omniture

ISLE 2020 Dipertingkat bakal diadakan di Pusat Pameran Baharu Shenzhen dengan Penyelesaian Sehenti LED dan Papan Tanda

International Signs and LED Exhibition
2019-05-24 03:34 548

GUANGZHOU, China, 24 Mei 2019 /PRNewswire/ -- ISLE (ISLE 2020, atau "Pameran"), acara perdagangan LED & Papan Tanda Antarabangsa terbesar Asia akan diadakan pada 24-27 Februari, 2020 di Shenzhen, pangkalan pengeluaran LED China dan salah satu hab inovasi teknologi dunia. Ia bakal dianurkan di Pusat Pameran & Konvensyen Dunia Shenzhen (Shenzhen World), kompleks pameran baharu di bandar itu dan terletak dalam jarak 30 minit pemanduan ke kebanyakan kilang LED utama China, ISLE 2020 akan membolehkan para pembeli global untuk mencapai pembelian yang cekap dengan penyelidikan kilang yang mudah pada platform sehenti.

ISLE 2020 Dipertingkat bakal diadakan di Pusat Pameran Baharu Shenzhen
ISLE 2020 Dipertingkat bakal diadakan di Pusat Pameran Baharu Shenzhen

"ISLE 2019 menyaksikan kejayaan besar dari segi skala dan bilangan peserta. Secara keseluruhan, lebih daripada 250,000 pelawat dan 1,365 pempamer mengambil bahagian, menemui peluang perniagaan dan berkongsi pengetahuan industri. Peningkatan pembeli antarabangsa, yang meningkat sebanyak 10 peratus pada 2019 , memcerminkan pertumbuhan industri secara keseluruhan," kata Li Yingjie, Ketua Pegawai Eksekutif ISLE, "Kami telah menyaksikan kejayaan besar ISLE 2019 dan menganjurkan ISLE 2020 di Pusat Pameran & Konvensyen Dunia Shenzhen (Shenzhen World) bermaksud kawasan pameran yang lebih besar, dan lebih dekat dengan banyak kilang. Kawasan pameran seluas 160,000 meter persegi ini membolehkan kami membawa lebih banyak pameran dan wawasan yang lebih baik kepada industri, dan kami berharap untuk menarik lebih ramai pelawat profesional di ISLE 2020. "

Acara empat hari ini akan mempamerkan teknologi paparan skrin, sistem bersepadu audio-visual, LED & papan tanda daripada lebih 2000 pempamer, membawa pengalaman mendalam kepada pembeli global.

Kemuncak pameran 2020 ialah pengenalan enam kawasan pameran bersegmen, masing-masing menyediakan penyelesaian paparan untuk pelbagai senario perniagaan: bandar pintar, runcit baharu, kampus pintar, hiburan pan, muzium & pawagam digital, keselamatan dan aliran maklumat.

ISLE 2020 menangani rantaian industri lengkap dan merangkumi rangkaian bekalan huluan dan hiliran industri paparan komersial, sistem bersepadu audio-visual, LED dan papan tanda. Peneraju industri seperti Absen, Unilumin, Hikvision, Aoto Electronics dan Ledman telah menempah reruai pameran besar di ISLE 2020, hasil daripada kawasan pameran yang lebih besar yang disediakan oleh Shenzhen World yang baru dibina ini.

ISLE 2020 juga akan menganjurkan lebih daripada 30 persidangan dan forum dengan kerjasama rakan kongsi termasuk Cawangan Aplikasi LED Persatuan Pembuatan Optik dan Optoelektronik, Institut Rekaan Pentas China dan Persatuan Kerajaan Elektronik Wilayah Guangdong; mengumpul 110+ profesional industri untuk berkongsi pandangan mengenai 11 topik hangat industri.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: http://en.isle.org.cn/

Latar Belakang ISLE 

Pameran Antarabangsa Teknologi Paparan Skrin Besar, Sistem Integrasi Kecerdasan Audio-Visual, Papan Tanda & LED (ISLE), yang dianjurkan oleh Canton Fair Advertising Co., Ltd., China Foreign Trade Guangzhou Exhibition General Corp dan China Entertainment Technology Association, merupakan platform penyelesaian rantaian industri bersepadu sepenuhnya untuk profesional dalam LED, paparan komersial, sistem audio-visual dan papan tanda. ISLE telah diadakan di Kompleks Pameran Canton di Guangzhou dan akan dipamerkan di Shenzhen World bermula dari tahun 2020.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190521/2473087-1

Source: International Signs and LED Exhibition
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Retail Trade show news Future Events