omniture

Gardner Denver Sediakan Pasaran Akhir Pelbagai dengan Menawarkan Pelbagai Teknologi Krikital-Misi yang luas

Gardner Denver
2019-05-28 14:33 462

SINGAPURA, 28 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Dalam sejarah 160 tahunnya, dari tahun 1859 hingga 2019, Gardner Denver (www.gardnerdenver.com) telah mengalami banyak perubahan. Sebagai pengeluar utama peralatan kawalan aliran kritikal-misi dan mampatan, dan bahagian-bahagian, barangan habis guna dan perkhidmatan selepas jualan yang berkaitan, Gardner Denver mencapai pencapaian penting pada 12 Mei 2017; menjadi IPO ketiga yang berada di Bursa Saham New York. Sepanjang dua tahun kebelakangan ini, Gardner Denver dan kumpulan syarikatnya menumpu kepada tanggungjawab sosial korporat, inovasi teknologi, dan kecemerlangan operasi untuk terus menyokong para pelanggannya, dan mengembangkan lagi kehadirannya di Asia Tenggara.

Tiga Bahagian Perniagaan yang Disokong oleh Jenama Utama

Jenama terkemuka di bawah Gardner Denver
Jenama terkemuka di bawah Gardner Denver

Untuk lebih menyokong para pelanggannya di pelbagai rangkaian akhir, Gardner Denver telah membentuk tiga bahagian perniagaan utama - Kumpulan Industri, Kumpulan Tenaga, dan Kumpulan Perubatan.

Khususnya melayani pembuatan am, pemprosesan makanan, pengangkutan, penjanaan kuasa, perlombongan & pembinaan, dan pasaran akhir alam sekitar; Kumpulan Industri disokong oleh jenama utama dunia seperti CompAir, Elmo Rietschle, Robuschi, Bellis & Morcom, Reavell, dan Wittig. Pada awal tahun 2018, Gardner Denver berbangga untuk mengalu-alukan Runtech, DV Systems, dan MP Pumps ke dalam keluarga jenama kami; ketiga-tiganya melengkapkan jenama sedia ada kami dengan tumpuan yang mantap terhadap teknologi penghembus dan vakum.

Tumpuan utama Kumpulan Tenaga adalah untuk membantu para pelanggan memenuhi permintaan yang semakin meningkat di dunia untuk tenaga. Jenama Gardner Denver, bersama dengan Nash, Garo, Hoffman & Lamson, dan Emco Wheaton menawarkan rangkaian penyelesaian yang lebih selamat, bijak dan lebih mampan untuk pelanggan merentas seluruh spektrum tenaga: huluan, tengah dan hiliran.

Menampilkan Thomas, Welch, Tricontinent, ILS, dan Zinsser Analytic, Kumpulan Perubatan menghasilkan barisan omboh ayunan WOB-L, diafragma, vakum linear, dan pam suntikan makmal yang digunakan secara meluas dalam analisis perubatan, alam sekitar dan makmal. Daripada penjana oksigen kepada peralatan penjujukan gen, kumpulan Perubatan Gardner Denver menawarkan barisan penyelesaian pam berbilang jenama yang matang.

Penyelesaian Inovatif yang Mewujudkan Nilai untuk Industri dan Masyarakat

Setelah membangunkan portfolio produk terkemuka bagi produk kawalan aliran kiritkal-misi, Gardner Denver terus memenuhi komitmennya terhadap tanggungjawab sosial korporat dengan terus melabur bukan sahaja dalam teknologi, tetapi juga dalam masyarakat. Air minuman yang bersih adalah jaminan penting untuk kehidupan dan kesihatan. Di Uganda, salah satu negara termiskin di dunia, pengerudian merupakan satu-satunya cara untuk mendapatkan air minuman bersih. Dengan mendermakan teknologi canggih, Gardner Denver telah dapat membantu komuniti di Uganda mengurangkan masa penggerudian perigi secara drastik, daripada 3-4 hari kepada hanya beberapa jam.

Teknologi seperti bebas minyak, dua peringkat, skru yang dikawal selia dan pemampat udara bearing magnet, penghembus dan pam vakum juga membantu pelanggan kami mengurangkan pelepasan dan meminimumkan atau menghapuskan pencemaran dengan ketara. Pelanggan seperti Bahagian Bahan Prestasi Merck Group, yang membangun dan menghasilkan cat berprestasi tinggi untuk kereta mewah, bergantung kepada produk Gardner Denver untuk membekalkan udara yang bersih dan berkualiti tinggi yang memenuhi tuntutan proses mereka.

Dengan tumpuan kepada teknologi 'bijak' dan 'pintar', banyak industri mengharapkan pengeluar membangunkan produk yang membantu merancang, mengendali, dan menguruskan proses mereka dengan lebih baik. Gardner Denver telah berada di barisan hadapan pergerakan teknologi pintar dengan teknologi IoT pintar iConn. Dengan menyambungkan peralatan di seluruh rangkaian produk menggunakan iConn, Gardner Denver telah membantu pelanggan mencapai pengurusan udara pintar, memanjangkan tempoh jam kerja mesin, dan mengoptimumkan penggantian alatan selepas jualan/ alat ganti dan selang servis penyelenggaraan.

Teknologi IoT Gardner Denver hubungkan semua barisan produknya
Teknologi IoT Gardner Denver hubungkan semua barisan produknya

Sama ada pelanggan mempunyai keperluan aliran serendah 10 meter padu sejam, atau setinggi 100,000 meter padu sejam, portfolio produk Gardner Denver yang luas menawarkan pelanggan pelbagai penyelesaian yang inovatif. Daripada rawatan air sisa, perubatan, pembuatan am, penggerudian, atau pembersihan industri, Gardner Denver memberi tumpuan kepada mencipta nilai untuk pelanggannya dengan proses perniagaan yang diperkemas dan budaya pengurusan prestasi yang tinggi yang membolehkan syarikat menyampaikan teknologi yang semakin maju dan produk yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Gardner Denver membangunkan portfolio produk merentas rantaian nilai.
Gardner Denver membangunkan portfolio produk merentas rantaian nilai.

Latar Belakang Gardner Denver

Gardner Denver (NYSE: GDI) ialah pembekal penyedia terkemuka alatan kawalan aliran dan mampatan kritikal-misi dan bahagian-bahagian, barangan habis guna dan perkhidmatan selepas jualan yang berkaitan yang dijual merentas berbilang pasaran akhir yang menarik dalam industri perindustrian, tenaga dan perubatan. Rangkaian penuh dan luas produk dan perkhidmatan pemampat, pam, vakum dan produk dan perkhidmatan pemampat, bersama dengan kepakaran aplikasinya dan lebih daripada 155 tahun warisan kejuruteraan, membolehkan Gardner Denver menyediakan penawaran produk dan perkhidmatan yang berbeza untuk kegunaan khusus pelanggannya. Gardner Denver menyokong para pelanggannya menerusi jejak geografi global 41 kemudahan perkilangan utama, lebih daripada 30 perkhidmatan pelengkap dan pusat pembaikan di enam benua, dan sekitar 6,700 pekerja di seluruh dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190522/2473125-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190521/2473125-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190522/2473125-1-c

Source: Gardner Denver
Related Stocks:
NYSE:GDI
Keywords: Machinery Mining/Metals