omniture

Mrs Sippy Bali Umum Penghibur Istimewa di Parti Kolam Paling Dinanti-nantikan Musim Panas Ini

Mrs Sippy Bali
2019-05-29 13:53 339

BALI, Indonesia, 29 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Mrs Sippy Bali, kelab pantai air masin yang terbesar di Bali, kembali untuk musim panas bagi memulakan persembahan yang amat dinanti-nantikan daripada kumpulan muzik tarian terkemuka Australia, Sneaky Sound System, bermula dari 6 Julai hingga akhir September 2019. Bersiap sedia untuk menakrifkan semula pengalaman parti Ibiza, Connie dan Black Angus daripada kumpulan tersebut akan menganjurkan parti kolam terhangat di pulau tersebut pada setiap hari Sabtu. Seorang lagi bintang jemputan terkenal untuk mengadakan persembahan termasuk DJ yang paling menjadi rebutan di Australia, Dom Dolla.

Making a splash from the highest diving platform in Bali
Making a splash from the highest diving platform in Bali

"Bermula pada 6 Julai, kami akan mengadakan pesta baharu setiap minggu melalui program istimewa kami, Sneaky Saturdays, dengan mempersembahkan gandingan dinamik Sneaky Sound System. Pada setiap hari Sabtu, bilangan tertinggi daripada calon-calon MTV Awards dan pemenang-pemenang Australian Recording Industry Association Music Awards (ARIA) akan dimainkan termasuk UFO, Pictures dan Hip Hip Hooray," kata Ratna Dewi, Pengurus Pemasaran Mrs Sippy Bali.

Mempunyai kolam air masin seluas 800m2 dan papan junam setinggi 5m, Mrs Sippy Bali akan membawa pengunjung untuk merancakkan pengalaman dipenuhi adrenalin dengan peneman terbaik parti kolam baharu yang semakin meningkat naik. "Bali tidak pernah gagal untuk mempesonakan, khususnya dalam musim yang paling dinanti-nantikan ini dan berjuta-juta pengembara antarabangsa sependapat bahawa hari ini merupakan detik terbaik untuk mengalami keasyikan di destinasi yang eksotik ini," tambah Ratna.

Menurut Badung Regency Tourism, pelancong-pelancong asing yang mengunjungi Pulau tersebut mencatat rekod 6.5 juta orang pada tahun 2018 atau hampir separuh daripada jumlah pelancong antarabangsa di Indonesia sepanjang tahun tersebut. Pengunjung Singapura sahaja mencatatkan peningkatan 97% menerusi tarikan-tarikan utama termasuk percutian sejahtera dan santai di katil siang atau menghirup koktel sambil melihat lautan jernih menampar pasir keemasan.

Mereka yang mengharapkan keasyikan penuh dalam parti kolam sebelah petang yang santai harus singgah di kelab kolam yang paling ikonik di Bali ini. Terletak di pantai matahari terbenam yang paling popular di Pulau tersebut, Seminyak, Mrs Sippy menawarkan lokasi ideal untuk menghirup Spiced Coco Mojito paling laris terjual dengan gabungan Kraken Black Spiced Rum, Spiced Orange Blossom, Mangga, Limau Nipis, Pudina dan Air Kelapa untuk memeriahkan malam hari. Salt & Pepper Calamari disajikan untuk menggandingkan suasana musim panas yang santai, sementara pengunjung berehat di katil siang dan kabana yang dua kali ganda saiznya, dikelilingi oleh pemandangan pokok-pokok palma yang meliuk lentok serta seni bina gaya Mediterranean kelab pantai.

KLIK DI SINI untuk lebih banyak imej daripada Mrs Sippy Bali.

Perhubungan Media:

Ratna Dewi
Pengurus Pemasaran Mrs Sippy Bali
+6287782587387
marketing@mrssippybali.com 
https://www.mrssippybali.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190527/2478298-1

Source: Mrs Sippy Bali
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Music Travel Future Events