omniture

Maraton Borobudur 2019: Cipta Sinergi dan Harmoni menerusi Larian

PT Kompas Media Nusantara
2019-05-27 09:49 466

JAKARTA, Indonesia, 27 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Akhbar terkemuka Indonesia, Kompas Daily, bersama dengan bank serantau Jawa Tengah, Bank Jateng dan Pemerintah Provinsi Jawa Tengah kembali dengan Maraton Borobudur 2019, yang akan berlangsung pada 17 November 2019 di Kompleks Taman Lumbini, Candi Borobudur, Magelang, Jawa Tengah.

 Imagine running admist the chilly, fresh air of Borobudur
Imagine running admist the chilly, fresh air of Borobudur

Candi Borobudur telah lama menjadi warisan dunia dan berjuta-juta orang melawat kuil buddha terbesar di dunia setiap tahun. Bandar Magelang yang mengelilinginya sama indah dengan keramahan Jawa yang mesra. Candi Borobudur dibina tanpa alat yang canggih, tetapi ia berdiri teguh sepanjang masa sebagai simbol keamanan dan keharmonian.

Maraton Borobudur 2019 menyediakan pengalaman unik untuk mengalami Magelang dan meraikan budaya Jawa menerusi larian. Selama bertahun-tahun, ia juga telah membawakan pembangunan ekonomi kepada ekonomi tempatan. Tema perlumbaan tahun ini adalah Sinergi dan Harmoni, yang mengambil inspirasi daripada budaya tempatan Jawa yang menghormati setiap orang dengan hidup bersama-sama dalam mewujudkan sinergi dan mencari keharmonian.

"Sepanjang perjalanan, keghairahan penduduk tempatan yang bersorak memberikan saya tenaga, saya tidak merasa lelah sepanjang larian, saya benar-benar menikmatinya dan dapat memberi tumpuan sehingga garisan penamat. Penduduk tempatan yang memberikan semangat adalah luar biasa walaupun dalam cuaca yang hangat," kata Judhi, mengenai acara Borobudur Marathon tahun lepas.

Pendaftaran undian Maraton Borobudur 2019 dibuka pada 1 Mei 2019 dan ditutup pada 31 Mei 2019 jam 11.59 malam (waktu Jakarta), pelari boleh mendaftar melalui borobudurmarathon.com. Maraton Borobudur 2019 dibuka untuk pelari Indonesia dan antarabangsa.

"Orang-orang tempatan yang sangat bersemangat dengan tarian dan lagu-lagu tradisional. Tidak lupa juga juadah dari penduduk setempat seperti teh panas, makanan ringan dan buah-buahan dari halaman rumah mereka. Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka, saya dapat menyudahkan larian kerana mereka," kata Igung Putu tentang perkara yang menjadikan Maraton Borobudur suatu acara yang tidak dapat dilupakan.

Pelari juga boleh mendaftar untuk Maraton Borobudur 2019 melalui agen perjalanan rasmi dan Fast Runners Qualifying. Fast Runners Qualifying membolehkan pelari dengan masa tamat yang layak mendapat slot mereka di Maraton Borobudur 2019. Pendaftaran untuk Fast Runners Qualifying telah ditutup pada 15 Mei 2019 dengan keputusan diumumkan pada 19-20 Mei 2019. Walau bagaimanapun, pelari yang berminat masih boleh memohon melalui undi yang akan ditutup pada 31 Mei 2019.

  • Nama pertandingan: Maraton Borobudur 2019
  • Ungkapan pemikat pertandingan: Synergy and Harmony -- Run in Diversity –

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190524/2477324-1                     

Source: PT Kompas Media Nusantara
Keywords: Sports Sports Equipment & Accessories Future Events