omniture

Kehua Dinobat 3 Teratas dalam Pasaran UPS Perindustrian Global Menurut Laporan IHS Markit Terkini

Kehua Hengsheng Co., Ltd
2019-05-27 10:01 442

XIAMEN, China, 27 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Kehua Hengsheng Co., Ltd ("Kehua" atau "syarikat"), penyedia penyelesaian kuasa yang terkemuka di China, telah menyaksikan peningkatan yang ketara dalam bahagian pasaran UPS (Bekalan Kuasa Tanpa Gangguan) perindustrian. Sejak tahun 2017, syarikat ini mengalami pertumbuhan pesat dengan menduduki tempat ketiga dalam pasaran UPS perindustrian global, tempat pertama di Asia dan yang ketiga terbesar di Amerika Latin, menurut satu laporan yang diterbitkan oleh IHS Markit, penyedia maklumat global untuk kerajaan, syarikat multinasional dan pemilik perniagaan kecil-kecilan.

Kehua Crowned Top 3 in the Global Industrial UPS Market According to Latest IHS Markit Report
Kehua Crowned Top 3 in the Global Industrial UPS Market According to Latest IHS Markit Report

"Laporan ini menandakan satu pencapaian penting untuk syarikat yang menunjukkan kecekapan kukuh kami dalam pasaran UPS perindustrian," kata Joey Chen, Pengurus Besar Jabatan Perniagaan Luar Negara Kehua. "Ia merupakan satu pengiktirafan daripada pasaran untuk dedikasi kami terhadap inovasi. Kami akan terus menyediakan perkhidmatan penyelesaian kuasa yang andal, fleksibel dan bertanggungjawab kepada pelanggan kami."

Menjamin kebolehsuaian, keselamatan dan keupayaan beban yang unggul sambil mengekalkan antara muka operasi yang mesra pengguna bagi mengekalkan tahap keandalan dan prestasi yang tinggi dalam keadaan kerja yang teruk, siri UPS perindustrian Kehua digunakan secara meluas dalam projek-projek perindustrian termasuk dalam projek penapisan dan penyepaduan kimia Zhejiang Petrochemical, yang kini sedang dibangunkan dan dianggap sebagai yang terbesar seumpamanya di dunia serta merupakan Tapak Pembuatan asid tereftalik tulen (PTA) yang terbesar di dunia yang dihasilkan oleh Hengli Petrochemical Co.

Sejak berkembang ke dalam bidang infrastruktur pengangkutan, syarikat telah menyokong pelbagai projek di lebih 70 bandar, merentas 100 laluan kereta api dan 50 lapangan terbang, termasuk Panama Metro, projek-projek aliran ringan di Malaysia, projek-projek kereta api di Etiopia, projek-projek terowong trafik di Sweden dan projek-projek berkaitan Lapangan Terbang Antarabangsa Capital Beijing serta Lapangan Terbang Antarabangsa Faleolo Samoa.

Di samping mengambil bahagian dalam projek-projek untuk acara-acara seperti Sukan Olimpik Beijing dan Ekspo Shanghai, Kehua turut menawarkan penyelesaian kepada hospital, membantu pembinaan hospital bandar dan kapal hospital di Myanmar, Sekolah Perubatan Lund University dan juga Hospital Surabaya di Indonesia.

Latar Belakang Kehua 

Menerusi 31 tahun kepakaran dalam pasaran tenaga, mengkhusus dalam Bekalan Kuasa Kritikal, Tenaga Boleh Diperbaharui dan Pusat Data, penyelesaian serta produk Kehua telah menawarkan perkhidmatan kepada pengguna di lebih 100 negara dan wilayah dalam pelbagai industri termasuk kewangan, pengangkutan, pembuatan berat, komunikasi, kerajaan, pendidikan, penjagaan perubatan dan juga tenaga kuasa.

Perhubungan Media:

Lisa Zhang
+86-592-5165883
lisa@kehua.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190523/2476346-1

 

 

 

Source: Kehua Hengsheng Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Utilities Survey, Polls & Research