omniture

Huawei Terajui Dunia PV Digital di Pameran Solar Filipina 2019

Huawei
2019-05-27 09:51 344

PASAY, Filipina, 27 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Huawei memperkenalkan Penyelesaian PV Pintar Kediaman dan Komersial FusionSolar inovatifnya, serta Penyelesaian PV Pintar FusionSolar 6.0 untuk LCOE yang optimum dengan modul-modul PV dwimuka di Pameran Solar Filipina 2019.

Huawei Terajui Dunia PV Digital di Pameran Solar Filipina 2019
Huawei Terajui Dunia PV Digital di Pameran Solar Filipina 2019

Penyelesaian PV Digital untuk Keselamatan Unggul & Pengalaman Lebih Baik 

Penyongsang Tiga Fasa SUN 2000 5-20KTL & Penyelesaian Pengoptimum Generasi ke-2 375W-P2 membuat kemunculan sulungnya di APAC. Ia akan diaplikasikan untuk senario kediaman serta komersial berskala kecil dan juga atas bumbung industri. Penyongsang ini melaksanakan pelbagai pengesan titik kuasa maksimum (MPPT) bagi memperoleh kuasa maksimum daripada deretan PV.

Huawei Terajui Dunia PV Digital di Pameran Solar Filipina 2019
Huawei Terajui Dunia PV Digital di Pameran Solar Filipina 2019

Penciptaan Pandangan Fizikal Modul Auto <5 saat oleh Pengecaman Imej AI: Pengenalpastian Imej daripada templat susun atur modul melalui penugasan Aplikasi untuk menghasilkan susun atur fizikal modul dengan cepat bagi tujuan pemantauan.

Perpasangan Pengoptimum <1.5 minit melalui Prestasi Cip Set yang Hebat: Huawei memperkenalkan penyongsang pintar dengan cip set Hisilicon terbina dalam, yang dikenali sebagai teknologi turbo digital yang membolehkan penyongsang berkomunikasi dengan pengoptimum dengan lebih pantas dan lebih andal berbanding sebelum ini.

AFCI untuk Mengurangkan Risiko Kebakaran Secara Proaktif: AFCI (Penyampuk Litar Rosak Arka) Huawei dapat mengesan dan mengesahkan pengarkaan DC dengan tepat, penyongsang dihentikan dengan pantas dalam masa 2 saat dan eksport-Sifar bagi menjamin keselamatan pemilik PV.

Diagnosis Lengkung I-V Pintar untuk Semakan Kesihatan Modul Besar-besaran Secara Jarak Jauh: Pengimbasan lengkung I-V deretan penyongsang besar-besaran satu klik dalam sistem pengawasan bagi mengenal pasti modul yang berprestasi rendah dan mengeluarkan laporan diagnosis secara automatik. Tidak perlu pemeriksaan di lapangan

Pemulihan PID untuk Melanjutkan Kitaran Hayat Modul: Penyongsang mengaplikasikan voltan terkawal antara PV- kepada PE untuk meningkatkan voltan deretan ke tanah bagi memulihkan kesan PID Modul.

Menerusi tarikan-tarikan serba baharu, ciri-ciri keselamatan unggul dan pengalaman lebih baik yang disebutkan di atas, penyongsang pintar siri SUN2000 15-20KTL Huawei memenangi Intersolar Award di Intersolar 2019 pada minggu lalu di Munich, Jerman.

Huawei Terajui Dunia PV Digital di Pameran Solar Filipina 2019
Huawei Terajui Dunia PV Digital di Pameran Solar Filipina 2019

Penyelesaian PV Digital untuk LCOE Optimum 

Di acara ini, Huawei turut mendemonstrasikan Penyelesaian PV Pintar FusionSolar 6.0 terkemuka yang meliputi senario-senario berskala utiliti. Penyelesaian ini menyepadukan teknologi maklumat digital dan AI dengan fotovolta dengan teliti.

Hasil 2% Lebih Tinggi, FusionSolar 6.0 + Modul PV Dwimuka: Berbanding penyelesaian biasa, Penyelesaian PV Pintar FusionSolar dengan berbilang-MPPT meningkatkan hasil sebanyak lebih 2% dan kecekapan O&M turut ditingkatkan sebanyak lebih 50%.

Huawei Terajui Dunia PV Digital di Pameran Solar Filipina 2019
Huawei Terajui Dunia PV Digital di Pameran Solar Filipina 2019

Algoritma Penjejakan MPP Pintar Menjurus kepada Hasil yang Lebih Luas, Lebih Pantas & Lebih Tinggi:  Algoritma berbilang puncak berpaten Huawei mencapai penjejakan pada puncak kuasa tertinggi dalam masa 200 milisaat. Dengan 9 MPPT, ia dapat mengurangkan ketakpadanan deretan dengan berkesan.

Diagnosis Lengkung I-V Pintar Mencapai LCOE >8% Lebih Rendah dengan FusionSolar 6.0:

Analisis data raya dapat menemui unit berprestasi rendah secara proaktif, mencapai revolusi daripada penyelenggaraan pasif kepada penyelenggaraan pencegahan yang aktif.

Tambahan pula, aplikasi AI yang selanjutnya mengubah operasi dan penyelenggaraan loji PV ke arah "Pemanduan berautonomi". Sehubungan dengan itu, LCOE (Kos Tenaga Elektrik Terlaras) akan dikurangkan sebanyak lebih 8% yang dapat mempromosikan penaiktarafan pintar yang komprehensif dalam industri PV.

PV Pintar Huawei komited untuk membawakan infrastruktur digital kepada setiap organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh perunding global IHS Markit, Huawei berada di kedudukan No.1 di seluruh dunia bagi penghantaran penyongsang untuk empat tahun berturut-turut, dari tahun 2015 hingga 2018.

Huawei akan terus meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pelaburan pasaran dan akan terus berkongsi pengalaman yang berjaya dan kelebihan teknologi bersama pelanggan kami. Kami mengharapkan semakin ramai rakan kongsi bekerjasama untuk mempromosikan pembangunan pasaran solar di APAC.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190523/2476272-1
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190524/2476272-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190524/2476272-1-c
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190524/2476272-1-d

Source: Huawei
Keywords: Alternative Energies Oil/Energy Utilities Trade show news