omniture

Wowstar Creative Entertainment Umum Pelaburan Strategik Dalam Blokbuster Aksi Antikeganasan Bandar "Shock Wave 2"

Wowstar Creative Entertainment Co., Ltd.
2019-05-23 12:02 483

HONG KONG, 23 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Wowstar Creative Entertainment, salah sebuah syarikat hiburan dan persembahan pelbagai yang paling pesat berkembang di rantau Asia Pasifik, baru-baru ini mengumumkan pelaburan strategiknya dalam blokbuster aksi antikeganasan bandar Shock Wave 2, diterbitkan dan dibintangi oleh Andy Lau. Selain Andy Lau, selaku pelakon utama, filem ini turut dibintangi oleh Sean Lau dan Ni Ni, bagi memantapkan kekuatan dan populariti barisan pelakon.

Foto Akhbar Sidang Media Shock Wave 2
Foto Akhbar Sidang Media Shock Wave 2

Gloria Wei, Ketua Pegawai Eksekutif Wowstar Creative Entertainment, menghadiri sidang media ringkasan filem Shock Wave 2 di Hong Kong baru-baru ini. Di sidang media tersebut, beliau menyebutkan tentang pelaburan yang dibuat dengan berkata: "Kami berasa sangat gembira kerana berpeluang untuk mengambil bahagian dalam penerbitan Shock Wave 2, sebuah filem untuk pasaran Cina global, dalam bentuk pelaburan bersama. Filem ini merupakan bahagian yang amat penting untuk portfolio Wowstar Creative Entertainment tatkala firma tersebut berkembang menjadi sebuah syarikat hiburan bertaraf dunia. Menuju ke hadapan, kami merancang untuk berkolaborasi dengan lebih ramai rakan industri untuk bersama-sama menerbitkan dan mengeluarkan lebih banyak filem yang dapat menggamit perhatian khalayak Cina dan bukan Cina melalui penyepaduan sumber, dengan matlamat untuk membawakan kegembiraan, memenuhi impian dan menyediakan pengalaman hiburan yang hebat kepada lebih ramai orang."

"Wowstar Creative Entertainment mempunyai pasukan utama yang terdiri daripada veteran-veteran daripada industri-industri berbeza," kata Harry Wang, Pengarah Penjenamaan dan Pemasaran Global Wowstar Creative Entertainment. "Kami berharap dapat berkongsi pemahaman kami tentang inovasi, hiburan, teknologi dan pemasaran baharu selain sumber yang kami miliki dalam sektor-sektor perniagaan berbeza, bersama lebih ramai orang dalam industri filem dan hiburan, agar dapat mencipta lebih banyak peluang baharu bagi tujuan pembangunan dan lebih nilai untuk pemegang saham kami," tambah beliau.

Shock Wave 2 diterbitkan oleh Universe Entertainment Ltd. dan Beijing Alibaba Pictures Co., Ltd., diterbitkan bersama Wowstar Creative Entertainment Co., Ltd., Guangzhou Yingming Culture Communication Co., Ltd., L.R. Culture & Media Group dan Yingyi Entertainment Co., Ltd. Filem ini, disokong oleh pelaburan sebanyak lebih 280 juta yuan diarahkan dan dibintangi oleh Andy Lau, serta turut diarahkan oleh Herman Yau, dengan Sean Lau, Ni Ni, Tse Kwan Ho, Ma Yuke, Philip Keung dan Timmy Hung sebagai watak-watak utama. Filem ini menjalani penggambaran di dalam banyak bangunan ikonik Hong Kong dan kini dalam peringkat pascapenerbitan yang dijangka mengambil masa selama 10 bulan. Nantikan ia.

Latar Belakang Wowstar Creative Entertainment Co., Ltd.

Ditubuhkan pada tahun 2018, Wowstar Creative Entertainment ialah salah sebuah syarikat hiburan yang pesat berkembang di rantau Asia Pasifik yang mengkhusus dalam perniagaan hiburan yang pelbagai bermula dengan konsert, persembahan muzik dan hiburan secara langsung, pengurusan artis, kepada penerbitan dan pengedaran filem, televisyen, komersial.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti kami di: fb.com/WowstarCreativeEntertainment/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190517/2470587-1 

Source: Wowstar Creative Entertainment Co., Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Film & Motion Picture