omniture

Jiuye SCM di SIAL China 2019: Terajui dalam Kepesatan Makanan Import dengan Sistem Pengurusan Rantaian Sejuk 'Sehenti'

Jiuye SCM
2019-05-28 20:31 315

SHANGHAI, 28 Mei 2019 /PRNewswire/ -- SIAL China 2019, pameran inovasi makanan yang terbesar di Asia, melabuhkan tirai pada 16 Mei di Shanghai dengan memberikan pempamer serta pengunjung dengan sedikit gambaran tentang pasaran yang berkembang pesat untuk perkhidmatan logistik makanan import dan rantaian sejuk. Jiuye Supply Chain Management ("Jiuye SCM" atau "Syarikat"), penyedia perkhidmatan rantaian sejuk yang terkemuka di China, menyertai pameran selama tiga hari itu menerusi sistem pengurusan rantaian sejuk "sehenti" istimewanya.

Jiuye SCM at 2019 SIAL China: Taking the Lead in the Imported Food Boom with ‘One-stop’ Cold-chain Management System
Jiuye SCM at 2019 SIAL China: Taking the Lead in the Imported Food Boom with ‘One-stop’ Cold-chain Management System

Menurut data daripada iResearch, pada dekad lalu, skala pasaran bagi makanan diimport di China berganda pada kadar tahunan kompaun sebanyak 17.7%. Makanan dan minuman daripada pembekal-pembekal antarabangsa kini sering dilihat di meja makan; kos penggunaan menyumbang sebanyak lebih 10% dalam kalangan separuh pengguna yang disoal selidik.

Lebih 4,300 pempamer dari seluruh dunia menyertai ekspo ini, yang kebanyakannya merupakan pengedar atau ejen untuk produk-produk makanan serta minuman import. Kawasan pertanian dan pengeluaran berjarak jauh di China turut diberi rangsangan, menerusi bahagian kepakaran khususnya; seringkali digambarkan sebagai aset berharga dalam ekonomi tempatan dan kegemaran pengguna di bandar-bandar utama. Untuk produk-produk segar dan sejuk beku daripada pelbagai kategori dalam kalangan produk khusus yang diimport dan domestik, rantaian logistik dan bekalan yang maju dan terurus kekal penting.

Jiuye SCM menyediakan syarikat-syarikat produk segar global dengan perkhidmatan termasuk pergudangan rantaian sejuk, pengangkutan, penghantaran rumah dan sistem pengurusan digital. Sebagai syarikat peneraju yang menyediakan penyelesaian untuk bekalan makanan segar dan sejuk beku, syarikat berkembang menjadi penyedia perkhidmatan pergudangan Rantaian-sejuk B2C domestik pertama dan syarikat logistik rantaian sejuk pihak keempat tempatan yang pertama di China.

Guo Jingqi, Naib Presiden jualan di jabatan rentas sempadan Jiuye SCM, menjelaskan tentang kelebihan dan penemuan inovatif syarikat dalam satu wawancara bersama rakan media di SIAL China 2019. "Jiuye SCM menjaga hasil segar dari ladang ke pintu rumah anda melalui proses pengurusan digital khusus. Perkhidmatan "sehenti" termasuk mengumpul hasil, pengangkutan rantaian sejuk, pergudangan dan penyerahan rantaian sejuk," kata Guo. "Jiuye SCM menggiatkan usaha untuk meningkatkan kemudahan, teknologi dan inovasi kami untuk memastikan "kekal terkawal" dalam setiap butiran dan mencipta perkhidmatan terbaik untuk pelanggan dan pengguna," tambah beliau.

Platform penghantaran B2B Jiuye SCM dikuasakan oleh 30 "gudang awan", lengkap dengan sistem pemantauan pengangkutan yang menggunakan teknologi GPS dan pengesan suhu bagi mencapai kebolehkesanan dan visualisasi suhu untuk simpanan serta penyerahan sejuk pintar. Dengan rangkaian dalam talian terurusnya, sekumpulan 2,000 kenderaan dan lebih 1,500 laluan yang ditetapkan, Jiuye dapat membuat pengedaran kepada beribu-ribu penjual di seluruh negara dalam tempoh minimum ke pintu pelanggan dalam masa 24 jam merentas 502 laluan di seluruh negara.

Latar Belakang Jiuye SCM

Jiuye Supply Chain Management, ditubuhkan pada tahun 2014, ialah platform perkhidmatan segar rantaian sejuk sehenti yang terkemuka di China yang menyepadukan teknologi terkini bagi memenuhi kehendak pengguna yang semakin berkembang. Platform Awan Jiuye yang membolehkan semua pihak dalam rantaian bekalan untuk berhubung pada waktu nyata, yang membolehkan mobilisasi dan kolaborasi visual dapat dijayakan. http://www.jiuyescm.com

Jocelyn Hsiung
+86-182-5258-5935 
xiongshujian@jiuyescm.com

Cory Guo
+86-138-1820-4022 
guojingqi@jiuyescm.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190527/2478439-1

Source: Jiuye SCM
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Transportation Trade show news