institut penyelidikan serta bagi mempromosikan pemindahan pengetahuan di bawah Rangka Kerja Pembangunan GBA.

Upacara Penandatanganan
Upacara Penandatanganan

Sebagai bank persendirian pertama dengan infrastruktur digital sahaja di China, makmal bersama ini bukan sahaja merupakan kolaborasi penyelidikan pertama WeBank bersama universiti tempatan di Hong Kong, ia juga merupakan projek makmal perbankan bersama yang pertama antara Guangdong dan Hong Kong. Menurut perjanjian, jawatankuasa saintifik akan ditubuhkan bagi mengenal pasti projek-projek yang paling relevan untuk kedua-dua pihak, meliputi bidang-bidang termasuk pembelajaran mesin, rantaian blok, operasi AI dan perlombongan data untuk usaha niaga penyelidikan yang mendalam.

Tetamu-tetamu yang merasmikan hari ini di upacara ini termasuk Prof. Wei SHYY, Presiden HKUST; Prof. Lionel NI, Provos HKUST; En. David KU, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif WeBank; En. LI Nanqing, Presiden WeBank; Prof. Tim CHENG, Dekan Kejuruteraan di HKUST dan Ketua Makmal Bersama HKUST-WeBank; En. YANG Qiang, Ketua Pegawai AI WeBank dan Pengerusi Profesor untuk Sains Komputer dan Kejuruteraan di HKUST. Perjanjian ini ditandatangani oleh Prof. Nancy IP, Naib Presiden untuk Penyelidikan dan Pembangunan HKUST dan En. Henry MA, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Maklumat WeBank.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif WeBank David Ku berbesar hati untuk bekerjasama dengan HKUST, "Makmal bersama ini ialah lambang kerjasama antara HKUST dan WeBank. Berfikiran terbuka, bersumber terbuka dan kolaboratif, makmal ini akan berakar umbi dalam GBA dan merebut peluang pembangunannya serta mendepani dunia. Makmal ini membayangkan satu kolaborasi yang inklusif dengan semua kategori rakan kongsi berpotensi dalam memacu algoritma Teknologi Kewangan yang mendasarinya serta penyelidikan teknologi. Kami berharap dapat melihat lebih banyak senarai tindakan dan model perniagaan inovatif yang dapat menangani masalah-masalah sedia ada PKS dan pelanggan runcit."

Presiden HKUST Prof. Wei Shyy turut melahirkan rasa gembira beliau. "Dalam era inovasi disruptif, sains, teknologi, kreativiti perniagaan, berserta pendekatan bertumpu insan merupakan elemen-elemen penting bagi memajukan pembangunan sosioekonomi. Hong Kong, sebagai sebuah bandar yang progresif malah yang terkemuka di dunia, ideal untuk platform kolaboratif sedemikian. HKUST memulakan kolaborasi dengan WeBank tahun lalu untuk analisis pendapat umum dan pencegahan penggubahan wang haram bagi meningkatkan prestasi bank serta kebolehannya dalam mengendalikan krisis. Saya berharap dengan keupayaan penyelidikan HKUST dan pengalaman WeBank dalam mengaplikasikan teknologi inovatif dalam industri perbankan tanah besar, kami akan berupaya membangunkan teknologi perbankan baharu untuk dipindahkan ke dalam produk dengan kesan sosial apabila kolaborasi kami menjadi semakin mendalam," kata beliau.

Beberapa topik penyelidikan yang mungkin dibawakan untuk makmal bersama ini termasuk: bagaimana untuk melindungi privasi data tatkala berkongsi sumber dan bagaimana untuk mewujudkan konsortium rantaian blok atau mengaplikasikan teknologi baharu seperti model perniagaan yang kolaboratif. Makmal ini akan berusaha untuk meningkatkan keupayaan pengurusan risiko bank dengan memantau urus niaga bank dan membantu pegawai-pegawai dalam analisis risiko serta kerja-kerja penyelenggaraan sistem melalui pembelajaran mesin dan perlombongan data. Ia akan turut berusaha untuk meningkatkan pembangunan industri perbankan melalui Teknologi Kewangan dan teknologi terkini yang lain. Sembilan cadangan penyelidikan telahpun dihantar kepada makmal bersama setakat ini dalam bidang-bidang rantaian blok, pengurusan risiko dan AI.

Latar Belakang WeBank Co. Ltd
WeBank dimulakan oleh Tencent dan dilancarkan secara rasmi pada 16 Disember 2014, menjadi bank pertama dengan hanya infrastruktur digital di China yang mempromosikan kewangan inklusif. Setakat ini, WeBank melancarkan produk mikropinjaman peribadi ("Weilidai") dan produk pinjaman PKS ("Weiyedai"), antara banyak produk lain yang hanya terdapat dalam talian, dengan lebih 100 juta pelanggan jualan dan lebih 500 ribu pelanggan PKS setakat tahun 2018. WeBank juga telah menggunakan sistem perbankan teras teragih yang pertama di China, berupaya untuk mengendalikan urus niaga bervolum tinggi dan berfrekuensi tinggi. Ia telah memohon 234 paten teknologi secara keseluruhan. WeBank teguh menerima teknologi 'ABCD' (A.I., Rantaian Blok, Pengkomputeran Awan, Data Raya) sebagai tumpuan strategiknya dan merupakan peneraju aktif dalam penyelidikan dan aplikasi berkaitan mereka dalam sektor kewangan.

Latar Belakang Hong Kong University of Science and Technology 
Hong Kong University of Science and Technology (HKUST) (www.ust.hk) ialah sebuah universiti penyelidikan bertaraf dunia yang menumpu pada sains, teknologi dan perniagaan selain kemanusiaan dan sains sosial. HKUST menawarkan kampus antarabangsa, dan pedagogi holistik dan antara bidang bagi memupuk para siswazah yang sempurna pendidikannya dengan wawasan global, semangat keusahawanan yang mantap serta pemikiran yang inovatif. HKUST memperoleh proposisi tertinggi bagi hasil kerja penyelidikan yang cemerlang di peringkat antarabangsa dalam Latihan Penilaian Penyelidikan 2014 Jawatankuasa Geran Universiti Hong Kong dan disenaraikan sebagai universiti baharu terbaik di dunia dalam Senarai Kedudukan Universiti Baharu Times Higher Education 2018. Para siswazahnya menduduki tempat ke-16 di seluruh dunia dan kedudukan teratas di Rantau Besar China dalam Tinjauan Kebolehpekerjaan Universiti Global 2018.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190520/2471781-1

Source: WeBank
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Education Higher Education Joint ventures Licensing/marketing agreements Financial Technology